- Iklan -

Ablo membolehkan para pengguna menjelajah dunia melalui mata penduduk tempatan

Mengembara ke seluruh dunia secara maya dengan ciri penstriman Persembahan Langsung yang baharu  

GHENT, Belgium, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ — Aplikasi sembang dan video, Ablo telah memperkenalkan ciri terbarunya. Melalui “Persembahan Panduan Langsung”, orang ramai boleh menyiarkan secara langsung dan menjadi pemandu pelancong untuk negara mereka. Memandangkan seluruh dunia sedang rindu untuk kembali melancong semula, ciri ini muncul pada masa yang tepat.

With the Ablo app, traveling to the other side of the globe is as simple as tapping your screen. The live translation feature on chat, video and live stream eliminates the language barrier and makes socializing on Ablo a unique experience. Ablo - Open Your World.
With the Ablo app, traveling to the other side of the globe is as simple as tapping your screen. The live translation feature on chat, video and live stream eliminates the language barrier and makes socializing on Ablo a unique experience. Ablo – Open Your World.

Perbualan kasual dengan seseorang di sebuah negara yang bukan negara anda sendiri merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh dunia buat sementara waktu. Namun, berbual dengan penduduk tempatan adalah cara terbaik untuk mengenali sesebuah negara. Itulah yang difikirkan oleh Ablo apabila mencipta ciri penstriman langsung mereka yang baharu. Melalui “Persembahan Panduan Langsung”, para pengguna boleh berkongsi tentang negara dan budaya mereka dalam masa nyata. Penstrim atau “Panduan Langsung” sebagaimana yang digelar oleh Ablo, menjadi pemandu pelancong maya kepada para penonton. Semasa Persembahan Langsung, orang ramai boleh berkongsi tempat-tempat menarik yang terbaik di negara mereka, tunjukkan makanan, fesyen dan budaya mereka atau sekadar berbual dan berhubung dengan orang ramai dari seluruh dunia.

Jelajah dunia dengan bergaul bersama penduduk tempatan

Para pengguna boleh mengembara ke seluruh dunia secara maya di Ablo dan menemui segala yang ada di luar sana secara langsung daripada asasnya. Penstriman di Ablo bukan merupakan perbualan satu pihak sahaja. Semasa Persembahan Panduan Langsung, para penonton boleh menyertai penstriman langsung tersebut dan tanyakan soalan kepada individu yang melakukan penstriman. Ini mewujudkan suasana yang sangat realistik, seolah-olah penonton berada di lokasi Panduan Langsung ketika itu. Ablo juga menghilangkan sebarang halangan bahasa kerana – sama seperti di tempat lain dalam aplikasi ini – Ablo terjemahkan perbualan tersebut secara langsung. 

“Orang ramai mempunyai keinginan yang lebih kuat untuk menjelajah dunia bagi melihat apa yang ada di luar sana dan tidak ada cara yang lebih baik untuk menjelajah dunia selain daripada berbual dengan penduduk tempatan. Dengan ciri Persembahan Panduan Langsung baharu kami, kami mahu orang ramai menyatakan perasaan mereka untuk berkongsi budaya mereka antara satu sama lain serta berkongsi kisah sebenar”, Joost Roelandts – Ketua Pegawai Eksekutif  

Hubungan berterusan 

Pemenang “Aplikasi Terbaik 2019” Google Play ini telah dimuat turun oleh lebih 29 juta orang di seluruh dunia yang boleh mengembara ke 233 buah negara tanpa meninggalkan rumah mereka. Ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa sentiasa ada seseorang di Ablo untuk berbual. Aplikasi ini telah Berjaya baiknya terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia antara 18 hingga 24 tahun atau golongan dewasa dari Generasi Z. 

Ia adalah jelas bahawa Ablo menyatukan orang ramai yang tidak akan bertembung di jalanan dan membantu mewujudkan dunia yang terbuka.

Tentang Ablo 

Ablo ialah satu aplikasi sembang dan video yang membawa anda ke seluruh dunia. Aplikasi ini menghubungkan anda dengan orang ramai dari pelbagai warganegara dan membolehkan anda berbual dalam bahasa anda sendiri dan ia juga terjemahkan perbualan anda secara langsung. Ablo membuka dunia anda.

Untuk memuat turun aplikasi ini, sila layari https://ablo.live/.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/ablo-membolehkan-para-pengguna-menjelajah-dunia-melalui-mata-penduduk-tempatan-1.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/ablo-membolehkan-para-pengguna-menjelajah-dunia-melalui-mata-penduduk-tempatan-2.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/ablo-membolehkan-para-pengguna-menjelajah-dunia-melalui-mata-penduduk-tempatan-3.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/ablo-membolehkan-para-pengguna-menjelajah-dunia-melalui-mata-penduduk-tempatan.jpg

With Ablo’s newest feature, “Live Guide Show”, users can share their country and culture in real time. The streamer, or “Live Guide” as the app calls them, becomes a virtual guide to the viewers. Ablo - Open Your World.
With Ablo’s newest feature, “Live Guide Show”, users can share their country and culture in real time. The streamer, or “Live Guide” as the app calls them, becomes a virtual guide to the viewers. Ablo – Open Your World.
With its newest feature, “Live Guide Show”, Ablo connects you with people from every single corner of this planet. Discover how they live, what they eat and who they are. See the world through the eyes of locals. Ablo - Open Your World.
With its newest feature, “Live Guide Show”, Ablo connects you with people from every single corner of this planet. Discover how they live, what they eat and who they are. See the world through the eyes of locals. Ablo – Open Your World.

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Travel New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like