
Samsung Akan Menghasilkan Cip Untuk AMD
Keadaan jualan smartphone yang tidak memberangsangkan telah memaksa Samsung untuk memperkuatkan lagi sektor perniagaan mereka yang lain bagi menjana pendapatan. AMD pula sedang berusaha untuk kembali bersaing dengan Intel sebagai salah satu nama besar dalam CPU dan GPU bagi konsol. Faktor tersebut telah mendorong kedua-dua syarikat tersebut bekerjasama dengan Samsung akan menghasilkan cip 14 nanometer untuk AMD bermula tahun 2016. Cip tersebut dikatakan akan mempunyai prestasi jauh lebih baik dari cip yang ada sekarang dan jimat tenaga.

