Reviu Eksklusif: realme 7 spesifikasi Mengagumkan Dengan Harga Not Bad!!

302

Peranti yang dinantikan daripada realme 7 kini sudah rasmi!!! Pastinya, ramai yang tertanya-tanya keupayaan peranti ini. Adakah ia sebaik yang didakwa atau hanya cakap-cakap kosong sahaja? Jadi jom kita selongkar!!!

Design Memang Gorgeous!!

Seperti yang dikhabarkan, peranti ini berinspirasikan daripada ‘mirror space in nature’ yang mana ia mamaparkan rekaan pantulan yang sangat baik di bahagian panel belakang.

Pembahagian panel belakang seperti mempunyai dua bahagian, menambahkan nilai eksklusif pada peranti ini. Ditambah apabila ia dipantulkan dengan cahaya, pasti memukau mata yang melihat!!! Memang Nampak premium!! Hadir dengan 2 vairan warna iaitu Mist Blue dan Mist White.

Pengecasan cap jari juga dihadirkan di bahagian tepi peranti yang mana ia tampak kemas sungguhpun awkward buat mereka yang pertama kali menggunakannya. Jom tengok design keseluruhan!!!

Skrin Dengan Kadar Segar Semula 90Hz!!!

Tidak dapat dinafikan lagi, peranti ini hadir dengan skrin yang sangat baik apabila ia hadir dengan saiz skrin 6.5″ FHD+. Dengan bezel yang sangat nipis memberikan paparan yang lebih luas disamping kualiti yang lebih baik.

Warna yang terhasil adalah sangat vibrant dan apa yang pasti, dengan keupayaan kadar segar semula 90HZ, skrin ini tampak lebih lancar tanpa ada sebarang lagi. Memang syiok!!!

Pemproses Memang Berdesup!!

Kalau korang nak tahu, realme 7 ini hadir dengan pemproses yang baik iaitu MediaTek Helio G95 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Menariknya mengenai peranti ini adalah ia mampu clocks speed up sehingga 2.05GHz CPU disebabkan oleh ARM Cortex A76 dan Cortex A55. Grafik juga baik apabila ia turut dihadirkan dengan ARM Mali-G76 GPUyang mana ia clocks speeds sehingga 900Mhz.

Kami turut melakukan ujian ke atas peranti ini menggunakan AnTuTU dan hasil daripada ujian ini memperlihatkan bahawa ia memberikan prestasi yang baik. Tak percaya? Tengok ni!!

Kamera 64MP Quad Camera Memang Thorbaek!!

Apa yang best mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sistem 4 kamera yang mana kamera utamanya adalah 64MP yang pastinya memberikan hasil gambar yang terbaik buat pengguna.

Menariknya, kamera ini hadir dengan Ultra wide angle lens juga yang hadir dengan 119°. Lebih banyak imej yang dapat dirakam.

Gambar makro juga sangat baik apabila ia mampu merakam perincian yang lebih baik dan imej tidak kabur. Begitu juga dengan rakaman gambar portrait yang sangat smooth khususnya imej latar yang kabur dan tidak nampak fake!!

Lebih menarik apabila, ia hadir dengan Sony IMX682 Sensor yang mempunyai keupayaan light sensing yang sangat baik dengan sensor yang besar membuatkan gambar dalam situasi low light jadi lebih baik!!!

Jom tengok hasil gambar peranti ini!!

Bateri 5000mAh & Pengecasan Pantas 30W Dart!!

Tidak dapat dinafikan lagi, adalah sorotan bagi peranti ini adalah keupayaan baterinya ang mengagumkan!!! Hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh membuatkan korang dah tak perlu nak bawak power bank lagi sebab ia mampu bertahan lama.

Apa yang lagi best, dia punya pengecasan pantas apabila ia dihadirkan dengna 30W Dart Charge!!! realme mendakwa ia mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 26 minit sahaja!!! Jadi kami melakukan ujian pengecasan.

Kami mula mengecas peranti ini pada jam 10.59 pagi iaitu ketika bateri berada pada 2%. Ia mencapai 100% pda jam 12.09 tengah hari. Mengambil masa hanya selama 1 jam 10 minit.

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, ia mempamerkan keupayaan yang sangat baik, khususnya dari pada pemproses, kamera dan bateri. Dengan spesifikasi yang ditampilkan, ia sememangnya berbaloi untuk dimiliki!!!