
SpyHunter 5 Memperoleh Persijilan “Deceptor Fighter” oleh AppEsteem & Menyekat 100% Aplikasi “Deceptor”
![]() |
DUBLIN, 28 April 2021 /PRNewswire/ — EnigmaSoft Limited dengan bangganya mengumumkan bahawa AppEsteem telah menganugerahkan Pensijilan “Deceptor Fighter” kepada SpyHunter 5. Pensijilan ini diberikan kepada perisian anti-perisian hasad yang lulus ujian Pensijilan Pengendalian UwS (Perisian Tidak Dikehendaki) yang ketat oleh AppEsteem. Ujian ini mengukur ketepatan dan kecekapan produk keselamatan dalam mengenal pasti aplikasi yang dikategorikan oleh AppEsteem sebagai “deceptors” atau diperakui sebagai “bersih.” Hasil Ujian Pensijilan Pengendalian UwS boleh didapati di https://customer.appesteem.com/home/deceptorfighters.

SpyHunter 5 is certified as a “Deceptor Fighter” & “clean” application by the software review organization AppEsteem.
AppEsteem ialah sebuah organisasi semakan perisian dengan misi untuk menyemak dan menguji program perisian bagi menyediakan maklumat teknikal kepada pengguna tentang keselamatan dan kebolehpercayaan perisian tersebut. SpyHunter telah memperoleh Pensijilan Aplikasi AppEsteem yang dihormati, menjadikannya sebagai antara program-program terkemuka yang para pembangunnya terkenal dengan penerapan kriteria reka bentuk perlindungan pengguna. Dengan pensijilan ini, AppEsteem memperakui SpyHunter sebagai aplikasi “bersih” yang telah memenuhi lebih 100 Syarat Persijilan Aplikasi (Application Certification Requirements, ACR) dan sebagai satu aplikasi yang menunjukkan komitmen yang terbukti dalam melindungi para penggunanya.
AppEsteem membangun dan menyediakan Syarat Persijilan Aplikasi (ACR) yang ketat untuk membantu dalam menentukan sama ada pembangun perisian menggunakan tingkah laku yang mesra pengguna dan boleh diterima. “Deceptor feed” AppEsteem dikemas kini secara berkala dan membantu pembangun perisian anti-perisian hasad untuk mengenal pasti aplikasi yang berpotensi tidak dikehendaki (potentially unwanted applications, PUA) dan perisian tidak dikehendaki (UwS). “Certified feed” AppEsteem mengandungi senarai aplikasi yang dikategorikan sebagai “bersih.” Ujian Pensijilan Pengendalian UwS menentukan tahap program antivirus mematuhi kriteria ketat ACR AppEsteem, yang membolehkan AppEsteem untuk memberi maklumat penting kepada pengguna tentang penyelesaian anti-perisian hasad yang dapat melindungi secara cekap terhadap aplikasi PUA dan UwS yang agresif. SpyHunter 5 didapati boleh menyekat “Deceptor” dan membolehkan aplikasi yang Diperakui dengan ketepatan 100% iaitu satu pencapaian yang signifikan.
Tentang EnigmaSoft Limited
EnigmaSoft Limited ialah sebuah syarikat Ireland milik persendirian yang mempunyai pejabat dan ibu pejabat global di Dublin, Ireland. EnigmaSoft amat dikenali kerana membangun dan mengedarkan aplikasi anti-perisian hasad canggih SpyHunter 5 dan SpyHunter untuk Mac. SpyHunter mengesan dan menghapus perisian hasad, meningkatkan privasi Internet serta menghilangkan ancaman keselamatan – menangani masalah seperti perisian hasad, perisian tebusan, trojan, anti-perisian intip yang berbahaya dan ancaman keselamatan berbahaya lain yang menjejaskan jutaan pengguna komputer PC dan Mac® di laman web. SpyHunter 5 telah memperoleh markah tertinggi dalam ujian perbandingan yang dijalankan oleh makmal ujian pihak ketiga bebas seperti AV-TEST. SpyHunter 5 juga telah diperakui oleh AppEsteem, Checkmark Certified dan TRUSTe.
Berhubung dengan EnigmaSoft di: Twitter | Facebook | LinkedIn | YouTube
SUMBER: EnigmaSoft Limited
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/spyhunter-5-memperoleh-persijilan-deceptor-fighter-oleh-appesteem-menyekat-100-aplikasi-deceptor-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/spyhunter-5-memperoleh-persijilan-deceptor-fighter-oleh-appesteem-menyekat-100-aplikasi-deceptor.jpg
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards Survey, Polls & Research
Source: PRNEWSWIRE