- Iklan -

CGTN: Rancangan jangka panjang kunci pertumbuhan berterusan China

- Iklan -

BEIJING, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ — Berucap beberapa hari menjelang sidang kemuncak Hari Bumi mengenai perubahan iklim pada bulan April, Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken mengakui bahawa A.S. telah ketinggalan di belakang China dalam membangunkan teknologi yang diperlukan untuk membendung perubahan iklim.

CGTN:Long-term planning key to China's continuous growth
CGTN:Long-term planning key to China’s continuous growth

Dominasi global China dalam tenaga boleh diperbaharui bukanlah suatu kebetulan. Ia merupakan hasil daripada bentuk perancangan jangka panjang yang telah menjadi ciri yang diketahui ramai dalam sistem pemerintahan negara.

Prinsip-prinsip asas bagi perancangan ekonomi China ialah rancangan lima tahunnya yang bermula pada tahun 1953 dan pada awalnya dibentuk mengikut sistem Soviet berpusat. Pada tahun-tahun awal, sasaran ekonomi dan pengeluaran tidak selalu berjalan seperti yang dirancang dan pegawai-pengawai membuat kesilapan.

Sebagai contoh, semasa Perubahan Besar ke Hadapan (Great Leap Forward), iaitu kempen ekonomi pada lewat tahun 1950-an untuk mentransformasikan China daripada sebuah negara pertanian menjadi ekonomi perindustrian, banyak sasaran tidak dapat dipenuhi kerana ia terlalu bercita-cita tinggi. Akibatnya, kempen tersebut berakhir dengan kemusnahan.

Negara berkenaan belajar daripada pengalaman tersebut, merangka matlamat yang dapat dicapai dan berunding secara meluas pada tahun-tahun berikutnya. Sehinggalah melangkah ke tahun 1970-an – dan pelancaran dasar “pembaharuan dan pembukaan” perintis – dunia benar-benar sedar dan mengambil perhatian.

Sejak itu, perancangan berwawasan strategik pancatahunan CPC diiktiraf secara meluas dengan memudahkan pengembangan ekonomi yang berterusan di China dan menyokong transformasinya untuk menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia.

Pemusatan yang besar terhadap masa lalu telah diubah suai bagi menyokong persetujuan dasar yang meluas demi matlamat pembangunan negara. Justeru itu, ia mempunyai peluang lebih besar untuk berjaya. Input diperoleh daripada kementerian kerajaan, perusahaan negeri, pentadbiran wilayah, ilmuwan dan badan pemikir, delegasi CPC peringkat akar umbi, parti politik bukan CPC dan juga sektor swasta.

Kesudahannya ialah ekonomi China meningkat daripada lebih $76 bilion (493 bilion yuan) pada tahun 1981 kepada hampir $16 trilion (100 trilion yuan) pada tahun 2020. KDNK per kapita negara berkenaan setanding dengan KDNK India pada tahun 1978 iaitu kira-kira $200 (1,280 yuan). Hari ini, ia lima kali ganda lebih besar daripada negara jirannya pada nilai $10,000 (64,000 yuan).

Pemimpin-pemimpin China sering menekankan bahawa pasaran tersebut harus dibenarkan untuk memainkan peranan penentuan dalam memperuntukkan sumber dan negara berkenaan tidak akan dapat kembali kepada ekonomi dominan yang dirancang secara berpusat.

Rancangan lima tahun menggabungkan kuasa pihak kerajaan yang boleh dilihat dan kuasa pasaran yang tidak dapat dilihat untuk mengubah China menjadi ekonomi kedua yang terbesar di dunia.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-16/Long-term-planning-key-to-China-s-continuous-growth-116PwO0Zd1S/index.html 

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Economic news, trends, analysis Environmental Policy

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like