Maestro Andrea Bocelli di Hegra Secara Langsung dan Percuma di YouTube: Suruhanjaya Diraja AlUla

73
- Iklan -

ALULA, Arab Saudi, 7 April 2021 /PRNewswire/ — Andrea Bocelli, penyanyi tenor yang paling diminati di dunia akan membuat persembahan yang pertama di dunia di Tapak Warisan Dunia UNESCO Hegra pada 8 April 2021. Walaupun acara ini hanya untuk tontonan 300 orang secara bersemuka, persembahan ini akan disiarkan secara penstriman langsung dan percuma di Saluran YouTube maestro itu untuk jutaan para peminat di seluruh dunia.

Andrea Bocelli, The world’s most beloved Italian opera tenor is giving a world-first performance in the UNESCO World Heritage Site of Hegra, in AlUla of Saudi Arabia, on April 8th 2021. The concert will be broadcast live and free on Andrea Bocelli’s YouTube channel on April 8th at 19:00 BST.
Andrea Bocelli, The world’s most beloved Italian opera tenor is giving a world-first performance in the UNESCO World Heritage Site of Hegra, in AlUla of Saudi Arabia, on April 8th 2021. The concert will be broadcast live and free on Andrea Bocelli’s YouTube channel on April 8th at 19:00 BST.

Persembahan di AlUla, Arab Saudi ini akan dianjurkan di antara makam-makam Nabata di bandar purba Hegra. Ini merupakan kali pertama lokasi ini menjadi tempat untuk sebuah acara muzik yang berkaliber seperti ini dan pakar tenor ini telah menjanjikan penyampaian suasana yang intim yang terdiri daripada ahli-ahli muzik Filharmonik Arab serta tetamu istimewa iaitu Loren ALLRED, Matteo BOCELLI, penyanyi soprano Francesca MAIONCHI bersama pemain piano EUGENE KOHN.

Konsert ini menandakan tahun ketiga berturut-turut bagi Bocelli mengadakan persembahan di AlUla dan telah menggembirakan para penonton pada kedua-dua persembahan terdahulu semasa festival Winter dan Tantora. Acara ini menjanjikan sebuah sambutan warisan, kebudayaan, muzik dan optimisme yang tidak boleh dilepaskan.

Walaupun senarai artis masih belum diumumkan, pihak penganjur telah berjanji bahawa para peminat yang lama dan baharu tidak akan berasa kecewa. Seorang tetamu yang akan membuat kejutan juga masih dirahsiakan dan akan didedahkan kepada para penonton pada malam itu dan bukan sebelumnya.

Hegra yang dibina pada abad pertama SM oleh Kerajaan Nabata, merupakan sebuah kota purba padang pasir di mana terletaknya ribuan makam yang telah dipotong menjadi pergunungan batu pasir. Sekurang-kurangnya 100 buah makam mempunyai fakad dengan ukiran terperinci yang merupakan keistimewaan tukang-tukang Nabata yang mahir.

Konsert ini akan disiarkan secara langsung dan percuma di saluran YouTube Andrea Bocelli pada 8 April, jam 12 tengah hari di Los Angeles, 3 petang di New York, 8 malam di London, 9 malam di Rom, Paris dan Berlin, 10 malam di Moscow dan Arab Saudi. Buat masa ini, persembahan ini tidak disediakan secara ulangan atau atas permintaan, oleh itu para peminat adalah digalakkan untuk menonton secara langsung atau akan ketinggalan.

Untuk maklumat lanjut tentang di mana untuk menontonnya di lokasi anda, sila layari experiencealula.com  

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/maestro-andrea-bocelli-di-hegra-secara-langsung-dan-percuma-di-youtube-suruhanjaya-diraja-alula.jpg

Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Travel New products/services

Source: PRNEWSWIRE