
Flowbird Mengubah Mobiliti Urban Di Monaco
![]() |
![]() |
PARIS, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ — Monaco yang komited sepenuhnya dengan revolusi digital melalui program Lanjutan Monaco telah melancarkan aplikasi mudah alih Monapass dan Pembayaran Terbuka, secara kerjasama dengan Dewan Bandaraya Monaco dan Compagnie des Autobus de Monaco (CAM).
MONAPASS, APLIKASI ‘MOBILITI SEBAGAI PERKHIDMATAN’ (MAAS) MENYEDIAKAN PENYELESAIAN SEMUA DALAM SATU KEPADA PENGGUNA
Monaco meneruskan transformasi digitalnya dengan melancarkan ‘Monapass’, satu aplikasi mobiliti baharu untuk pengguna, pelancong dan penumpang. Aplikasi ini menggunakan kepakaran dan pengetahuan Flowbird, peneraju dunia dalam teknologi mobiliti urban sebagai satu penyelesaian.
Monapass merupakan aplikasi mudah alih semua dalam satu dengan perancangan perjalanan dan sistem pembayaran bersepadu untuk pengangkutan di Monaco termasuk:
- Bas CAM
- Basikal elektrik ‘MonaBike’
- Tempat letak kenderaan di jalanan
Kad, langganan dan kaedah pembayaran disepadukan ke dalam satu aplikasi, yang juga menyediakan pelbagai ciri termasuk maklumat lalu lintas, jadual perjalanan bas, ketersediaan basikal dan lokasi pada masa nyata. Aplikasi mudah alih percuma ini membenarkan pengguna untuk merancang dan membayar perjalanan mereka dengan mudah dan selamat melalui tiket tunggal, pas, langganan bas atau basikal. Sebagai contoh, pengguna boleh meletakkan kenderaan mereka di bandar sebelum menggunakan bas dan/atau basikal, yang boleh ditempah dan dibayar melalui aplikasi mudah alih Monapass.
Sebagai tambahan kepada meningkatkan pengalaman tiket dan pembayaran pengguna, Monapass menggalakkan mobiliti hijau dan aktif, sebagai sokongan terhadap objektif Monaco dalam mengurangkan lalu lintas kenderaan ringan sebanyak 20% menjelang 2030.
PEMBAYARAN TERBUKA – PENYELESAIAN DIGITAL UNTUK MOBILITI PINTAR
Penyelesaian digital Flowbird membenarkan bandar-bandar mengakses sistem mobiliti urban berbilang mod dan mampan yang mudah, pantas, selamat dan terjamin. Flowbird yang beroperasi di lebih lapan puluh buah negara telah melancarkan tawaran digital yang dioptimumkan untuk Monaco sebagai tindak balas kepada keperluannya yang unik.
Flowbird juga melancarkan Pembayaran Terbuka di rangkaian bas CAM, menggabungkan tiket dan pembayaran elektronik bagi membolehkan penumpang menggunakan kad bank mereka sebagai tiket pengangkutan. Sistem ini juga mematuhi pembayaran menggunakan peranti pintar seperti telefon dan jam tangan. Sentuhan pada alat pengesah dengan peranti pembayaran tanpa sentuhan mereka apabila menaiki kenderaan membenarkan penumpang melakukan perjalanan dan menikmati manfaat daripada harga optimum. Penduduk dan pelancong yang mengunjungi Monaco boleh menggunakan perkhidmatan ini, membenarkan mereka menikmati tambang paling kompetitif untuk perjalanan mereka: Pembayaran Terbuka sesuai untuk semua orang dan sistem pintar menyediakan had harga harian, mingguan atau bulanan, bagi menjamin nilai terbaik untuk semua perjalanan.
Logo – https://mma.prnasia.com/media2/1513800/Flowbird_Logo.jpg?p=medium600
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/flowbird-mengubah-mobiliti-urban-di-monaco-1.jpg
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Transportation Travel New products/services Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE