
QuantalRF memperoleh pembiayaan Siri B bernilai CHF17 juta (USD19 juta) untuk pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian RF bahagian depan yang canggih
![]() |
ZÜRICH dan SAN DIEGO, 16 Disember 2020 /PRNewswire/ — QuantalRF, sebuah syarikat semikonduktor RF yang terkenal dalam pembangunan penyelesaian komunikasi wayarles transformatif, telah mengumumkan kejayaannya memperoleh pusingan pembiayaan Siri B yang terlebih langganan, bernilai CHF17 juta (USD19 juta). Pusingan pertumbuhan ekuiti tersebut diterajui oleh Metellus AG dan Dara Capital Ltd. yang berpusat di Zürich, berserta pemegang saham dan syarikat milik keluarga yang sedia ada.
Pembiayaan baharu ini akan digunakan terutamanya untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi bahagian depan RF yang dipatenkan oleh QuantalRF, membesarkan pasukan kejuruteraan dan untuk meningkatkan dengan cepat terhadap pembangunan produk 5G/UHB (Ultra High Band) dan Wi-Fi 6/6e komponen IC bahagian depan.
Pusingan pembiayaan ini akan mewujudkan tahun yang luar biasa kepada QuantalRF yang bermula dengan pelantikan Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Teknologi baharu, penilaian yang berjaya terhadap Teknologi Amplifier Quantal dan penerimaan sampel untuk RFIC Quantal pertama mereka.
“Saya sangat teruja dengan matlamat QuantalRF dan kami akan terus memajukan Teknologi Quantal dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh pasaran RF bahagian depan,” kata Dr. Ali Fard, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Teknologi QuantalRF. “Sepanjang tahun ini kami telah menerima pandangan berharga dan maklum balas positif mengenai teknologi kami melalui penilaian menyeluruh oleh pihak ketiga yang terdiri daripada rakan kongsi dan pelanggan kami. Fokus untuk fasa perkembangan kami yang seterusnya adalah untuk memenuhi permintaan terhadap penyaring RF bersepadu yang digunakan dalam piawaian tanpa wayar yang memerlukan jalur lebar yang luas sambil mengekalkan prestasi jalur lebar yang baik dan pemutus penapisan yang sangat tepat.”
“Para pelabur kami tidak hanya menyaksikan peluang besar dalam perkembangan RF bahagian depan generasi akan datang, tetapi yang lebih penting adalah melihat kelebihan dan kedudukan unik QuantalRF yang menjadi sebuah kuasa kuat untuk memacu pasaran ini. Sokongan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh para pelabur kami merupakan pengiktirafan kepada misi dan pasukan yang telah kami bentuk,” kata Antonio J. Viana, Pengerusi Eksekutif. “Ahli Lembaga Pengarah, berserta dengan komuniti pelaburan kami, sangat teruja untuk menyaksikan QuantalRF bergerak ke fasa pertumbuhan dan perkembangan seterusnya.”
Tentang QuantalRF
QuantalRF ialah sebuah syarikat semikonduktor RF yang terkenal dalam pembangunan penyelesaian komunikasi tanpa wayar transformatif yang membawa pembaharuan kepada pengalaman pengguna. Sebagai inovator semikonduktor RF yang berprestasi tinggi dan khusus kepada peralatan IC bahagian depan seperti Power Amplifiers (PA), Low Noise Amplifiers (LNA), Penapis pada cip yang khusus kepada pelbagai sistem komunikasi merangkumi Wi-Fi 6/6e dan 5G UHB (Ultra-High Band), QuantalRF sedang mencipta penyelesaian baharu untuk menangani keperluan ketersambungan terhadap sistem wayarles RF yang baru muncul.
Di QuantalRF, kami melakukan transformasi RF bahagian depan melalui penyelesaian ultra-padat yang menyaingi gelombang akustik dan prestasi GaAs dalam teknologi CMOS-SOI yang bersepadu tinggi untuk penggunaan komersial, termasuk gelombang milimeter. Kami memanfaatkan Teknologi Quantal kami yang dipatenkan dalam penyelesaian RF bahagian depan yang canggih serta memperbaiki kawasan, kos, penggunaan kuasa dan prestasi keseluruhan secara signifikan.
QuantalRF ditubuhkan berdasarkan penciptaan Pengasas Bersama dan bekas saintis NASA, Dr. Forrest J. Brown. Penciptaan-penciptaan tersebut dibangunkan menjadi teknologi RF bahagian depan kami yang dikenali sebagai Teknologi Quantal. QuantalRF yang mempunyai ibu pejabat di Zürich, Switzerland serta operasi di Amerika Syarikat dan Sweden, memiliki portfolio yang mengagumkan yang terdiri daripada lebih 250 paten dan penggunaan meluas di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.quantalrf.com
Source: PRNEWSWIRE

