Peloton Memeterai Perjanjian untuk Mengambil Alih Cevian Technologies

CALGARY, Alberta, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ — Peloton dengan sukacitanya mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih Cevian Technologies, sebuah syarikat perisian berasaskan awan yang mengkhusus dalam kaedah pengambilalihan, visualisasi dan pelaporan data masa nyata untuk industri pelengkap. Produk utama Cevian, FracNet ialah sebuah platform visualisasi data fraktur dan penyimpanan awan masa nyata yang menjadikan segala data rawatan fraktur yang boleh diakses dalam format standard dan berstruktur semasa dan selepas tugasan.

Ketika industri tenaga menerapkan teknologi pendigitalan dan awan, peluang untuk menyelaraskan perisian dan perkhidmatan FracNet Cevian dengan penyelesaian Platform Peloton, merangkumi kitaran hayat data dan kitaran hayat pengeluaran data yang akan meningkatkan keupayaan syarikat untuk menganalisa data fraktur serta meningkatkan pembuatan keputusan dan mengoptimumkan peluang.

Glen Gray, Ketua Pegawai Eksekutif Peloton berkata, “Kami berharap dapat membangunkan lebih banyak FracNet dan mengintegrasikan teknologi gabungan kami untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos kepada pelanggan kami.”

Jocelyn McMinn, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Cevian Technologies menambah, “Penambahan FracNet ke Platform Peloton memberikan ketepatan dan penyeragaman kualiti masa nyata kepada ruang pelengkap, sesuatu yang telah lama dinikmati oleh sektor penggerudian.” “Peloton merupakan platform yang ideal untuk Cevian dan secara bersama-sama, kami akan menyediakan pilihan data pelengkapan kepada pelanggan yang boleh diakses dengan mudah menggunakan FracNet atau mana-mana platform visualisasi,” kata Kevin Lo, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Cevian.

Tentang Peloton

Platform Peloton memacu transformasi digital minyak dan gas melalui integrasi mobiliti, automasi dan data dengan menyediakan penyelesaian kitaran hayat data, kitaran hayat data pengeluaran dan pengurusan data tanah yang bersepadu sepenuhnya. Kini, lebih 600 pelanggan minyak dan gas di seluruh dunia bergantung kepada teknologi Peloton untuk melengkapkan pihak berkepentingan mereka dengan kaedah dan maklumat yang diperlukan bagi mengurus, memudahkan dan mengoptimumkan operasi mereka.

Tentang Cevian

Cevian Technologies mempunyai pengalaman yang luas dalam membangunkan kaedah pengambilalihan, visualisasi, penyimpanan dan pelaporan data masa nyata untuk industri pelengkap. Produk utama Cevian, FracNet, boleh memperkasa analitik anda dengan data fraktur yang bersih dan seragam semasa dan selepas tugasan serta telah digunakan untuk keputusan operasi masa nyata dalam lebih 10,300 pelengkapan setakat hari ini.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/peloton-memeterai-perjanjian-untuk-mengambil-alih-cevian-technologies.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like