Persidangan Sains Data KDD 2021 akan Berlangsung pada 14 – 18 Ogos 2021

99
- Iklan -

Pencalonan Kini Dibuka untuk ACM SIGKDD 2021 Innovation, Service and Rising Star Awards (Anugerah Inovasi, Perkhidmatan dan Bintang Baharu SIGKDD ACM 2021)

Persidangan Sains Data Antarabangsa Terbesar akan Memaparkan yang Terkini dalam Penerokaan Pengetahuan dan Perlombongan Data  

SINGAPURA, 14 April 14 2021 /PRNewswire/ — Persatuan Mesin Pengkomputeran (Association for Computing Machinery, ACM) Kumpulan Berkepentingan Khusus dalam Penerokaan Pengetahuan dan Perlombongan Data (Special Interest Group on Knowledge Discovery and Data Mining, SIGKDD) hari ini mengumumkan KDD 2021, persidangan utama kumpulan tersebut yang akan berlangsung secara maya pada 14-18 Ogos. Persidangan sains data antara disiplin yang berprestij, KDD 2021 akan menyatukan para penyelidik dan pengamal sains data, pembelajaran mesin, data raya dan kecerdasan buatan untuk menjana inovasi masa hadapan. Pencalonan untuk anugerah tahunan SIGKDD ACM yang akan diumumkan pada persidangan ini diterima mulai sekarang hingga 1 Mei. Berpangkalan di luar Singapura pada tahun ini, penganjur persidangan memberi tumpuan kepada kesamaan di seluruh zon masa – menawarkan kandungan utama sebanyak dua kali, berselang selama lapan jam untuk merangkumi peserta di pelbagai lokasi.

“Jawatankuasa eksekutif SIGKDD amat berbesar hati dengan adanya beberapa orang pemikir sains komputer terbaik di Singapura yang akan mengetuai acara maya pada tahun ini,” kata Michael Zeller, setiausaha dan bendahari jawatankuasa eksekutif SIGKDD. “Jawatankuasa penganjur sukarela kami terus menganjurkan persidangan yang cemerlang tahun demi tahun dengan mengatasi cabaran untuk membuka peluang kepada komuniti kami berkumpul dan belajar daripada satu sama lain tentang informasi masa depan dalam aplikasi penyelidikan dan industri perlombongan data.”

Setiap tahun, pengamal sains data yang cemerlang diberi penghormatan semasa persidangan ini dengan anugerah ‘SIGKDD Innovation, Service and Rising Star Awards’. Anugerah Inovasi dan Perkhidmatan ini mengiktiraf individu atau pasukan yang bekerjasama dalam inovasi teknikal di bidang penerokaan pengetahuan dan perlombongan data yang memberi kesan berkekalan serta individu atau pasukan yang memberikan perkhidmatan profesional luar biasa dalam bidang tersebut. Dilancarkan pada tahun 2020, anugerah ‘Rising Star Award’ bertujuan untuk mempromosikan para penyelidik SIGKDD ketika mereka membina kerjaya mereka dan penerima anugerah dipilih berdasarkan keseluruhan kerja-kerja mereka dalam tempoh lima tahun pertama selepas penamatan ijazah Ph.D.Pencalonan diterima sekarang hingga 1 Mei.

KDD yang merupakan persidangan perlombongan data terbesar dan paling lama dijalankan, diuruskan oleh sekumpulan sukarelawan yang berkhidmat sebagai pengerusi untuk pelbagai jawatankuasa. Pengerusi Umum Bersama 2021 ialah Feida Zhu, profesor bersekutu di Singapore Management University; Beng Chin Ooi, profesor terkemuka di Jabatan Sains Komputer, Sekolah Pengkomputeran National University of Singapore; dan Miao Chun Yan, pengerusi dan profesor Sekolah Sains Komputer dan Kejuruteraan di Nanyang Technology University. Zhu ialah pengarah yang mengasaskan dua makmal analisis data utama yang bergabung dengan gergasi industri di Sekolah Pengkomputeran dan Sistem Maklumat di Singapore Management University. Penyelidikan beliau dalam perlombongan data, pembelajaran mesin, rantaian blok dan aset data, dengan penekanan terhadap penggunaannya ke dalam perniagaan, inovasi kewangan dan pengguna amat bersesuaian dengan kepemimpinan beliau dalam mengetuai jawatankuasa penganjur KDD 2021.

“KDD ialah salah satu persidangan akademik terbaik yang memberi tumpuan kepada penggunaan data raya dan sains data,” kata Zhu. “Saya teruja untuk menerapkan pelajaran yang telah kami dapati daripada KDD 2020, persidangan maya sepenuhnya yang pertama, ke dalam perhimpunan digital tahun ini sambil kami berusaha untuk meningkatkan kebolehcapaian dan penglibatan semua peserta. Secara khususnya, KDD pada tahun ini akan membolehkan peserta yang berdaftar untuk mengakses kertas pembentangan yang diterima berserta slaid dan video, sebulan sebelum persidangan sebenar berlangsung di samping dapat berinteraksi dengan para penulis pada platform maya KDD 2021.  Selain daripada barisan penceramah terkenal di dunia dan penceramah industri jemputan, KDD 2021 akan turut menampilkan pelbagai tema harian, lebih 40 bengkel, tutorial dan acara “Persamaan, Kepelbagaian dan Penyertaan (Equity, Diversity and Inclusion, EDI)”.”

KDD Cup yang terkenal kini dibuka kepada para pesaing yang merangkumi pertandingan multi-dataset time series anomaly detection (pengesanan anomali siri set data berbilang), cabaran OGB large-scale graph ML(graf berskala besar OGB ML) dan city brain challenge (cabaran minda kota). Pemenang akan diumumkan pada 15 Jun.

Untuk maklumat lanjut tentang KDD 2021, sila layari https://www.kdd.org/kdd2021/.

Tentang SIGKDD ACM: 
ACM ialah organisasi profesional global yang berprestij untuk para penyelidik dan profesional yang didedikasikan ke arah kemajuan sains dan amalan penerokaan pengetahuan dan perlombongan data. SIG ialah Kumpulan Berkepentingan Khusus ACM dalam Penerokaan Pengetahuan dan Perlombongan Data. Persidangan Antarabangsa Tahunan KDD tentang Penerokaan Pengetahuan dan Perlombongan Data adalah persidangan antara disiplin yang berprestij untuk perlombongan data, sains data dan analitik. 

Untuk maklumat lanjut tentang KDD 2021, sila layari: https://www.kdd.org/kdd2021/

Ikuti KDD di:  
Facebook—https://www.facebook.com/SIGKDD 
Twitter—https://twitter.com/kdd_news 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/persidangan-sains-data-kdd-2021-akan-berlangsung-pada-14-18-ogos-2021.jpg

Keywords: Computer/Electronics Blockchain Data Analytics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events

Source: PRNEWSWIRE