Selling Simplified melantik Daniel Juanillo sebagai CFO ketika Syarikat sedang Mengalami Pertumbuhan yang Luar Biasa

89
- Iklan -

Juanillo, seorang eksekutif yang berpengalaman berharap untuk memperkemas operasi, mengautomatikkan fungsi dan meningkatkan kecekapan

DENVER, 6 April 2021 /PRNewswire/ — Selling Simplified Group, Inc. (SSG), peneraju global dalam penjanaan permintaan B2B yang dipacu data, hari ini mengumumkan pelantikan Daniel Juanillo sebagai Ketua Pegawai Kewangan. 

Selling Simplified, a leading B2B demand generation company, announces Dan Juanillo as Chief Financial Officer.
Selling Simplified, a leading B2B demand generation company, announces Dan Juanillo as Chief Financial Officer.

Juanillo membawa pengalaman selama lebih 30 tahun—kebanyakannya dalam jawatan kanan kewangan—termasuk sebagai Pengarah Perakaunan Serantau di Marconi Communications, Naib Presiden dan Pengawal Kewangan di Horizon Banks serta CFO di Navajo Incorporated.  Juanillo juga telah berkhidmat sebagai Perunding Pengurusan Kewangan dalam pelbagai pensijilan kewangan seperti Pensijilan dalam Jaminan Pengurusan Risiko (CRMA) dan sebagai Juruaudit Perkhidmatan Kewangan Bertauliah (CFSA).  

Terkini, Juanillo yang memegang jawatan CFO kepada sebuah syarikat pengeluar CPG terkemuka telah memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan pendapatan sebanyak 35% apabila beliau melaksanakan satu siri usaha automasi kewangan termasuk pelaksanaan sistem pelaporan baharu yang menjimatkan masa selama dua minggu dalam setiap kitaran pelaporan.  

“Pengalaman teknikal dan pengetahuan perniagaan Dan menjadikan beliau paling sesuai untuk jawatan ini pada masa pertumbuhan syarikat ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden, Michael Whife. “Kami teruja kerana mempunyai seseorang yang berkaliber dalam pasukan eksekutif, dengan kemahiran kepemimpinan yang luar biasa dan sikap optimisnya yang berpengaruh.”  

Sepanjang perjalanan kerjayanya yang meluas, Juanillo telah berkhidmat dalam pelbagai industri yang merangkumi perkhidmatan perbankan, telekomunikasi, kerajaan dan kewangan. Di Selling Simplified, beliau menumpukan kepada tiga matlamat jangka panjang: memperkemas operasi, mengautomasi fungsi sebanyak mungkin dan meningkatkan kecekapan.  

“Ini adalah masa yang hebat dalam sejarah SSG kerana kami sedang berkembang dengan pantas dan ia merupakan pasaran yang menarik,” kata Juanillo. Beliau tertarik dengan budaya di SSG dan menyatakan bahawa jangkauan global syarikat menyumbang kepada kepakaran para pekerjanya dan pengetahuan yang mereka kongsikan. “Terdapat penekanan tentang apa sahaja yang terbaik untuk para pekerja,” beliau berkata.  

Juanillo amat berharap dapat meningkatkan kecekapan yang berkaitan dengan audit akhir tahun 2021 dan melaksanakan sistem kewangan yang lebih kukuh. “Berada dalam pasukan Selling Simplified adalah seperti menghirup udara yang segar serta idea-idea adalah digalakkan dan dialu-alukan,” kata Juanillo. “Saya tidak boleh berhenti tersenyum pada setiap hari saya berada di sini.” 

Juanillo berkelulusan MBA dalam Strategi dan Kewangan Korporat dari Pepperdine Graziadio Business School. Beliau menyertai Selling Simplified setelah syarikat tersebut dinobatkan sebagai salah sebuah Syarikat Swasta yang Paling Pesat Berkembang di Amerika (Fastest-Growing Private Companies in America) oleh Inc. 5000 untuk tahun kelima berturut-turut. 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/selling-simplified-melantik-daniel-juanillo-sebagai-cfo-ketika-syarikat-sedang-mengalami-pertumbuhan-yang-luar-biasa.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE