
Fact.MR Memperbaharui Kaedah Syarikat Permulaan Mengakses Penyelidikan Pasaran
![]() |
NEW YORK, 20 April 2021 /PRNewswire/ — Punca utama kepada kegagalan syarikat permulaan bukanlah disebabkan kekurangan pembiayaan atau persaingan sengit. Sebab utama ialah ‘salah tafsir permintaan pasaran’.
Oleh itu, adalah penting untuk syarikat permulaan melakukan penyelidikan yang menyeluruh di pasaran.
Penyelidikan pasaran boleh menjadi faktor penentu
Penyelidikan pasaran telah lama dianggap sebagai disiplin saintifik dan berorientasikan proses untuk memperoleh pemahaman utama. Namun, mengakses penyelidikan pasaran berkualiti kekal menjadi suatu cabaran kepada kebanyakan syarikat permulaan.
Fact.MR, firma penyelidikan pasaran dan perundingan yang berpangkalan di Dubai menangani cabaran ini. Melalui model langganan eksklusifnya untuk syarikat permulaan, Fact.MR telah menjadi syarikat penyelidikan ke pasaran untuk perniagaan kecil.
“Syarikat permulaan yang menggunakan pemahaman pasaran kami yang boleh dipercayai memanfaatkannya untuk mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang. Penyelidikan pasaran yang berkesan membimbing syarikat permulaan tentang perkara yang boleh dicapai dan kaedah untuk mencapainya,” kata Sudip Saha, Pengasas Bersama Fact.MR dan pakar industri dengan pengalaman selama lebih lima belas tahun dalam penyelidikan pasaran.
Fact.MR juga menawarkan akses ke pangkalan data pasaran yang dikuasakan AI – Market Ngage yang terbesar di dunia kepada syarikat permulaan. Pangkalan data yang dikuasakan AI ini menyediakan akses masa nyata kepada jutaan titik data, laporan penyelidikan pasaran, analisis landskap yang kompetitif dan unjuran pasaran.
“Ketangkasan adalah penting untuk beroperasi dalam persekitaran syarikat permulaan. Syarikat permulaan sering memerlukan pemahaman dengan cepat dan itulah sebabnya pangkalan data kami yang dikuasakan AI, Market Ngage merupakan suatu penyelesaian yang cekap,” menurut Encik Saha.
Fact.MR kini memberikan perkhidmatan kepada syarikat permulaan yang merangkumi pelbagai sektor—automotif, makanan & minuman, penjagaan kesihatan, ICT, barangan perindustrian, bahan-bahan & bahan kimia serta peruncitan. Sama ada perniagaan sedang mencari penyelidikan pasaran automotif global atau memerlukan kecerdasan pasaran penjagaan kesihatan peringkat negara yang granular, Fact.MR memberikan penyelesaian yang tepat.
Sejak penubuhannya, Fact.MR telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 5,000 buah organisasi di seluruh dunia. Walaupun syarikat Fortune 1,000 merupakan sebahagian besar daripada pelanggan Fact.MR tetapi penyelesaian penyelidikan pasaran yang memfokus kepada syarikat permulaan merupakan USP firma ini.
“Syarikat konglomerat besar mempunyai belanjawan pemasaran yang diluluskan terlebih dahulu, namun keadaannya tidak sama bagi syarikat permulaan, terutamanya yang mempunyai kewangan terhad. Oleh itu, kami mempunyai model langganan unik yang direka secara eksklusif untuk syarikat permulaan dan perniagaan kecil,” rumus Encik Saha.
Tentang Fact.MR
Penyelidikan pasaran dan agensi perundingan dengan perbezaan! Itulah sebabnya 80% daripada syarikat Fortune 1,000 dan ribuan syarikat permulaan mempercayai kami dalam membuat keputusan mereka yang paling penting. Kami mempunyai pejabat di A.S. dan Dublin manakala ibu pejabat global kami terletak di Dubai. Hubungi kami dengan matlamat anda dan kami akan menjadi rakan kongsi penyelidikan yang penting.
Sila hubungi:
Sudip Saha
Tel: +1 (628) 251-1583
E: sales@factmr.com

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Small Business Services Survey, Polls & Research Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE

