Sophi.io oleh The Globe and Mail Memenangi Anugerah Berprestij Kewartawanan Dalam Talian

85

Sophi.io, satu rangkaian alat kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Globe and Mail, memenangi anugerah global untuk Inovasi Teknikal dalam Perkhidmatan Kewartawanan Digital 

TORONTO, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Sophi.io, enjin ramalan dan automasi berasaskan kecerdasan buatan oleh The Globe and Mail, memenangi Anugerah Kewartawanan Dalam Talian untuk Inovasi Teknikal dalam Perkhidmatan Kewartawanan Digital yang disampaikan oleh Online News Association (ONA).

Sophi.io is the artificial intelligence-based automation and prediction engine developed by The Globe and Mail and available to content publishers around the world.
Sophi.io is the artificial intelligence-based automation and prediction engine developed by The Globe and Mail and available to content publishers around the world.

“Untuk perniagaan dan struktur kewartawanan, inovasi teknikal berimpak tinggi, yang menjadi punca kemenangan, merupakan suatu kepentingan industri pada masa ini. Ia sangat berguna terutamanya untuk bilik berita tempatan yang kekurangan sumber,” kata seorang hakim, menurut ONA.

Seorang lagi hakim menerangkannya sebagai “cara klasik dan bergaya untuk bekerja dengan lebih bijak, bukan lebih kuat,” manakala seorang lagi mengatakan pemenang “mempersembahkan kaedah pelaksanaan dan pemikiran berani yang boleh mengukuhkan amalan kewartawanan dalam talian secara berkesan.”

Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail, berkata: “saya gembira mendapat tahu bahawa ONA memilih Sophi sebagai pemenang untuk suatu anugerah yang bermatlamatkan inovasi. Inovasi merupakan misi kami yang penting di The Globe and Mail dan ia satu ganjaran apabila diiktiraf di luar organisasi. Kami akan terus mengubah industri dengan Sophi.io.”

Sophi ialah sistem kecerdasan buatan yang membantu penerbit mengenal pasti kandungan paling berharga. Ia mempunyai keupayaan ramalan yang hebat – menggunakan bahasa pemprosesan semula jadi, membantu penerbit memahami kandungan yang harus dikenakan bayaran bagi memaksimumkan pendapatan langganan, tanpa mengorbankan pendapatan pengiklanan.

Sophi Automation menguruskan kandungan digital secara automatik dengan mencari dan mempromosi artikel paling bernilai. Ia menempatkan 99% daripada kandungan pada seluruh laman web digital The Globe and Mail, termasuk laman utama dan laman seksyen. Sophi sangat berjaya, ia juga digunakan untuk mencetak lakaran. Ia tersedia kepada penerbit di seluruh dunia bagi membantu pengeluar kandungan fokus dalam menghasilkan artikel terbaik.

Greg Doufas, CTO The Globe and Mail, berkata: “Sophi.io ialah usaha sama utama antara data saintis kami dan pembangun, serta bilik berita kami yang luar biasa, yang bekerjasama dengan erat untuk membentuk dan mencipta sesuatu yang benar-benar mengubah industri. Kami amat berbangga menerima anugerah global yang berprestij ini – dan mencari rakan yang hebat yang ingin sama-sama menggunakan Sophi.”

Pada bulan Mei, Sophi turut memenangi Anugerah Media Digital Amerika Utara 2020 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Penerbit Berita Sedunia (WAN-IFRA) dalam kategori Berita Digital Terbaik Baharu. Anugerah ini mengiktiraf penerbit berita yang telah menghasilkan projek media digital yang unik dan asli pada tahun-tahun yang lalu.

Sophi juga disenarai pendek untuk anugerah lain pada awal tahun ini, termasuk Pertubuhan Media Berita Antarabangsa untuk Teknologi Baharu Terbaik atau Produk Digital, dan oleh Digiday untuk Strategi Kepelbagaian Pendapatan Terbaik serta Inovasi Produk Digital Terbaik.

Tentang The Globe and Mail dan Sophi.io

The Globe and Mail merupakan syarikat media berita Kanada paling maju, yang memimpin wawancara kebangsaan dan mempengaruhi perubahan dasar melalui pendekatan kewartawanan yang berani dan bebas sejak tahun 1844. Liputan perniagaan, politik dan hubungan nasional The Globe and Mail memenangi pelbagai anugerah sehingga mencapai 6 juta pembaca media cetak dan dalam talian setiap minggu. The Globe percaya bahawa masa depan kewartawanan bergantung pada keupayaan untuk menyampaikan kepada pembaca berita yang ingin dan perlu diketahui. Oleh sebab itu, syarikat telah melabur dalam sains data yang inovatif dan mengupah saintis data dari kalangan peneraju industri teknologi untuk membangunkan Sophi.io – sistem kecerdasan buatan dengan keupayaan yang boleh diramal – dan digunakan untuk mengautomasi pengurusan kandungan dan promosi.

HUBUNGI: Jamie Rubenovitch, Ketua Pemasaran, Sophi, The Globe and Mail, 416-585-3355, jrubenovitch@globeandmail.com

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/sophi-io-oleh-the-globe-and-mail-memenangi-anugerah-berprestij-kewartawanan-dalam-talian.jpg

Source: The Globe and Mail Inc.

Source: PRNEWSWIRE