- Iklan -

BDx Mula Beroperasi dengan Fasa Pertama Kampus Pusat Data 35MW di Nanjing, China

BDx Mengendalikan Pembinaan Ketika COVID-19 untuk Memenuhi Permintaan Kolokasi Pasca Pandemik

HONG KONG, 22 Jun 2021  /PRNewswire/– Big Data Exchange (BDx ), sebuah kluster pusat data pan Asia, meraikan pelancaran Kampus Pusat Data NKG di Nanjing, China, dengan fasa pertama NKG1 yang mula beroperasi. Kampus Pusat Data NKG BDx terletak di tengah-tengah Delta Sungai Yangtze, salah satu wilayah paling kaya di negara ini dan merupakan pangkalan import dan eksport terbesar. NKG1 kini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan setelah menerima perakuan siap dari Biro Pembinaan Bandar dan Luar Bandar, Daerah Jiangning, Bandar Nanjing.

Kemudahan NKG1 ialah pusat data pertama di bandar ini yang memperoleh Pensijilan Uptime Institute Tier III Dokumen Reka Bentuk dan menawarkan kuasa IT berjumlah 4MW untuk kolokasi. NKG1 dikuasakan oleh dua penyuap 10-kilovolt yang berasingan daripada dua pencawang yang akan menyediakan kampus NKG dengan kuasa berjumlah 60MVA yang dibekalkan daripada grid.

Ketika kemuncak berlakunya pandemik, pasukan reka bentuk dan pembinaan BDx memberi tumpuan kepada keselamatan untuk memastikan bahawa projek tersebut disiapkan dengan selamat dan tanpa sebarang insiden. Dengan mengambil kira keselamatan sebagai keutamaan, BDx telah berjaya menambahkan kapasiti yang penting bagi rantau ini sebagai tindak balas terhadap perubahan yang berlaku dengan pantas dalam persekitaran digital akibat permintaan yang mendadak terhadap perkhidmatan pusat data. Penyelidikan menunjukkan bahawa permintaan tidak berkurangan apabila ekonomi dibuka semula.

“Kami berusaha mengatasi cabaran untuk menyiapkan projek pembinaan utama ini semasa pandemik memuncak kerana pelanggan mengharapkan pelancaran ini bagi menyokong peningkatan dan keperluan kapasiti yang belum pernah terjadi,” kata Bill Gao, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif BDx Wilayah Besar China. “Pelancaran NKG1 membolehkan BDx memiliki infrastruktur pusat data bertaraf dunia yang baharu di China. Ia juga menjadi asas yang kukuh bagi BDx dalam menyediakan OTT, institusi perkhidmatan kewangan dan pelanggan Multinasional Fortune 500 dengan penyelesaian yang mempunyai ciri kebolehpercayaan dan lewahan yang tinggi serta kependaman yang rendah.”

Oleh kerana permintaan amat menggalakkan di rantau ini, BDx merancang untuk melancarkan fasa 2 kampus pusat data pada tahun yang sama. NKG2 direka bentuk untuk meminimumkan tenaga manusia dan hampir tidak menggunakan cahaya — suatu falsafah yang diterapkan di seluruh kluster pusat data BDx. Di samping itu, ciri-ciri automasinya yang berprestasi tinggi menyediakan persekitaran pusat data yang lebih lestari. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BDx, sila layari www.bdxworld.com

Tentang BDx
Big Data Exchange (BDx) ialah kluster pusat data Pan Asia dengan lokasi di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, kesalinghubungan dan kolokasinya yang unik menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan insfrastruktur IT yang tiada tandingan kepada para pelanggan globalnya. Sebagai penyedia pengangkut neutral, BDx mencipta ekosistem hibrid yang selamat dengan menawarkan BDx SoftConnect, BDx Armour dan BDx Single Pane yang menyediakan penyelesaian kesalinghubungan di seluruh Asia. Dengan menggunakan modul automatik BDx, BDx mampu menyediakan pelanggan dengan tahap penyesuaian yang berdaya saing dari segi kecekapan dan kos sekali gus menawarkan mereka dengan keupayaan untuk menguruskan rak fizikal dengan kelancaran yang sama seperti bekerja di awan awam. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.bdxworld.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Hubungan Media:
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
pr@jsa.net

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/bdx-mula-beroperasi-dengan-fasa-pertama-kampus-pusat-data-35mw-di-nanjing-china.jpg 

Source: PRNEWSWIRE

You might also like