Lima negara bersatu untuk melancarkan Organisasi Kerjasama Digital bagi Merealisasikan Masa Depan Digital untuk Semua

127
- Iklan -

RIYADH, Arab Saudi, 29 November 2020 /PRNewswire/ — Pegawai kanan kerajaan dari beberapa buah negara hadir dalam pelancaran Organisasi Kerjasama Digital (DCO) pada hari Khamis – sebuah organisasi global dengan matlamat untuk memperkukuhkan kerjasama merentasi semua bidang inovasi dan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital. Majlis tersebut dihadiri oleh H.E. Houlin Zhao Setiausaha Agung ITU dan H.E. Borge Brende, Presiden, Forum Ekonomi Dunia.

Representatives of the founder countries of the Digital Cooperation Organization (DCO), during the virtual launch event in Riyadh, Saudi Arabia, on 26 November 2020.
Representatives of the founder countries of the Digital Cooperation Organization (DCO), during the virtual launch event in Riyadh, Saudi Arabia, on 26 November 2020.

Diasaskan oleh Bahrain, Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi, DCO didorong oleh visi untuk merealisasikan masa depan digital untuk semua dengan memperkasakan wanita, belia dan usahawan, mengembangkan ekonomi digital dan melangkah maju dalam inovasi.

“Kami berganding bahu ke arah komitmen untuk mendorong kesepakatan dalam kerjasama digital bagi memastikan bahawa kami dapat merebut peluang untuk belia, wanita dan para usahawan dengan hasrat untuk mengembangkan ekonomi digital gabungan kami kepada satu trilion dolar dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang,” kata H.E Abdullah Amer Al-Swaha, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Arab Saudi.  “Kesejahteraan masa depan kami bergantung kepada ekonomi digital. Tetapi ia hanya berpotensi untuk dicapai sepenuhnya jika kami dapat membuat kerajaan bekerjasama secara kolektif dengan perniagaan dan usahawan supaya mereka mampu bertahan dan berkembang, memperluas pengaruh ke pasaran semasa dan membuka pintu agar semua orang dapat meneroka peluang baharu.”

Pelancaran DCO adalah susulan rumusan Presiden G20 Arab Saudi untuk mengekalkan momentum Kerajaan dalam mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di seluruh rantau dan dunia, memandangkan negara-negara lain mula meningkatkan penggunaan sistem pembelajaran jarak jauh, teleperubatan dan sistem ekonomi tanpa sentuhan untuk terus bertahan dan berkembang selepas melalui kesan sosial dan ekonomi akibat COVID-19.

“Ini merupakan langkah penting dalam memastikan bahawa ekonomi digital kami kekal inovatif dan bertahan pada masa hadapan,” kata H.E. Ahmad Hanandeh, Menteri Ekonomi Digital dan Keusahawanan Jordan. “Untuk mewujudkan perubahan yang lestari, kami tidak boleh bekerja secara bersendirian; ini adalah kerjasama kolektif dan global. Di sinilah perjalanan digital kami bersatu dan kami dapat saling belajar dan menyokong antara satu sama lain, seterusnya membuka peluang kepada para belia dan sektor untuk mendapat manfaat daripada usaha ini.”

Berdasarkan piagam yang fokus terhadap digital, DCO mengalu-alukan penyertaan dan bimbingan daripada sektor swasta, organisasi antarabangsa, organisasi bukan kerajaan dan dunia akademik.

“Kerajaan Bahrain berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dinamik ini dan menjadi anggota pengasas Organisasi Kerjasama Digital (DCO). Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas inisiatif ini dan berkeyakinan bahawa DCO akan membolehkan anggotanya bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan pantas dan tangkas terhadap senario digital yang sentiasa berubah-ubah. Oleh kerana kami telah mengambil langkah-langkah di peringkat kebangsaan untuk memanfaatkan teknologi ICT bagi meningkatkan kecekapan dan proses kerajaan, Kerajaan Bahrain juga percaya bahawa memupuk kerjasama serantau dan antarabangsa adalah kemajuan usaha kebangsaan kami yang tidak ternilai,” kata H.E Kamal bin Ahmed Mohammed, Menteri Pengangkutan dan Telekomunikasi Bahrain.

Anggota pengasas DCO bergabung untuk mengasaskan organisasi yang dimotivasikan oleh kepentingan bersama mereka dalam ekonomi digital yang hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama. 

“Kami percaya bahawa DCO akan menawarkan Kuwait dengan peluang yang besar untuk membangunkan lagi agenda digital kebangsaan seterusnya memajukan agenda digital global,” kata H.E. Salim Al-Ozainah, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Penguatkuasa Kawal Selia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kuwait.

Menteri Luar Pakistan, H.E Makhdoom Shah Mahmood Qureshi menambah: “Pakistan diberi penghormatan menjadi anggota pengasas Organisasi Kerjasama Digital dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk membimbing dan memimpin agenda digital global.”

Dalam acara ini, Menteri Emiriah Arab Bersatu untuk Kecerdasan Buatan, Aplikasi Ekonomi Digital dan Pekerjaan Jarak Jauh, H.E. Omar Sultan Al Olama mengulas, “Kami mengucapkan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Al Saud, Putera Mahkotanya, Yang Mulia Putera Mohammad bin Salman Al Saud, serta saudara-saudara kami, rakyat Arab Saudi, kerana melancarkan Organisasi Kerjasama Digital dan kami memuji langkah ini dalam memajukan transformasi digital, yang akan menyokong sektor teknologi yang lebih besar. Penerapan teknologi baharu muncul dan maju di seluruh dunia akan menyokong usaha global dalam mewujudkan masa depan yang gemilang dan lestari bagi seluruh umat manusia.”

Nota kepada Editor:
Maklumat lanjut tentang DCO boleh didapati di: www.DCO.org 

Tentang Organisasi Kerjasama Digital:
Organisasi Kerjasama Digital (DCO) memberi fokus terhadap ekonomi digital dan bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara-negara anggota agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan ekonomi global yang semakin bergantung kepada inovasi teknologi. Negara-negara anggota yang mengasaskan DCO ialah Bahrain, Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/lima-negara-bersatu-untuk-melancarkan-organisasi-kerjasama-digital-bagi-merealisasikan-masa-depan-digital-untuk-semua-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/lima-negara-bersatu-untuk-melancarkan-organisasi-kerjasama-digital-bagi-merealisasikan-masa-depan-digital-untuk-semua.jpg

Hubungan Media: media@dco.org 
+966 55 404 8886

Source: Digital Cooperation Organization (DCO); Ministry of Communication & IT (MCIT)

Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services

Source: PRNEWSWIRE