Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei Percepat Transformasi Digital Merentas Industri-industri

- Iklan -

SHENZHEN, China, 14 April 2021 /PRNewswire/ — Di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei kali ke-18 yang diadakan di Shenzhen dari 12 hingga 14 April, Huawei mengumumkan inovasi dan perkembangan terkini dalam Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya.

Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Menuju Digital Lebih Pantas dengan Rangkaian-Awan Pintar".
Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Menuju Digital Lebih Pantas dengan Rangkaian-Awan Pintar”.

Di acara tahunan ini, Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Menuju Digital Lebih Pantas dengan Rangkaian-Awan Pintar”. Dalam ucapan beliau, En. Zhao berkongsi bagaimana Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar mempercepatkan transformasi digital dalam industri-industri menerusi empat senario utama: rangkaian kampus awan, WAN awan, rangkaian pusat data tertumpu hiper dan keselamatan siber.

Penghijrahan awan merupakan laluan penting untuk transformasi digital. Menurut statistik IDC, 80% perusahaan akan mempercepatkan peralihan ke awan mereka (cloudification) menjelang penghujung tahun 2021 dan akses berbilang awan — termasuk awan awam, persendirian dan hibrid — akan menjadi pilihan utama untuk perusahaan yang ingin beralih ke awan.

Perusahaan hari ini mungkin cenderung untuk memindahkan perkhidmatan pejabat mereka ke awan awam. Walau bagaimanapun, tatkala transformasi digital bertambah hebat, tidak dapat dielakkan bahawa perusahaan akan turut memindahkan perkhidmatan pengeluaran mereka ke awan.

En. Zhao berkata, “Rangkaian-awan ialah asas untuk penghjirahan perusahaan ke awan. Dengan membekalkan kuasa pengkomputeran dan kecerdasan yang hampir tiada batasan, rangkaian-awan membolehkan semua industri untuk meningkatkan tahap produktiviti baharu, menyerlahkan potensi elemen data dan menyemarakkan kevitalan ekonomi digital.”

Pada masa kini, teknologi awan membangun pada kadar yang lebih pantas daripada rangkaian, yang bertindak sebagai hambatan terhadap penggunaan awan yang berkesan. Dalam konteks ini, empat cabaran kini dihadapi oleh rangkaian-awan: awan pantas namun rangkaian perlahan, jaminan pengalaman sukar, O&M rangkaian yang mencabar dan perlindungan sekuriti yang sukar.

Bagi menangani cabaran ini, Huawei mengikuti falsafah “berorientasi digital, pintar dan perkhidmatan” dan terus menginovasi Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar hujung-ke-hujungnya. Hal ini menekankan usaha Huawei untuk memperkasa kecerdasan dengan data dan membolehkan perusahaan untuk mengatur dan menggunakan awan dengan lebih baik.

Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei membawakan penawaran inovatif dalam empat senario utama.

  • CloudCampus 3.0, membawa pengalaman akses awan optimum: Dengan mendayakan perangkaian tanpa wayar sepenuhnya, CloudCampus 3.0 membolehkan sambungan kampus yang lancar. Ia juga memanfaatkan SD-WAN untuk mewujudkan satu rangkaian global, merealisasikan saling sambung global yang tangkas dan pemadanan rangkaian-awan. Dengan ciri-ciri menonjol seperti pengurusan awan dan O&M pintar, CloudCampus 3.0 meningkatkan kecekapan O&M kampus dengan ketara, meningkatkan prestasi seluruh rangkaian sebanyak 58% dan mengenal pasti 85% kesalahan yang boleh berlaku terlebih dahulu.
  • CloudWAN 3.0, menyediakan sambungan rangkaian tangkas dan berkualiti tinggi antara perusahaan dan awan. Dibina berasaskan penghirisan rangkaian hierarki, CloudWAN 3.0 mengasingkan perkhidmatan perusahaan yang berbeza dengan berkesan dan dalam masa yang sama menawarkan SLA rangkaian atas-permintaan untuk jaminan prestasi perkhidmatan. Dengan algoritma peta-awan pintar, CloudWAN 3.0 dapat memilih dengan fleksibel laluan akses awan yang berbeza mengikut perkhidmatan, meningkatkan kecekapan akses awan dengan berkesan. Ciri sinergi keselamatan-rangkaian-awan inovatifnya memastikan keselamatan seluruh rangkaian yang mantap dengan kadar pengesanan ancaman mencecah lebih 96%.
  • CloudFabric 3.0, membina rangkaian pusat data tertumpu hiper bagi mendayakan sambungan rangkaian tertumpu dan tak hilang untuk pusat data awan. Penyelesaian kalis masa depan ini benar-benar dapat mencapai Eternet tak hilang. Menurut statistik, kadar kehilangan paket hanya 0.1% akan mengurangkan kuasa pengkomputeran sebanyak 50%, namun dengan hanya menambah pelayan tidak selalu dapat memenuhi keperluan perkhidmatan. Bagi mengendalikan isu ini, Huawei memperkenalkan kawalan kelajuan aliran secara inovatif, bagi mencapai penghantaran data tak hilang dalam pusat data dan antara pusat data aktif-aktif sejauh 70 km dari satu sama lain. Inovasi ini membantu memaksimumkan kuasa pengkomputeran dan mengurangkan bayaran penyewaan gentian optik. Satu lagi pembeza penyelesaian ini ialah O&M pintar seluruh rangkaian yang membolehkan pengesanan kesilapan dan pemulihan kendiri dibuat dalam beberapa minit bagi menjamin perkhidmatan yang sentiasa aktif 24/7.
  • HiSec, menawarkan perlindungan keselamatan hujung-ke-hujung untuk peralihan ke awan (cloudification) perusahaan. Peralihan ke awan (cloudification) benar-benar memperluaskan sempadan perusahaan tradisional, lalu memberi tekanan besar ke atas perlindungan titik-tunggal konvensional. Penyelesaian HiSec Huawei menangani isu ini dengan menawarkan perlindungan keselamatan hujung-ke-hujung – bermula daripada akses awan hingga sambungan awan, malah rangkaian intra-awan — melalui kolaborasi komprehensif antara awan, rangkaian, keselamatan dan peranti. Selain itu, Penyelesaian HiSec Huawei menyediakan keupayaan perlindungan keselamatan berasaskan langganan untuk perusahaan melalui perkhidmatan awan.

Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei menyampaikan tahap sinergi rangkaian-awan belum pernah terjadi sebelum ini yang diperlukan untuk menangani perubahan seni bina rangkaian disruptif yang dibawa oleh keperluan perkhidmatan yang sentiasa berubah-ubah dan inovasi teknologi baru muncul. Memandang ke hadapan, Huawei akan bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi untuk terlibat secara mendalam dalam pelbagai industri — bermula daripada kerajaan digital hingga bandar pintar dan daripada automasi perindustrian kepada rawatan kesihatan pintar jarak jauh — seraya menyuntik momentum baharu terhadap transformasi digital dalam semua industri.

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

You might also like