Parallel Wireless Mengumumkan Perkongsian dengan Etisalat untuk Menyampaikan Pelaksanaan O-RAN Asia Tengah yang Pertama di Afghanistan

Kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dengan Intel dan Supermicro untuk menyediakan liputan luar bandar dan bandar yang menjimatkan kos

NASHUA, New Hampshire, 7 April 2021 /PRNewswire/ — Parallel Wireless, Inc., syarikat RAN Terbuka yang terkemuka dan berpangkalan di A.S., hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Etisalat, salah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi terkemuka di dunia di Afghanistan (diiktiraf oleh Ookla® Speedtest® sebagai rangkaian mudah alih terpantas di dunia pada tahun 2020) untuk memberikan penyelesaian RAN Terbuka bagi 5G 4G 3G 2G yang mematuhi O-RAN, natif awan pertama di dunia, dengan kerjasama Intel dan Supermicro, menjadikannya syarikat pertama di Asia Tengah yang melaksanakan RAN Terbuka.

Afghanistan telah menyaksikan peningkatan yang kukuh dalam jalur lebar mudah alih dengan kadar penembusan yang mencapai 22% pada tahun 2019, meningkat daripada 1% pada tahun 2013. Walaupun jalur lebar mudah alih masih dalam peringkat awal pembangunan, pertumbuhan dijangka berlaku pada tahun 2022.

Pengendali rangkaian mudah alih di Asia Tengah menghadapi tekanan yang kuat untuk mengembangkan perniagaan dan operasi mereka bagi menjana keuntungan. Untuk menangani cabaran ini memerlukan inovasi industri yang memberi tumpuan kepada pengurangan CAPEX dan OPEX serta membuka rangkaian bagi mengelakkan sebarang penguncian vendor. Rangkaian 2G, 3G atau 4G yang ditentukan oleh perkakasan tradisional memerlukan peralatan yang mahal dan besar untuk digunakan, dikendalikan atau dinaik taraf. 

Penyelesaian RAN Terbuka kini tersedia pada masa yang terbaik kerana penyelesaian RAN Terbuka Parallel Wireless membuktikan prestasi, kualiti perkhidmatan dan manfaat kos kepada enam benua. Parallel Wireless juga menerajui inovasi dalam RAN Terbuka, termasuk seni bina rangkaian pertama di dunia yang menyatukan semua standard ketersambungan mudah alih – 2G, 3G, 4G, and 5G– menggunakan perisian dan natif awan yang sama.

Di Afghanistan, Parallel Wireless berinovasi dengan rakan kongsi ekosistem untuk memberikan:

  • Penjualan dan penyahgandingan perkakasan yang mudah untuk menyediakan pengendali mudah alih dengan ketangkasan, ketahanan dan kemudahalihan yang lebih tinggi di seluruh persekitaran awan bagi penjimatan kos pemilikan (TCO) yang lebih besar.
  • Ekosistem perkakasan radio RAN Terbuka menyediakan Unit Radio Jarak Jauh (RRU) yang akan membolehkan Etisalat menggantikan sistem legasi 2G/3G/4G dengan penyelesaian kotak putih yang boleh dinaik taraf kepada 5G pada masa hadapan.
  • Pemproses berskala Xeon Intel Generasi ke-3 Intel dihantar ke pelayan Supermicro yang membawa seni bina sedia untuk masa depan bagi Unit Teragih (DU) dan Unit Terpusat (CU) yang digunakan di pinggir rangkaian. Sumber Unit Jalur Dasar maya (vBBU) boleh dikongsi antara RRU yang pelbagai di lokasi dalam konfigurasi sektor 1, sektor 3 atau sektor 6 pelbagai pembawa untuk mencapai perkongsian sumber yang optimum bagi penjimatan TCO.

Matlamat strategik Etisalat adalah untuk membina dan mengembangkan rangkaian tanpa wayar bagi menyediakan perkhidmatan digital generasi seterusnya kepada pelanggannya di rantau ini. Melalui kolaborasi dengan Parallel Wireless, Intel dan Supermicro, perkara ini boleh dicapai dengan:

  • mengumpulkan penyelesaian yang berdaya maju yang dibina berdasarkan seni bina modular dan terbuka;
  • meningkatkan ketangkasan perkhidmatan melalui awan; dan
  • mengurangkan kos operasi di seluruh lokasi yang teragih secara geografi dengan automasi.

Petikan sokongan

Hatem Bamatraf, Ketua Pegawai Teknologi-Antarabangsa Etisalat Group berkata: “Kombinasi RAN Terbuka, pemayaan dan automasi akan membolehkan Etisalat untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan penjimatan kos yang terbaik di Asia Tengah. Kebolehan menggunakan sistem RAN Terbuka ini bukan sahaja membantu kami memperluas pelaburan awal kami malah dapat memberi perkhidmatan baharu dengan lebih cepat. Parallel Wireless bersama-sama dengan Intel dan Supermicro telah menjadi rakan strategik sejati dan penggerak utama dalam pelaksanaan RAN Terbuka ini.”

Jeff Sharpe, Pengarah Penyelesaian Edge/5G Supermicro berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Etisalat, Parallel Wireless dan Intel untuk membolehkan ekosistem terbuka dalam penyelesaian RAN terpisah menggunakan perkakasan RAN neutral vendor dan teknologi yang ditentukan perisian berdasarkan antara muka terbuka dan standard yang dibangunkan komuniti.”

Amrit Heer, Pengarah Jualan Parallel Wireless berkata, “Dalam kolaborasi dengan rakan kongsi ekosistem ini, Parallel Wireless berhasrat untuk menjadikan RAN lebih terbuka dan fleksibel. Walaupun terdapat inovasi yang signifikan berlaku, masih terdapat banyak jurang dan cabaran yang menyukarkan penggunaan penyelesaian RAN Terbuka yang menyeluruh dan keadaan ini amat membebankan pengendali. Kami percaya ia merupakan masa yang ideal untuk menyelaras dan bekerjasama dalam menyelesaikan cabaran utama bagi memberikan penyelesaian RAN inovatif yang tersedia untuk penggunaan komersial. Melaksanakan platform perisian pematuhan O-RAN kami yang terkemuka di dunia akan membolehkan Etisalat menggunakan perkhidmatan baharu dengan cepat, lancar dan lebih dipercayai.”

Tentang Etisalat Group

Etisolat Group ialah salah satu kumpulan syarikat telekomunikasi dalam pasaran baru muncul yang terkemuka di dunia. Dengan pendapatan bersih disatukan mencecah AED51.7 bilion dan keuntungan bersih disatukan sebanyak AED9.0 bilion pada tahun 2020, kadar kredit yang tinggi mencerminkan kunci kira-kira syarikat yang kukuh dan membuktikan prestasi jangka panjang syarikat.

Beribu pejabat di Abu Dhabi, Etisalat telah ditubuhkan lebih empat dekad yang lalu di UAE sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama di negara tersebut. Sebagai sebuah organisasi cip biru antarabangsa, Etisalat Group memberi penyelesaian dan perkhidmatan inovatif kepada 154 juta pelanggan di 16 buah negara di seluruh Timur Tengah, Asia dan Afrika.

Etisalat diberi penarafan sebagai jenama terkuat dalam semua kategori di rantau Timur Tengah dan Afrika (MEA) oleh Brand Finance. Etisalat telah diiktiraf sebagai rangkaian mudah alih terpantas di seluruh dunia oleh Ookla® Speedtest® pada tahun 2020, yang memberikan pengalaman paling unggul kepada pelanggannya.

Tentang Parallel Wireless

Di Parallel Wireless, kami percaya bahawa perisian berkuasa untuk memanfaatkan peluang-peluang hebat di dunia. Kami mengubah cara rangkaian tanpa wayar dibangunkan dan dikendalikan. Kami sedang memperbaharui cara perkakasan, perisian dan awan bekerjasama untuk mengubah penggunaan yang ekonomi kepada para pengguna. Platform perisian pematuhan O-RAN ALL G (2G 3G 4G 5G) kami membentuk seni bina RAN terbuka, selamat dan pintar untuk memberi ketersambungan tanpa wayar, supaya semua orang boleh berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan cara yang mereka pilih. Kami terlibat dengan lebih 50 syarikat MNO global dan telah diiktiraf oleh lebih 74 anugerah industri. Teras kekuatan kami ialah pasukan Pembangun yang menghargai inovasi, kerjasama, keterbukaan dan kejayaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/parallel-wireless-mengumumkan-perkongsian-dengan-etisalat-untuk-menyampaikan-pelaksanaan-o-ran-asia-tengah-yang-pertama-di-afghanistan.jpg

Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Trade policy Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

You might also like