ElectrifAi Mencapai Status Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS dalam AI Lanjutan
JERSEY CITY, New Jersey, 11 Mac 2021 /PRNewswire/ — ElectrifAi, salah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam model kecekapan kecerdasan buatan (AI) praktikal dan model pembelajaran mesin (ML) pra-binaan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai status Kecekapan Pembelajaran Mesin Amazon Web Services (AWS) dalam kategori Kecerdasan Buatan Lanjutan (Applied AI) baharu. Gelaran ini mengiktiraf bahawa ElectrifAi telah menunjukkan pengalaman dan kepakaran yang mendalam dalam membangunkan atau mengintegrasikan penyelesaian ML yang praktikal pada AWS.
Rakan Kongsi AWS diiktiraf sebagai sebahagian daripada pengembangan Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS yang membantu pelanggan memanfaatkan penyelesaian pintar untuk memacu pengoptimuman perniagaan, pertumbuhan pendapatan pelanggan dan pengurangan kos. Ini dilakukan dengan mencipta, mengautomasi dan menguruskan aliran kerja ML yang lengkap menggunakan kecerdasan mesin.
Aplikasi dipacu AI dan ML ini matang dengan pantas dan mewujudkan permintaan baharu terhadap perusahaan. AWS kekal bersaing dan mengembangkan Program Kecekapan AWS secara berterusan untuk menyediakan pelanggan dengan keupayaan yang melibatkan peningkatan teknologi dan tawaran perundingan rakan kongsi AWS. AWS melancarkan dua kategori baharu dalam Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS iaitu AI Lanjutan dan Operasi ML (ML Ops) untuk membantu pelanggan mengenal pasti dan melibatkan Rakan Kongsi AWS yang amat khusus secara mudah dan yakin dengan keupayaan AI Lanjutan dan/atau Operasi ML. Dengan pengembangan program ini, pelanggan akan dapat melangkaui keupayaan platform pemprosesan data dan sains data yang ada sekarang dan mendapatkan Rakan Kongsi AWS yang berpengalaman yang akan membantu menghasilkan model-model yang berjaya (ML Ops) serta mendapatkan pakej yang tersedia untuk membantu masalah perniagaan mereka (AI Lanjutan).
Kejayaannya dalam mencapai Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS dalam kategori AI Lanjutan telah membezakan ElectrifAi sebagai Rakan Kongsi AWS dengan kepakaran domain yang mendalam dan kejayaan pelanggan yang telah terbukti.
“Ia menjadi lebih penting sekarang bagi perniagaan untuk berubah kepada penyelesaian ML dan AI terkini pada AWS. Untuk membantu pelanggan membuat pilihan yang tepat apabila mencari Rakan Kongsi AWS yang paling berkelayakan untuk tugasan tersebut, kami telah memperluas Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS bagi membantu pelanggan mengenal pasti Rakan Kongsi AWS yang pakar dalam bidang AI Lanjutan dan Operasi ML dengan mudah,” kata Julien Simon, ‘Evangelist’ AI & ML Global AWS. “Rakan-rakan Kongsi AWS ini telah disaring oleh AWS berdasarkan kemampuan teknologi dan rekod prestasi kejayaan yang kukuh serta kami berasa gembira dapat memasukkan ElectrifAi dalam pelancaran Kategori Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS yang baharu. Kami berharap dapat berinovasi bersama-sama dan terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan tawaran teknologi dan perundingan Rakan Kongsi AWS yang inovatif dan sah.”
“Kami berbangga dan teruja menerima gelaran Kecekapan Pembelajaran Mesin AWS untuk AI Lanjutan – salah sebuah syarikat pertama yang memperoleh status berprestij ini. Sebagai peneraju dalam model pembelajaran mesin pra-binaan, kami menganggap diri kami sebagai pelopor kepada perusahaan AI praktikal yang berteraskan AI Lanjutan,” kata Jim McGowan, Naib Presiden Kanan Rakan Kongsi Awan ElectrifAi.
AWS membolehkan penyelesaian yang menjimatkan kos, fleksibel dan boleh diskala yang sesuai digunakan oleh syarikat permulaan hingga kepada perusahaan global. Untuk menyokong integrasi dan penggunaan penyelesaian yang lancar ini, AWS telah mewujudkan Program Kecekapan AWS bagi membantu pelanggan mengenal pasti Rakan Kongsi AWS yang mempunyai pengalaman dan kepakaran industri yang mendalam.
Amazon SageMaker membawa keupayaan AI/ML yang sesuai dengan setiap persekitaran AWS secara lancar. ElectrifAi direka untuk meningkatkan keupayaan Amazon SageMaker dengan mempercepat tempoh masa daripada pembelian hingga kepada penilaian pelanggan dengan model pembelajaran mesin pra-binaan (termasuk pra-latihan, pra-berstruktur dan baharu). Para pelanggan boleh mendapatkan model pembelajaran mesin yang berfungsi dalam masa yang singkat berbanding masa yang diperlukan untuk membina model sendiri dan tanpa perlu membina infrastruktur tambahan. Sebagai Rakan Kongsi AWS, pelanggan ElectrifAi dapat menjalankan data mereka melalui Kilang Model ML ElectrifAi pada Amazon SageMaker tanpa perlu memindahkan data mereka daripada persekitaran sekarang. Model pra-binaan ElectrifAi memacu pertumbuhan pendapatan dan penjimatan kos serta meningkatkan keuntungan dan prestasi.
“Melalui penyelesaian ElectrifAi, OXIO akan dapat memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan dengan Sains Data dan keupayaan AI yang terbaik dan tiada tandingan dalam industri telekomunikasi masa kini. Keupayaan AI ElectrifAi akan membantu OXIO membentuk semula industri telekomunikasi kerana kami mengetahuinya sebaik sahaja kami menerapkan model perniagaan yang baharu sepenuhnya dan kami berharap dapat memperluas kerjasama ini dalam bidang lain,” kata Gilles Louwerens, Ketua Kecerdasan Pelanggan & Perniagaan OXIO.
Tentang ElectrifAi
ElectrifAi ialah peneraju global dalam model pembelajaran mesin yang siap tersedia untuk perniagaan. Misi ElectrifAi adalah untuk untuk membantu organisasi mengubah cara mereka bekerja melalui pembelajaran mesin: mendorong peningkatan pendapatan, pengurangan kos serta peningkatan keuntungan dan prestasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ElectrifAi menawarkan kepemimpinan industri berpengalaman, suatu pasukan global dengan kepakaran domain serta rekod yang terbukti untuk mengubah data berstruktur dan tidak berstruktur pada skala. Perpustakaan besar produk berasaskan Ai merentasi fungsi perniagaan, sistem data dan pasukan untuk mendorong hasil yang unggul dalam jangka masa yang singkat. ElectrifAi mempunyai kira-kira 200 orang saintis data, jurutera perisian dan pekerja dengan rekod yang telah terbukti dalam urus niaga dengan lebih 2,000 pelaksanaan pelanggan yang kebanyakannya adalah untuk syarikat Fortune 500. Teras bagi misi ElectrifAi ialah komitmen untuk menjadikan AI dan pembelajaran mesin lebih difahami, praktikal dan menguntungkan bagi perniagaan dan industri di seluruh dunia. ElectrifAi beribu pejabat di Jersey City serta mempunyai pejabat-pejabat yang terletak di Shanghai dan New Delhi.
Keywords: Art Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Entertainment Telecommunications Corporate Expansion
Source: PRNEWSWIRE