
Mengapa Famtech Bakal Menjadi Trend Utama Pada Tahun-tahun Akan Datang
MOSCOW, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ — Famtech ialah teknologi yang direka bagi membantu institusi kekeluargaan meniti perjalanan ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Walaupun istilah ini tidak digunakan secara meluas, industri famtech telah wujud dan berkembang pesat dalam kalangan syarikat permulaan dan inisiatif bukan berkeuntungan. Industri ini membantu institusi kekeluargaan untuk memastikan kewangan mereka sentiasa terjaga, memantau kesihatan, merancang dan menguruskan kehamilan, mengupah pengasuh, guru, jururawat dan lain-lain. Berikutan pandemik COVID-19, famtech menarik lebih banyak perniagaan dan para dermawan.

Igor Rybakov — entrepreneur, venture capitalist, philanthropist, included in the Forbes list of the wealthiest people in the world. Co-founder and co-owner of the TECHNONICOL corporation — a world leader in the field of construction materials: 54 factories in seven countries worldwide, and of tech company PRYTEK. Co-founder of the Rybakov Foundation.
Mengapa begitu? Pada tahun 2020, institusi kekeluargaan telah berada dalam keadaan tertekan akibat pasaran buruh yang mengecil, kenaikan kos dan kewujudan fungsi baharu. Kini, institusi kekeluargaan memerlukan sokongan lebih daripada sebelum ini dan ramai orang memahami perkara ini. Oleh itu, sebagai bertindak balas terhadap krisis COVID-19, lebih 130 pengasas projek telah melancarkan The Fam Tech Founders Collaborative (Kerjasama Pengasas Teknologi Kekeluargaan).
Sebab lain: generasi masa kini memulakan keluarga mereka dengan bergantung kepada teknologi. Jika 10 tahun yang lalu babytech dan femtech merupakan pasaran khusus, kini kedua-duanya telah berkembang pesat. Menurut Laporan Frost & Sullivan, pendapatan pasaran femtech akan mencecah $1.1 bilion menjelang tahun 2024 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 12.9%. Sebagai contoh: Alat Pengesan Kehamilan AMMA, suatu perkhidmatan antarabangsa untuk wanita hamil dan keluarga mereka, sebelum ini telah memuktamadkan pusingan dana awal sebanyak $1.6 juta dalam pelaburan jutawan, berjaya menarik $200 ribu daripada ahli perniagaan dan dermawan Igor Rybakov pada bulan Disember 2020, dan nilai permulaan meningkat sebanyak 4 kali ganda kepada $24.5 juta dalam setahun.
Apa yang diharapkan dalam tempoh 30 tahun akan datang? Menurut ahli perniagaan dan dermawan Igor Rybakov:
1. Beri laluan untuk Orang Muda! Dalam tempoh 30 tahun, lebih daripada separuh populasi di dunia akan berusia di bawah 30 tahun. Pengertian hidup oleh mereka yang berusia 30 tahun akan menentukan corak kehidupan dunia. Sebagai tindak balas kepada cabaran ini, kami dan rakan kongsi kami sedang membina rangkaian RYBAKOV PLAYSCHOOL yang terdiri daripada 10,000,000 guru tadika dan sekolah rendah untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun untuk membangunkan kemahiran abad ke-21 mereka. Masa depan kita terletak di sebalik pendidikan pada hari ini.
2. Urusan kekeluargaan. Institusi kekeluargaan dan masyarakat menanggung kesan pandemik yang hebat. Individu yang mempunyai lebih banyak hubungan sosial lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran sekatan pergerakan. Pewujudan hubungan sosial yang menyokong keselamatan dan kemakmuran semua orang di dunia merupakan misi gerakan UNITED FAMILIES (KELUARGA BERSATU) yang beroperasi melalui gabungan UF kebangsaan di 160 buah negara di seluruh dunia. Ia dirancang untuk memberi sokongan kepada lebih 50 juta orang di seluruh dunia. Tanda pagar pergerakan tersebut ialah #FamilyFirst.
3. Memerangi ketaksamarataan capaian. Pekerjaan jarak jauh dan realiti tambahan telah memungkinkan pencarian pekerjaan dan pendidikan walaupun di mana sahaja kita berada. YAYASAN RYBAKOV menawarkan penyelesaian pendidikan untuk institusi kekeluargaan di seluruh dunia. Penyelesaian tersebut adalah untuk membantu institusi kekeluargaan membina kemahiran bagi memperoleh kebebasan dan berlindung daripada penyalahgunaan, manipulasi dan kawalan oleh perniagaan dan organisasi yang bertindak menyalahi kepentingan keluarga. Komuniti sokongan merupakan satu lagi bidang tumpuan dalam usaha Yayasan untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
4. Masa depan tidak datang sendiri: kita yang membentuknya! IMPACTISME ialah suatu trend yang semakin meningkat. IMPACTISME merupakan suatu bentuk tindakan sosial baharu kolektif yang mempercepat peningkatan kualiti dan kesejahteraan hidup. Bermula sebagai suatu bentuk tindakan sosial baharu yang akhirnya membentuk pengurusan kendiri yang proaktif, IMPACTISME akan menjadi asas kepada pembentukan kekuatan “supranasional” dan komuniti. Pergerakan ini akan bergantung kepada penggerak tempatan dalam rangkaian global yang teragih dan berpusat yang disatukan oleh semangat transformasi sosial.
Igor Rybakov — seorang usahawan, kapitalis teroka, dermawan serta termasuk dalam senarai Forbes sebagai individu paling kaya di dunia. Pengasas bersama dan pemilik bersama perbadanan TECHNONICOL — peneraju dunia dalam bahan pembinaan: 54 buah kilang di tujuh buah negara di seluruh dunia dan syarikat teknologi, PRYTEK. Pengasas Bersama Yayasan Rybakov.
#familyfirst #familyfocus #unitedfamily
Sila hubungi:
Daria Bashkatova
pr@rybakovfoundation.org
+7-926-268-39-14
+7 (495) 150-40-74
www.rybakovfoundation.org
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Electronic Design Automation Machinery Mining/Metals Publishing/Information Service Children-related news Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research Women-related news
Source: PRNEWSWIRE