Tinjauan FICO: Kerumitan dan Kos, Cabaran Utama kepada Pemberi Pinjaman di Malaysia Semasa Mengesahkan Pelanggan Perbankan Digital

50 peratus daripada bank di Malaysia mengatakan prosesnya masih terlalu manual

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ —

Sorotan:

  • Tinjauan Identiti dalam Perbankan Digital FICO mengkaji cara bank-bank di Malaysia menuju ke arah pengesahan identiti pelanggan sewaktu pengasalan
  • 50 peratus daripada bank di Malaysia menyatakan tahap pengendalian manual yang tinggi merupakan cabaran utama ketika mengesahkan identiti pelanggan
  • Dengan memaksa pengguna Malaysia meninggalkan saluran pilihan mereka akan membuat bank hilang perniagaannya

FICO, sebuah firma perisian analitik global, telah melancarkan Tinjauan Identiti dalam Perbankan Digital, mendapati bahawa kerumitan dan kos dalam pengesahan identiti pelanggan perbankan digital merupakan cabaran utama bagi bank-bank di Malaysia.

Hampir 50 peratus responden yang ditinjau mencalonkan ‘proses manual tahap tinggi untuk mengesahkan identiti pelanggan’ sebagai cabaran utama mereka beserta dengan ‘pengumpulan data/dokumen sokongan yang konsisten’ dan ‘keperluan untuk pengesahan identiti secara fizikal’.

Untuk maklumat lanjut: https://www.fico.com/en/latest-thinking/ebook/malaysia-and-philippines-banking-survey-2020

“Pemprosesan secara manual oleh bank-bank di Malaysia melambatkan proses, memperkenalkan geseran ke dalam aplikasi digital,” kataSubhashish Bose, peneraju untuk penipuan, keselamatan dan pematuhan di Asia Pasifik, FICO. “Kebenarannya, sepertiga bank masih memaksa pelanggan pergi ke cawangan untuk mengesahkan identiti mereka setelah cuba membuka akaun dalam talian.”

Kajian pengguna FICO yang terdahulu mendapati bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia (40 hingga 78 peratus, bergantung kepada tindakan yang diperlukan) mengatakan bahawa mereka mahu supaya dapat menyelesaikan semua aspek pembukaan akaun dalam talian atau di telefon mereka. Sekiranya semua tindakan yang diperlukan untuk membuka akaun tidak dapat dilaksanakan dalam sesi, hanya 18 peratus rakyat Malaysia mahu melakukan tindakan luar talian yang diperlukan secepat mungkin. Sementara 15 peratus lagi mengatakan mereka akan membuka akaun dengan pesaing dan 8 peratus lagi mengatakan mereka akan berputus asa sepenuhnya.

“Rakyat Malaysia membandingkan pengalaman perbankan mereka tidak hanya dengan pemberi pinjaman lain tetapi juga dengan perniagaan digital yang lain,” kata Bose. “Syarikat seperti Uber, Netflix dan Amazon telah mencipta jangkaan bahawa bank perlu turut memenuhi kemajuan dekad ini.”

Kebimbangan tentang Pengesahan 

Strategi pengesahan oleh bank di Malaysia lebih didorong oleh keselamatan daripada peraturan; kebimbangan terhadap kecanggihan (53 peratus) atau jumlah (60 peratus) percubaan untuk melanggar kawalan akses adalah jauh lebih tinggi daripada di tujuh negara lain yang telah ditinjau yang menunjukkan secara purata, tahap kebimbangan yang berkaitan dengan kecanggihan serangan ialah 43 peratus dan jumlah serangan ialah 30 peratus.

“Isu lain ialah banyak bank di Malaysia membuat keputusan dalam penipuan dan pengesahan secara terpisah,” kata Bose. “Mereka kurang mementingkan pengalaman pengguna dan akan meminta pelanggan mengesahkannya sekali lagi untuk sebarang interaksi walaupun dalam sesi yang sama.”

Apabila keputusan untuk penipuan dan pengesahan digabungkan, bank dapat menerapkan kawalan pengesahan berdasarkan risiko penipuan apabila diperlukan secara berperingkat. Pendekatan ini secara ketara dapat mengurangkan geseran tanpa menjejaskan keselamatan.

Cabaran teknologi juga mempengaruhi kemampuan bank di Malaysia untuk mengesahkan pelanggan. Kajian ini menunjukkan bahawa bank merasakan waktu yang diperlukan untuk perubahan sistem merupakan suatu masalah (27 peratus), serta pendekatan berkaitan identiti yang tidak fleksibel (40 peratus). Ini mungkin disebabkan oleh inovasi yang pesat dalam pengesahan dan jumlah teknologi yang digunakan.

“Bank-bank di Malaysia sering merasa ragu untuk memilih di antara penyelesaian pelbagai titik yang memerlukan integrasi atau platform yang lebih luas merangkumi pengesahan tetapi tidak sesuai dengan sistem pihak ketiga,” kata Bose. “Platform generasi baru yang membolehkan inovasi dengan AI dan berintegrasi dengan lebih meluas merupakan langkah yang seterusnya. Penyatuan adalah diperlukan dan bank perlu menentukan teknologi mana yang berkesan untuk kedua-duanya sama ada dalaman atau pelanggan bagi mendapatkan kelebihan di dalam persaingan mereka.” 

Tinjauan Identiti dalam Perbankan Digital FICO telah dihasilkan oleh Omdia menerusi kajian dalam talian dengan 172 buah bank global pada Mei 2020. 15 buah bank di Malaysia dengan minimum 500 ribu pelanggan ditinjau dan lebih daripada sepertiga responden mempunyai lebih 10 juta pelanggan.

Tentang FICO 
FICO (NYSE: FICO) memperkasakan keputusan yang membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia yang maju. Ditubuhkan pada tahun 1956 dan berpusat di Lembah Silikon, syarikat ini merupakan pelopor dalam penggunaan analisis ramalan dan sains data untuk meningkatkan keputusan operasi. FICO memiliki lebih daripada 195 paten AS dan asing dalam teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan kepada perniagaan dalam perkhidmatan kewangan, pembuatan, telekomunikasi, rawatan kesihatan, jualan runcit dan banyak industri lain lagi. Melalui penggunaan penyelesaian FICO, perniagaan di lebih daripada 100 buah negara melakukan segalanya bermula daripada melindungi 2.6 bilion kad pembayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai untuk mendapatkan kredit, juga memastikan berjuta-juta kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang tepat pada waktu yang tepat.

Sertai perbualan pada Twitter di @FICOnews_APAC.

FICO adalah tanda perniagaan yang berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/tinjauan-fico-kerumitan-dan-kos-cabaran-utama-kepada-pemberi-pinjaman-di-malaysia-semasa-mengesahkan-pelanggan-perbankan-digital.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Survey, Polls & Research Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like