Songtradr Memperoleh Pretzel, Platform Pelesenan Muzik yang Digunakan oleh Penstrim Langsung

Urus niaga ini memperluas keupayaan pengurusan dan jejak pelesenan hak cipta Songtradr 

LOS ANGELES, 21 April 2021 /PRNewswire/ — Songtradr, pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Pretzel, platform pertama di dunia yang menyediakan penstriman muzik yang selamat kepada para penstrim langsung. Selain menyelesaikan pengewangan melalui penstriman langsung, Pretzel turut menawarkan kepada para pemegang hak cipta seperti artis dan label, pendedahan terhadap berjuta-juta pendengar baharu yang sentiasa menggunakan khidmat tersebut melalui siaran langsung. Pretzel menandakan pengambilalihan ketiga Songtradr pada tahun 2021 yang meningkatkan lagi penyelesaian didayakan teknologi milik syarikat.

“Muzik dan permainan sentiasa seiringan dan pemain adalah segolongan peminat muzik yang berharga dan paling banyak menggunakannya. Peningkatan gaya hidup dan pertumbuhan dalam permainan secara penstriman langsung yang mendadak ini membuka pelbagai peluang kepada para artis dan pelanggan kami. Kami segera melihat potensi pengalaman pengguna dan teknologi pengurusan hak cipta Pretzel yang cemerlang dalam ekosistem kami serta visi, nilai dan budaya yang sejajar dan jelas,” kata Paul Wiltshire, Ketua Pegawai Eksekutif Songtradr.

Sepanjang tahun lalu, pendapatan berulang bulanan Pretzel telah meningkat lebih 600% melalui pelesenan lebih 6 juta trek para pemegang hak cipta dan kini menyediakan lebih 12,000 jam muzik untuk pengewangan strim pada platform seperti Twitch dan YouTube. Katalog muzik Pretzel sentiasa disusun dan dikemas kini oleh pasukan Pretzel, mewujudkan penyelesaian muzik yang mesra strim pada skala kepada para pencipta kandungan tanpa sebarang kebimbangan terhadap penarikan DMCA atau bantahan Content ID.

“Kami teruja dapat menyertai salah satu syarikat teknologi muzik yang paling pesat berkembang di dunia dan terus berinovasi dengan penyelesaian baharu,” kata Nate Beck, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pretzel Co. “Matlamat kami dengan Pretzel adalah untuk membolehkan penyiar melakukan penstriman terhadap muzik yang ingin mereka dengarkan sambil memberi imbuhan kepada artis, pencipta lagu, label rekod dan penerbit dengan adil. Melalui gabungan tenaga bersama Songtradr, kami akan dapat mempercepat pertumbuhan kami dengan membangunkan platform yang merevolusi cara muzik dilesenkan.”

Urus niaga dengan Pretzel ini menandakan pengambilalihan keempat Songtradr sejak pelengkapan pusingan pembiayaan Siri C pada bulan Julai 2020 yang menyaksikan kejayaan syarikat tersebut mengumpul dana sebanyak USD30 juta. Syarikat lain yang diperoleh dan berada di bawah naungan Songtradr termasuk Big Sync Music, Cuesongs dan Song Zu.

TENTANG SONGTRADR: 

Songtradr ialah pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia yang menyediakan pencipta muzik dan pemilik hak cipta dengan penyelesaian lengkap yang didayakan teknologi untuk menguruskan hak cipta dan pengewangan di samping menyediakan pengguna muzik B2B seperti jenama, pengiklan, pembuat filem, rangkaian langganan video atas permintaan (SVOD) dan syarikat penyiaran, permainan, penstriman dan platform media sosial dengan akses muzik yang dipandu AI serta berkecekapan tinggi. https://www.songtradr.com/

TENTANG PRETZEL: 

Pretzel ialah perkhidmatan penstriman muzik pertama yang dilesenkan sepenuhnya untuk pencipta kandungan penstriman langsung pada platform seperti Twitch dan YouTube. Pretzel membangunkan teknologi yang menyelesaikan kerumitan pelesenan muzik pelbagai pihak sambil membayar royalti dengan cekap dan telus kepada para pemegang hak cipta. https://www.pretzel.rocks

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/songtradr-memperoleh-pretzel-platform-pelesenan-muzik-yang-digunakan-oleh-penstrim-langsung.jpg

Keywords: Art Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Music Social Media Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers

Source: PRNEWSWIRE

You might also like