Grab Perluas Perkhidmatan Ke Beberapa Bandar Di Seluruh Malaysia

364

Grab memulakan pusingan pengembangannya ke beberapa bandar dan bandar-bandar kecil di kawasan luar bandar di bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia. Ia diumumkan ketika majlis pelancaran Desamall@Mersing, yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Ahmad, pengembangan ini termasuk di Mersing, Segamat, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Pengembangan ini adalah sebahagian daripada perjalanan berterusan Grab untuk  memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia malah membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pekerja ekonomi gig dan perniagaan berkembang, dan mencapai keseimbangan bagi industri ini terus mampan.

Rancangan pengembangan ini akan menyaksikan perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat mulai akhir September 2020 dan seterusnya diikuti oleh perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (100% tanpa tunai dengan GrabPay) yang dirancang untuk dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Di Utara Semenanjung, Grab akan beroperasi di bandar-bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Ini adalah sebahagian usaha Grab untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat di luar bandar di mana pendapatan penengah adalah 41% lebih rendah daripada pendapatan penduduk bandar menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Grab juga telah memperluas inisiatif “Pakej Pikul Bersama” untuk rakan pemandu baru yang menyertai platform kami dengan menyediakan pembayaran balik sekali-sahaja sehingga RM120 untuk lesen PSV mereka dan RM70 untuk pemeriksaan permulaan kenderaan di PUSPAKOM. Inisiatif “Pakej Pikul Bersama” diwujudkan untuk membantu¬† rakan-pemandu melepasi beberapa proses peraturan ketika pertama kali diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019.