Yayasan P.A.S.C.A.L. akan Menerbitkan Projek Berkaitan NFT untuk Kerja Amal

- Iklan -

Yayasan P.A.S.C.A.L.  sebuah badan bukan keuntungan yang popular, menjadi yayasan amal pertama yang akan memasuki ekosistem NFT secara besar-besaran 

AMSTERDAM, 6 April 2021 /PRNewswire/ — Yayasan P.A.S.C.A.L. akan bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsanya untuk menerbitkan beberapa projek NFT eksklusif, IP, format dan projek berkaitan NFT untuk usaha amal sepanjang tahun 2021. Dalam perkembangan yang berkaitan, yayasan ini akan menerbitkan P.A.S.C.A.L., yang pertama di antara NFT lain. Projek perintis tersebut memperjuangkan tema “Mainkan Lagu Ubah Kehidupan”, dan akan menampilkan album yang mengandungi 10 buah lagu hasil kerjasama antara 10 DJ antarabangsa, penerbit dan artis rakaman serta 10 artis digital.

Distraction by Beeple
Distraction by Beeple

“Non-fungible token” atau token tidak fungible yang dikenali sebagai NFT, mengubah karya seni digital dan koleksi lain menjadi aset tersendiri yang boleh diperdagangkan dengan mudah dalam blockchain.

Rumah lelong Christie baru-baru ini berjaya menjual karya seni NFT yang pertama  — kolaj gambar oleh artis digital Beeple dengan harga yang amat tinggi sejumlah $69.3 juta. Konsep ini juga telah merintis masuk ke dalam dunia media dan hiburan, dengan pengaruh Paul Logan, penyanyi rap Tory Lanes, artis Grimes dan DJ Don Diablo turut meraih ratusan ribu hingga berjuta-juta dolar daripada hasil terbitan NFT mereka.

Walau bagaimanapun, Yayasan P.A.S.C.A.L. mengambil langkah lebih jauh dengan pelancaran terbitan NFT yang pertama daripada terbitan lain yang bakal menyusul demi membantu anak-anak yatim yang kreatif dan mereka yang memerlukan di serata dunia.

Yayasan ini menyediakan sumber, tunjuk ajar serta pendidikan berkenaan kelestarian, penjagaan kesihatan, pemakanan, pertanian dan keusahawanan demi membantu kanak-kanak ini melalui peralihan dan perjalanan mereka dari zaman kanak-kanak ke dewasa.

“Penglibatan kami dalam NFT sebagai cara untuk menyumbang kembali kepada seni dan muzik merupakan langkah menuju masa depan, para selebriti antarabangsa, artis dan pelbagai jenama yang saling bekerjasama bagi membantu kanak-kanak ini hanyalah suatu permulaan bagi perkara yang lebih besar yang akan datang,”kata Pengerusi/Pengasas Bersama Yayasan P.A.S.C.A.L., Stef der van Velde.

NFT P.A.S.C.A.L. yang tersendiri akan dipamerkan untuk lelongan melalui “Muzium Seni Maya/Realiti Maya” NFT yang dibangunkan khas.

Yayasan ini telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan beberapa projek NFT yang lain, termasuk ” “KANAK-KANAK KEPELBAGAIAN” iaitu tujuh kad watak anime edisi terhad yang menampilkan tujuh watak daripada siri animasi kanak-kanak yang bakal terbit dan juga “SELAMATKAN ARENA MUZIK”, iaitu inisiatif muzik dan seni khas yang diwujudkan untuk menimbulkan kesedaran sejagat, perpaduan, penyelesaian kewangan alternatif dan bantuan untuk bidang muzik elektronik, DJ, kelab-kelab, acara langsung, perayaan dan kakitangan semasa dan selepas pandemik COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thepascalfoundation.org.

Photo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/yayasan-p-a-s-c-a-l-akan-menerbitkan-projek-berkaitan-nft-untuk-kerja-amal.jpg

Source: The P.A.S.C.A.L. Foundation

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Children-related news New products/services Not for profit Blockchain Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like