Yardi Dicalonkan sebagai Perisian IT Hartanah Terbaik di REITs Asia Pacific 2020

121

– Kepentingan pendigitalan untuk kesinambungan perniagaan ditekankan oleh pelabur hartanah serantau yang terkemuka 

SINGAPURA, 30 September 2020 /PRNewswire/ — Baru-baru ini Yardi® diiktiraf oleh organisasi Asia Pacific REITs yang utama kerana teknologi hartanahnya yang terkemuka. Perjumpaan tahunan ke-7 persidangan REITS Asia Pacific dilakukan secara maya pada tahun ini akibat pandemik COVID-19.

Peristiwa tersebut mengenal pasti impak pandemik kepada ekonomi global dan industri hartanah. Penganjur menyedari bahawa “impak pada hartanah di rantau dan sektor REITs telah memaksa penilaian semula strategi mengikut pasaran.” Terdapat juga fokus tentang kepentingan mempercepatkan pendigitalan bagi meningkatkan pemulihan dan cara kecerdasan buatan boleh memperkemaskan lebih banyak proses kerana industri hartanah nampaknya menerima teknologi baharu.

Tinjauan Gartner baru-baru ini mendedahkan bahawa kira-kira 55% daripada APAC CEOs akan mengambil pendekatan terukur berkenaan apabila pekerja akan kembali ke pejabat, yang mana kerja dari jauh akan menjadi sebahagian daripada visi jangka panjangnya untuk masa depan. Oleh yang demikian, kepentingan fungsi perniagaan kuasa perisian dan kesalinghubungan adalah amat penting.

Yardi ialah satu-satunya organisasi yang dihormati dalam kategori “Perisian IT Hartanah Terbaik” di REITs Asia Pacific, dalam pengiktirafan inovasi teknologi, tindak balas pelanggan dan kecemerlangan yang berterusan.

“Yardi berbangga diiktiraf oleh REITS Asia Pacific sebagai penyedia yang memenangi anugerah Perisian IT Harta Tanah Terbaik,” kat Neal Gemassmer, naib presiden antarabangsa untuk Yardi. “Kami terus memfokuskan inovasi dan membantu industri hartanah untuk meningkatkan perkhidmatan mereka melalui keadaan pasaran yang berubah, seperti yang telah manjadi amalan terbaik pembangunan perisian Yardi selama hampir empat dekad.”

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang teknologi hartanah yang memenangi anugerah Yardi, sila layari yardi.asia

Tentang Yardi 

Yardi® membangun dan menyokong pelaburan peneraju industri dan perisian pengurusan hartanah untuk semua jenis dan saiz bagi syarikat hartanah. Ditubuhkan pada 1984, Yardi berpusat di Santa Barbara, Calif., dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara Yardi Bertenaga untuk Hari Esok, sila layari yardi.asia.

Logo  – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/yardi-dicalonkan-sebagai-perisian-it-hartanah-terbaik-di-reits-asia-pacific-2020.jpg

Keywords: Commercial Real Estate Computer Software Computer/Electronics Real Estate Awards Survey, Polls & Research Trade show news

Source: PRNEWSWIRE