
GLG Melantik Ramakrishnan (Rama) Adaikalavan Sebagai Ketua Bagi APAC
![]() |
NEW YORK, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ — GLG, sebuah rangkaian perkhidmatan pemahaman global, hari ini mengumumkan bahawa Ramakrishnan (Rama) Adaikalavan akan menyertai syarikat tersebut sebagai Ketua APAC. Beliau menyertai pasukan kepemimpinan global GLG dan akan melapor diri secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Todd. Sebagai Ketua APAC, Adaikalavan akan menyelia keseluruhan perniagaan GLG yang memberikan perkhidmatan kepada syarikat terkemuka, firma perkhidmatan profesional dan firma kewangan dari sepuluh pejabat di seluruh rantau Asia Pasifik.
GLG ialah rangkaian perkhidmatan pemahaman global yang memberikan pembuat keputusan pemahaman yang diperlukan untuk berkembang maju. Rangkaian pakar GLG merupakan sebuah sumber tenaga pakar utama terbesar dan paling pelbagai di dunia dengan beribu-ribu pakar baharu yang direkrut setiap minggu.
Adaikalavan menyertai GLG dengan pengalaman rentas APAC yang luas di syarikat global berprestij dan baru-baru ini dilantik sebagai Naib Presiden dan Pengurus Besar Perkhidmatan Proses Perniagaan dan Aplikasi DXC Technology, sebuah firma perkhidmatan dan penyelesaian IT global terkemuka. Beliau pernah memegang jawatan sebagai eksekutif kanan di Hewlett Packard Enterprise Services, Hewlett Packard dan Electronic Data Systems. Dilahirkan di Malaysia, Adaikalavan memulakan kerjayanya di Australia dan dipindahkan ke Singapura pada tahun 2010. Beliau berkelulusan MBA (Sarjana Pengurusan) dari Australian Graduate School of Management dan baru-baru ini telah menamatkan Program Pengarah Antarabangsa di INSEAD.
“Rama ialah seorang eksekutif yang mahir yang membawa pengalaman luas dalam kepimpinan komersial dan canggih serta mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang rantau Asia Pasifik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GLG, Paul Todd. “Saya tidak sabar menantikan beliau membawa pencapaiannya yang luar biasa ke GLG di saat kami terus mempercepat pertumbuhan kami di APAC dan di seluruh dunia.”
“Saya teruja untuk menyertai pasukan GLG APAC yang berbakat ketika syarikat mengalami pertumbuhan yang strategik,” kata Adaikalavan. “Saya berharap dapat bekerjasama dengan pakar dan pelanggan kami untuk terus memberikan cadangan nilai yang unik dan luar biasa di pasaran Asia Pasifik.”
Adaikalavan akan ditempatkan di Singapura. Beliau mula bekerja hari ini.
Tentang GLG
GLG ialah sebuah rangkaian perkhidmatan pemahaman global. Kami menghubungkan pembuat keputusan kepada pakar yang tepat supaya mereka boleh bertindak dengan yakin hasil pemahaman yang benar-benar jelas dan memperoleh apa sahaja yang diperlukan untuk berkembang maju. Rangkaian pakar kami merupakan sebuah sumber tenaga pakar utama terbesar dan paling pelbagai di dunia dan kami merekrut beratus-ratus pakar baharu setiap hari. Kami memberikan pemahaman kepada setiap keputusan profesional yang hebat. Sila layari GLGinsights.com.
Sila hubungi: press@glg.it
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Workforce Management/Human Resources Personnel announcements
Source: PRNEWSWIRE