
Comviva Capai Pensijilan Keakuran API Terbuka TM Forum untuk Suit Sistem Sokongan Perniagaan
![]() |
NEW DELHI, 17 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti telah memperolehi “Pensijilan Keakuran API Terbuka” TM Forum dengan Silver Badge untuk suit Sistem Sokongan Perniagaan (BSS). Comviva ialah antara peneraju industri dalam bilangan API Terbuka yang diperakui dengan sejumlah lima pensijilan – Pengaktifan dan Konfigurasi Perkhidmatan; Pemesanan dan Pengurusan; Pengurusan Inventori Perkhidmatan; Pengurusan Masalah Tiket dan Pelanggan.
Suit BSS Comviva ialah sistem sokongan perniagaan yang menyeluruh dan hujung-ke-hujung yang mengendalikan keseluruhan persediaan pengendali, membolehkan pengurusan sumber pengendali yang lebih cekap, menyelaraskan aktiviti operasi dan memberi sokongan seumur hidup kepada rangkaian pengendali dan pangkalan pelanggan. Dengan menggunakan antara muka bersatu yang biasa merentasi pelbagai aktiviti operasi, penyedia perkhidmatan ini dapat menguruskan kitaran hayat pelanggan mudah alih yang lengkap. Pandangan operasi disatukan tunggal yang disediakan oleh suit BSS membolehkan pengendali memberi keutamaan yang bersesuaian terhadap permintaan pelanggan dan memenuhi jangkaan pelanggan.
Atul Madan, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi, Kandungan Digital dan BSS di Comviva berkata, “Kami teruja dapat menjadi antara peneraju industri dalam bilangan API Terbuka yang diperakui oleh TM Forum dengan sejumlah lima pensijilan. Tatkala industri telekomunikasi global mengalihkan fokusnya ke arah pendigitan, pensijilan menjadi satu kemestian bagi pengendali mengikuti perubahan ini. Untuk melakukannya, pengendali harus fokus pada peningkatan pengalaman pelanggan, menawarkan perkhidmatan bukan tradisional dan mengurangkan masa ke pasaran sambil memastikan inovasi produk.”
“Suit BSS kami ialah satu penyelesaian bagi pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) yang pra-bersepadu, boleh diperluas dan tertumpu bagi pengendali mudah alih. Ia menawarkan keandalan, dan menyokong sebarang rangkaian, kaedah pembayaran dan model penghantaran yang memastikan masa yang lebih cepat untuk dipasarkan. Struktur modularnya memberikan kebebasan kepada pengendali mudah alih untuk memilih satu modul mengikut keperluan perniagaan mereka,” tambah Atul lagi.
George Glass, Ketua Pegawai Teknologi, TM Forum berkata, “Kami mengucapkan tahniah kepada Comviva atas Pensijilan Keakuran API Terbuka. Pensijilan ini menunjukkan bahawa Comviva telah berjaya menyelesaikan perlaksanaan lima API Terbuka agar rakan kongsi, klien dan pembekal mereka dapat melihat pengesahan keakuran API mereka. Program API Terbuka TM Forum ini telah berkembang dengan ketara sejak penubuhannya 5 tahun yang lalu. Hari ini, API Terbuka telah digunakan oleh lebih daripada 1600 syarikat dan 15,000 individu. Manifesto API Terbuka ditandatangani oleh 63 syarikat dan API Terbuka ini dilaksanakan di seluruh dunia.”
Hubungan media:
Sundeep Mehta
pr@mahindracomviva.com

Keywords: Commercial Real Estate Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Real Estate New products/services Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE

