
Acer Malaysia hari ini turut mengumumkan komputer meja Semua-Dalam-Satu Acer Aspire C baharu yang menawarkan reka bentuk minimalis dengan pengurusan kabel yang minimal, dan beberapa paparan untuk kegunaan keluarga dan permainan video.
Siri Semua-Dalam-Satu Acer Aspire C

Komputer meja Semua-Dalam-Satu (AIO) Acer Aspire C24-1651 tampil dengan rupa bergaya dan banyak ciri praktikal untuk dinikmati oleh pelajar dan seluruh keluarga. Dilengkapi paparan sentuh 23.8 -inci FHD IPS, Aspire C24-1651 didatangkan dengan 512GB PCIe SSD dan sehingga 8GB DDR4 RAM yang boleh dipertingkatkan kepada 32GB, untuk menjadi semua dalam satu yang ideal bagi kegunaan ramai dengan pelbagai tujuan.
Acer Aspire C24-1651 membolehkan pengguna meminimumkan pengurusan kabel dengan menyambungkan rangkaian menerusi Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1 untuk papan kekunci dan tetikus tanpa wayar. Direka untuk kegunaan keluarga, komputer meja AIO Acer Aspire C24-1651 menawarkan pelbagai port I/O seperti USB Type-A, USB Type-C, slot pembaca kad dibina dalaman, port LAN dan HDMI.
Dipasang siap dengan Microsoft Office Home & Student 2019, komputer meja Semua-Dalam-Satu Aspire C24-1651 ditawarkan di dalam dua varian. Varian pemproses 11th Gen Intel® Core™ i5 dengan Intel® Iris® Xe Graphics berharga RM3,599 bersama kit pemasangan VESA di dalam kotak, manakala varian pemproses 11th Gen Intel® Core™ i3 bersama Intel® UHD Graphics berharga RM3,199.
Paparan Lebih Besar Menawarkan Ruang Kerja dan Hiburan Lebih Luas
Duduk di rumah tidak bermaksud mengehadkan ruang bekerja dan hiburan. Acer memperkenalkan enam paparan untuk bekerja, hiburan dan bermain video. Pertamanya, “penyelesaian ruang bekerja luas” bermula dengan paparan Acer ET322QU, paparan resolusi 31.5 inci WQHD (2560×1440) dengan ketepatan warna 88% NSTC. Paparan Acer ET322QU didatangkan dengan tiang logam bergaya dengan kemasan warna perak yang boleh menjadi sebahagian reka bentuk rumah atau meja secara mudah.
Sementara itu, untuk pengguna yang sukakan reka bentuk ergonomik dan ketepatan warna lebih baik, paparan Acer CB282K memiliki ciri-ciri 28 inci resolusi 4K UHD dengan 90% DCI-P3 dan paparan ketepatan warna HDR10 bagi memberikan kontrak umpama kehidupan sebenar dan terang. Ia didatangkan dengan reka bentuk ergonomik fleksibel yang membolehkan pengguna mengubah suai kedudukan, memusing, tinggi rendah atau menyerongnya mengikut keselesaan mereka.
Direka untuk penggemar permainan video, kedua-dua Acer Nitro XZ270X dan Nitro XZ320QX adalah salah satu daripada paparan melengkung yang menawarkan kadar segar semula pantas 240Hz di Malaysia. Bersama teknologi Adaptive Sync dan masa respon 1ms VRB, ia sedia menawarkan permainan yang lancar. Dengan lengkuk 1500R mengasyikkan, paparan Acer Nitro XZ270X dan Nitro XZ320QX masing-masingnya memiliki panel VA 27 inci dan 31.5 inci.
Bagi penggemar permainan video yang mahukan resolusi 4K UHD, Acer juga memperkenalkan paparan Nitro VG280K yang didatangkan dengan panel 28 inci IPS. Untuk bermain dengan lebih mengasyikkan menerusi penciptaan semula imej realistik, Acer Nitro VG280K memiliki teknologi HDR10 untuk tahap kontras hitam dan putih yang lebih mendalam dan pilihan warna lebih luas dengan adunan warna 90% DCI-P3.
Selain itu, paparan Acer Nitro ED270R P menawarkan penggemar permainan video suatu pengalaman yang menarik dengan panel VA 27 inci FHD yang menyokong kadar segar semula pantas 165Hz dan masa respons pantas 5ms bersama AMD Radeon FreeSync. Memaparkan skrin lengkung 1800R, paparan Acer Nitro ED270R P juga didatangkan dengan tiang sokongan VESA dan pelbagai ciri sambungan.