
Xiaomi kini telah mengumumkan beberapan tawaran hebat di Xiaomi Online Store di Lazada dan Shopee bersempena ulang tahun ke-10. Bermula dari hari ini hingga 21 Ogos, pelanggan boleh menikmati 33% diskaun bagi produk-produk Xiaomi termasuklah Mi 10, Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9s dan produk-produk ekosistem Xiaomi yang lain.
Bukan itu sahaja, Redmi 9C juga tersedia buat pertama kalinya diMalaysia sama ada secara offline atau online. Peranti ini hadir dengan skrin 6.53″ Dot Drop display dan hadir dengan bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh. Ia turut dikuasakan oleh MediaTek Helio G35
Redmi 9C (3GB + 64GB tersedia bagi pratempahan harga RM479 bermula 14 hingga 21 Ogos dan boleh beli di Mi Store pada 22 Ogos. Manakala bagi varian 2GB + 32GB tersedia di Shopee pada harga RM429 bermula 17 Ogos.