PwC: Teknologi rantaian blok dapat meningkatkan ekonomi global USD1.76 trilion menjelang tahun 2030 melalui peningkatan tahap pengesanan, penelusuran dan kepercayaan

98

Penjejakan dan penelusuran produk dan perkhidmatan mempunyai potensi ekonomi terbesar (USD962 bilion)

Sektor pentadbiran awam, pendidikan dan penjagaan kesihatan akan mendapat faedah paling banyak. 

– Rantaian blok mungkin mempunyai potensi faedah bersih tertinggi di China (USD440 bilion) dan AS (USD407 bilion).

LONDON, 14 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Analisis baharu oleh PwC menunjukkan teknologi Rantaian Blok berpotensi untuk meningkatkan produk domestik kasar global (KDNK) sebanyak USD1.76 trilion dalam dekad berikutnya. 

Ini merupakan penemuan utama laporan baharu PwC Masa untuk mempercayai: Alasan bernilai trilion dollar untuk memikirkan semula tentang rantaian blok ,  menilai bagaimana teknologi itu digunakan kini dan meneroka impak rantaian blok terhadap ekonomi global. Melalui analisis lima penggunaan utama rantaian blok, berdasarkan potensi mereka dalam menjana nilai ekonomi, laporan tersebut mengukur potensi teknologi untuk mencipta nilai di seluruh industri, daripada penjagaan kesihatan, kerajaan dan perkhidmatan awam, hingga pembuatan, kewangan, logistik dan runcit.

“Teknologi rantaian blok telah lama dikaitkan dengan mata wang kripto seperti Bitcoin, tetapi ada banyak lagi yang ia tawarkan, terutama cara organisasi swasta dan awam menyimpan, berkongsi dan menggunakan data,” ulas Steve Davies, Pemimpin Global, Rantaian Blok dan Rakan Kongsi, PwC UK.

“Ketika organisasi bergelut dengan impak pandemik COVID-19, banyak trend yang mengganggu telah dipercepatkan. Analisis menunjukkan potensi rantaian blok untuk menyokong organisasi dengan cara membina dan menyelaraskan semula operasi mereka yang disandarkan pada peningkatan kepercayaan, ketelusan dan kecekapan di seluruh organisasi dan masyarakat.” 

  • Laporan tersebut mengenal pasti lima bidang aplikasi utama rantaian blok dan menilai potensi mereka untuk menjana nilai ekonomi menggunakan analisis ekonomi dan penyelidikan industri. Analisis ini menunjukkan titik permulaan pada tahun 2025 apabila teknologi rantaian blok diharap dapat digunakan pada skala ekonomi global.
  • Penelusuran dan pengesanan produk dan perkhidmatan – atau susur-galurnya – yang muncul sebagai keutamaan baharu bagi rantaian blok untuk kebanyakan syarikat semasa wabak COVID-19, mempunyai potensi ekonomi terbesar (USD962 bilion). Aplikasi rantaian blok dapat digunakan secara meluas dan menyokong syarikat daripada industri berat, termasuk perlombongan hingga label fesyen, sebagai respon terhadap peningkatan kawalan awam dan pelabur tentang penyumberan lestari dan beretika.
  • Pembayaran dan perkhidmatan kewangan, termasuk penggunaan mata wang digital, atau menyokong rangkuman kewangan melalui pembayaran dan pengiriman wang rentas sempadan (USD433 bilion).
  • Pengurusan identiti (USD224 bilion) termasuk ID peribadi, bukti kelayakan profesional dan sijil untuk membantu membendung penipuan dan kecurian identiti.
  • Aplikasi rantaian blok dalam kontrak dan penyelesaian sengketa (USD73 bilion) dan penglibatan pelanggan (USD54 bilion) termasuk penggunaan rantaian blok dalam program kesetiaan menambah potensi rantaian blok ke dalam sektor industri awam dan swasta yang jauh lebih luas.

Kejayaan rantaian blok akan bergantung pada suasana dasar yang memberi sokongan, ekosistem perniagaan yang bersedia memanfaatkan peluang baharu yang diungkap oleh teknologi dan gabungan industri yang bersesuaian.

Di seluruh benua, Asia cenderung untuk mendapat faedah ekonomi paling banyak daripada teknologi rantaian blok. Daripada perspektif negara secara individu, rantaian blok mempunyai keuntungan bersih berpotensi tertinggi di China (USD440 bilion) dan AS (USD407 bilion). Lima negara lain – Jerman, Jepun, UK, India dan Perancis – juga dianggarkan mempunyai manfaat bersih melebihi USD50 bilion.

Walau bagaimanapun manfaat bagi setiap negara adalah berbeza, dengan ekonomi yang tertumpu kepada sektor pembuatan seperti China dan Jerman, mereka mendapat manfaat yang lebih dari segi penelusuran dan kebolehkesanan, manakala AS mendapat manfaat paling banyak daripada aplikasinya dalam sekuriti dan pembayaran serta identiti dan bukti kelayakan.

Di peringkat sektor, penerima manfaat terbesar ialah sektor pentadbiran awam, pendidikan dan penjagaan kesihatan. PwC menjangka sektor-sektor ini akan mendapat faedah sekitar USD574 bilion menjelang tahun 2030, dengan memanfaatkan kecekapan rantaian blok, ini akan membawa kepada dunia identiti dan bukti kelayakan.

Sementara itu, terdapat manfaat yang lebih luas untuk perkhidmatan perniagaan, komunikasi dan media, manakala pemborong, peruncit, pengeluar dan perkhidmatan pembinaan akan mendapat manfaat penggunaan rantaian blok dengan melibatkan pengguna dan memenuhi permintaan untuk penelusuran dan pengesanan.

Potensi rantaian blok untuk dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada strategi masa depan organisasi dikaitkan dengan penyelidikan oleh pemimpin perniagaan PwC yang menunjukkan hampir dua pertiga CEO (61%) mengatakan bahawa mereka meletakkan transformasi digital operasi dan proses perniagaan sebagai tiga keutamaan teratas, tatkala bangkit daripada COVID-19.

“Salah satu kesalahan terbesar yang dilakukan oleh organisasi dengan pelaksanaan teknologi yang muncul ialah dengan membiarkannya menyendiri di alam para peminatnya, dalam pasukan. Ia memerlukan sokongan C-Suite untuk bekerja, mengenal pasti peluang dan nilai strategik serta melancarkan tahap kerjasama yang tepat dalam industri,” ulas Steve Davies. “Memandangkan pada skala gangguan ekonomi yang sedang dihadapi oleh organisasi ketika ini, membangunkan bukti penggunaan konsep yang dapat diperluas dan ditingkatkan jika berhasil, akan membolehkan perniagaan mengenal pasti nilainya, sambil membina kepercayaan dan ketelusan dalam penyelesaian untuk memanfaatkan potensi rantaian blok.”

Laporan tersebut memberi amaran bahawa sekiranya potensi impak ekonomi rantaian blok dapat direalisasikan, tenaga overheadnya mesti diuruskan. Tindakan perniagaan dan kerajaan yang semakin baik terhadap perubahan iklim, termasuk komitmen terhadap transformasi Sifar Karbon, membawa maksud bahawa organisasi perlu mempertimbangkan model baharu untuk menggabungkan dan berkongsi sumber infrastruktur bagi mengurangkan kebergantungan kepada pusat data tradisional dan penggunaan tenaga yang berkaitan dengan teknologi secara keseluruhan.

Muat turun laporan di sini.

Nota:

  1. Metodologi: Laporan PwC melihat kesan GDP terhadap rantaian bekalan, yang merupakan nilai tambah bersih barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi sebagai hasil daripada teknologi rantaian blok. Kajian ini memberi senario kesan teknologi rantaian bekalan terhadap ekonomi global menjelang tahun 2030 jika penggunaan dan kualiti produk dan perkhidmatan yang sedia ada berkembang seperti yang diharapkan. Laporan ini tidak memodelkan kesan COVID-19 secara berasingan. Namun, melihat kepada bagaimana pandemik ini menggalakkan kerja jarak jauh dan penyelesaian teknologi di seluruh sektor, analisis mengambil pendekatan yang cermat dalam menganggarkan kesan ekonomi rantaian blok.  Maklumat lanjut tentang metodologi boleh didapati dalam laporan ini.
  2. Laporan ini merupakan sebahagian daripada siri PwC, meneliti kesan ekonomi dan penggunaan kes yang praktikal untuk teknologi yang muncul termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Maya & Terimbuh dan Rantaian Blok.
  3. PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau satu atau lebih syarikat bersekutunya yang masing-masing adalah entiti undang-undang yang berasingan. Sila layari www.pwc.com/structure untuk maklumat lanjut.

Tentang PwC 

Di PwC, matlamat kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah penting. Kami merupakan rangkaian syarikat di 157 buah negara dengan lebih daripada 276,000 orang yang komited untuk memberikan kualiti dalam perkhidmatan jaminan, khidmat nasihat dan percukaian. Ketahui lebih lanjut dan beritahu kami apa yang menjadi kemusykilan anda dengan melayari www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau satu atau lebih syarikat bersekutunya yang masing-masing adalah entiti undang-undang yang berasingan. Sila layari www.pwc.com/structure untuk maklumat lanjut.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/pwc-teknologi-rantaian-blok-dapat-meningkatkan-ekonomi-global-usd1-76-trilion-menjelang-tahun-2030-melalui-peningkatan-tahap-pengesanan-penelusuran-dan-kepercayaan.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research Blockchain

Source: PRNEWSWIRE