
Cloudera Melengkapkan Pensijilan SOC 2 Type II untuk Awan Awam Platform Data Cloudera
![]() |
Pensijilan menjamin kepercayaan pelanggan terhadap Platform Data Cloudera untuk Awan Data Perusahaan mereka
SANTA CLARA, California, 28 Januari 2021 /PRNewswire/ — Cloudera, (NYSE: CLDR), syarikat awan data perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya melengkapkan pensijilan SOC 2 Type II Service Organization Control (SOC 2) untuk Awan Awam Platform Data Cloudera mengikut piawaian pengakusaksian yang ditetapkan oleh American Institute of Certified Public Accountants (AICPA).
Dapatan ini mengesahkan bahawa platform Awan Awam CDP Cloudera memenuhi piawaian SOC 2 yang relatif dengan Prinsip Perkhidmatan Kepercayaan dan Kriteria Keselamatan (Security Trust Services Principle and Criteria). Pensijilan ini berserta senarai panjang keupayaan keselamatan syarikat ini yang luas, merupakan suatu pengesahan yang menjadi penyebab pelanggan global Cloudera daripada industri yang dikawal selia dengan ketat seperti lapan daripada 10 buah bank terkemuka, sembilan daripada 10 buah syarikat farmaseutikal terkemuka dan 10 daripada 10 syarikat telekomunikasi terkemuka mempercayai Cloudera dengan data paling sensitif mereka dalam Awan Data Perusahaan.
“Perusahaan berusaha untuk menjamin dan mengawal data mereka terutamanya di dunia pelbagai awan. Mereka dikehendaki menjamin data dalam kerangka kerja kawal selia dan ramai yang menjangka akan berhadapan dengan peraturan kerahsiaan data baharu dalam masa terdekat,” kata Eddie Garcia, Ketua Pegawai Maklumat Cloudera. “Platform Data Cloudera dipercayai oleh beberapa syarikat terbesar yang terlibat dalam industri yang dikawal selia dengan ketat dan sensitif serta pensijilan ini mengesahkan komitmen kami yang berterusan terhadap keselamatan data, tadbir urus dan kerahsiaan.”
Pelanggan Cloudera memperoleh nilai yang luar biasa dalam dasar keselamatan dan pematuhan berpusat yang dilaksanakan di pelbagai beban kerja—terutamanya semasa peralihan mereka kepada infrastruktur awan pelbagai dan hibrid. Dengan Shared Data Experience (SDX) Platform Data Cloudera, perusahaan boleh mempercayai bahawa mereka mempunyai dasar keselamatan yang paling terkini untuk kes penggunaan dan beban kerja yang berbeza seperti kejuruteraan data, gudang data serta penggunaan sains data.
Tentang Cloudera
Di Cloudera, kami percaya bahawa data boleh menjadikan apa yang mustahil pada masa kini menjadi kenyataan pada masa hadapan. Kami memperkasakan orang ramai untuk mengubah data yang kompleks menjadi maklumat yang jelas dan dapat dilaksanakan. Cloudera menyampaikan awan data perusahaan untuk sebarang data, di mana-mana sahaja, daripada Pinggir (Edge) kepada Kecerdasan Buatan (AI). Dikuasakan oleh inovasi berterusan daripada komuniti sumber terbuka, Cloudera memajukan transformasi digital untuk perusahaan terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di Cloudera.com.
Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagang pemiliknya masing-masing.
Source: Cloudera, Inc.
Source: PRNEWSWIRE