- Iklan -

Dataiku Umum Tawaran Analitik Dalam Talian, Diurus Sepenuhnya

- Iklan -

NEW YORK, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ — Hari ini Dataiku, platform AI Perusahaan yang paling canggih di dunia, mengumumkan pelancaran Dataiku Online yang menjadikan platform AI dan pembelajaran mesin tersedia sebagai perkhidmatan dalam talian untuk organisasi-organisasi yang lebih kecil dan lebih tangkas. Dataiku Online diurus sepenuhnya oleh Dataiku yang membolehkan syarikat-syarikat daripada sebarang saiz untuk mengakses kuasa penuh platformnya tanpa tekanan tambahan ke atas IT untuk memasang dan mengurus sumber.

Dataiku Online menyediakan segala-gala yang diperlukan oleh sesebuah syarikat untuk membangunkan projek analitik yang berkuasa, dengan persediaan data, visualisasi data, AutoML, pelaporan dan papan pemuka kesemuanya di satu tempat. Ia mempunyai kesemua keupayaan penting sebagai produk unggulan Dataiku, dengan beberapa pelarasan konfigurasi dan reka bentuk untuk dipadankan dengan penggunaan terurusnya – dan tanpa sumber IT yang diperlukan untuk mengurus penggunaan berskala perusahaan. Antara muka yang fleksibel dapat mewujudkan kolaborasi merentas pelbagai pengguna pasukan perniagaan dan data. Dengan Dataiku Online, mana-mana pasukan boleh memulakan perjalanan data mereka dalam beberapa minit, menghubungkan ke sumber data mereka dengan mudah dan mula menggerakkan projek dalam beberapa hari dan mereka juga boleh melakukannya pada titik harga yang munasabah untuk tahap pertumbuhan semasa mereka.

“Kebolehcapaian sentiasa menjadi sangat penting di Dataiku. Kami membangunkan Dataiku Online untuk memenuhi keperluan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, di samping syarikat pemula,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku Florian Douetteau. “Kami ingin membantu syarikat-syarikat yang baru sahaja memulakan perjalanan data dan analitik mereka untuk mengakses kuasa penuh daripada platform kami, yang membolehkan mereka bermula dengan meningkatkan operasi harian mereka dengan alat data yang ringkas dan kemudian membawa data mereka lebih jauh dengan pembelajaran mesin. Syarikat-syarikat tidak memerlukan data raya untuk melakukan perkara-perkara besar dengan data mereka dan Dataiku Online akan menjadikannya lebih mudah untuk seluruh kelas syarikat baharu — bermula daripada syarikat pemula padu hinggalah untuk memperluas PKS — untuk bermula.”

Sementara organisasi perusahaan boleh melabur dalam penyelesaian storan data dan pengurusan data yang besar, tahap pelaburan seringkali di luar kemampuan organisasi-organisasi yang lebih kecil. Syarikat-syarikat ini masih memerlukan analitik dan AI untuk memperoleh pemahaman dan mendorong nilai untuk perniagaan mereka. Dengan Dataiku Online, perniagaan boleh memanfaatkan tindanan data moden, awan serta alat storan data daripada Snowflake, Google Big Query, Amazon Redshift dan banyak lagi. Terdapat juga versi Dataiku Online pra-disepadukan yang disediakan melalui Snowflake Marketplace.

Sejak memperkenalkan perkhidmatan tersebut melalui beta persendirian awal tahun ini, sebilangan kecil pelanggan telahpun menggunakan Dataiku Online untuk disambungkan ke gudang data awan, menyediakan data dan membina projek analitik serta AI. Mereka mendapati bahawa ia dengan pantas membolehkan pasukan mengendalikan pelbagai sumber data, yang akhirnya dapat mendorong model analitik dan prediktif menuju pengeluaran dengan lebih pantas berbanding dengan alat lain.

“Dataiku Online membolehkan kami untuk memberi tumpuan pada analisis, bukan pentadbiran pelayan. Khidmat pelanggan juga pantas. Pemahaman data mendorong pertumbuhan kami dan Dataiku Online membolehkan kami membina pemahaman dengan lebih pantas berbanding pesaing kami,” kata Scott Walker, Rakan Pengurusan di Sarissa Partners.

Bagi melengkapkan kebolehcapaian Dataiku Online untuk syarikat pemula dan PKS, serta sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendemokrasikan penggunaan data, Dataiku turut melancarkan satu tawaran khusus untuk syarikat pemula, direka bentuk untuk membantu syarikat-syarikat peringkat awal memanfaatkan kesemua data mereka pada satu platform dan memulakan perjalanan analitik mereka. Syarikat-syarikat peringkat benih — iaitu syarikat-syarikat yang ditubuhkan kurang daripada dua tahun, atau dengan dana sebanyak $5J atau kurang — serta syarikat pemula yang ditubuhkan kurang daripada lima tahun yang lalu atau mempunyai dana kurang daripada $10J layak mendapat harga diskaun khusus mengikut tahap pertumbuhan semasa syarikat berkenaan.

Dataiku ditubuhkan pada tahun 2013 dengan misi untuk mendemokrasikan akses kepada pemahaman data untuk orang sebenar dan membolehkan syarikat-syarikat membina laluan mereka sendiri menuju AI. Sejak itu, syarikat ini berkembang pesat dan kini menawarkan perkhidmatan kepada beratus-ratus pelanggan di seluruh dunia termasuk Schlumberger, GE Aviation, Sephora, Unilever, BNP Paribas, Premera Blue Cross dan Kuka. dari pejabat-pejabat di New York, Paris, London, Munich, Sydney dan Singapura.

Syarikat-syarikat boleh memulakan percubaan Dataiku Online melalui percubaan percuma selama 14 hari, meneroka lebih banyak ciri Dataiku Online atau menyertai Dataiku pada 1 Julai untuk webinar bagi meneroka Dataiku Online.

Individu menggunakan Dataiku
Individu menggunakan Dataiku

Aliran Antara Muka Dataiku
Aliran Antara Muka Dataiku

Pembelajaran Mesin Antara Muka Dataiku
Pembelajaran Mesin Antara Muka Dataiku

Latar Belakang Dataiku  

Dataiku  ialah salah satu platform AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka di dunia, menyokong ketangkasan dalam usaha data organisasi melalui AI yang bersifat kolaboratif, elastik dan bertanggungjawab, kesemuanya pada skala perusahaan. Beratus-ratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan penting mereka dan memastikan agar mereka kekal relevan dalam dunia yang berubah-ubah ini termasuk model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pulangan pelanggan, penyelenggaraan prediktif, pengoptimuman rantaian bekalan dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang ingin mendemokrasikan AI dalam seluruh organisasi mereka, membawa ketangkasan dan kesiapsiagaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua individu bermula daripada penganalisis hinggalah saintis data.

Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like