
Kemas kini tentang pembayaran awal dalam kerjasama Adyen dengan Hungry Jack’s untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggannya
![]() |
AMSTERDAM, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ — Adyen (AMS: ADYEN), platform pembayaran global yang menjadi pilihan kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, mengumumkan hari ini bahawa ia telah bekerjasama dengan Hungry Jack’s, sebuah restoran perkhidmatan pantas yang berpusat di Australia, untuk meningkatkan seluruh terminal tempat jualan (POS) dan membantu menyatukan saluran dalam kedai dan e-dagang – mendorong penjimatan kos, di samping meningkatkan hasil dan pengalaman pelanggan.
“Penawaran POS Adyen telah memberi kesan yang besar kepada perniagaan. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah kegagalan sistem pembayaran anda pada malam yang sibuk. Kewujudan pembayaran yang boleh dipercayai memberi pengalaman pelanggan yang cepat dan lancar, serta seterusnya meningkatkan perolehan kami,” kata Bruce Nolte, Ketua Pegawai Maklumat, Hungry Jack’s. “Kami ingin menjadikannya sebagai yang paling mudah untuk membayar dan fokus untuk memberi pilihan yang disukai kepada semua orang di seluruh saluran. Bersepadu ke platform Adyen telah membuka peluang ini untuk kita. Tambahan lagi, penyelesaian perdagangan bersatu Adyen membolehkan kami memanfaatkan pilihan dalam talian, penghantaran dan pandu lalu sementara ruang makan ditutup sepanjang pandemik COVID-19 ini,” Nolte menyimpulkan.
“Menawarkan pengalaman pelanggan yang lancar sangat penting untuk QSR – terutama pada waktu perkhidmatan puncak dan untuk pandu lalu dan penghantaran,” kata Michel von Aalten, Pengurus Negara Australia dan New Zealand, Adyen. “Kami teruja dengan hasil yang telah dicapai oleh Hungry Jack’s dan berharap dapat menyokong mereka dengan lebih besar ke arah perdagangan bersatu mereka.”
Tentang Hungry Jack’s
Hungry Jack’s ialah restoran yang terkenal dengan Whopper panggang apinya di Australia selama hampir 50 tahun. Warga Australia gemar mengunjungi rangkaian Hungry Jack’s yang mempunyai lebih daripada 440 restoran di seluruh negara untuk menikmati makanan segar dan lazat. Dengan pilihan dari burger daging lembu 100% Aussie panggang yang enak, pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan, menu ayam berjus, brekky wrap atau kopi buatan barista, Hungry Jack’s merupakan destinasi untuk kegemaran klasik, menu baharu yang inovatif serta panggang api berasap berperasa BBQ yang terkenal tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hungry Jack’s, sila lawati www.hungryjacks.com.au atau ikuti kami di Facebook and Twitter.
Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, menyediakan infrastruktur lengkap lagi moden yang dihubungkan terus ke Visa, Mastercard dan kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Microsoft, Singapore Airlines, dan L’Oréal. Kerjasama dengan Hungry Jack’s seperti yang dijelaskan dalam kemas kini pedagang ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan yang baharu sejak sekian lama.

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Restaurants Retail Contracts
Source: PRNEWSWIRE

