Real Madrid CF Dan Legends Umum Program Runcit Omnisaluran Global Perintis

252

— Perkongsian Komprehensif Mencakupi E-Dagang, Runcit di Santiago Bernabéu Stadium dan Kedai Real Madrid Rasmi —

— Real Madrid dan Legends akan Perkenal Kedai Mega Unggulan Baharu di Estadio Santiago Bernabéu yang Diubahsuai —

— Pengalaman Runcit Diperluas akan Turut Melibatkan Pelancaran Kedai Dalam Talian Rasmi Baharu dan Pembukaan Semula Kedai Real Madrid Rasmi —

MADRID, 8 Julai 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Real Madrid CF mengumumkan program runcit omnisaluran yang luas, termasuk kedai dalam talian rasmi serba baharu, pelancaran semula tiga kedai rasmi di Madrid dan Kedai Mega Unggulan baharu di Estadio Santiago Bernabéu. Real Madrid bekerjasama dengan Legends, sebuah syarikat pengalaman premium yang memiliki kepakaran global dalam pembarangan, penjualan, perkongsian, perancangan, teknologi dan hospitaliti, untuk mengurus semua operasi barang niaga.

Perkongsian baharu antara Legends dan Real Madrid ini akan membangunkan lagi hubungan dengan peminat dan membawa pengalaman yang lancar dan bersepadu yang benar-benar menonjolkan jenama Real Madrid dalam kesemua titik sentuh dalam talian dan fizikal runcit. Ia juga akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan komersial dan strategi pembangunan jenama kelab ini, yang mana Legends dan Real Madrid berkongsi visi yang sama untuk membawa pengalaman omnisaluran yang moden.

Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan antarabangsa Kelab, kedai dalam talian rasmi baharu akan menyediakan barang niaga Real Madrid premium dan eksklusif untuk peminat daripada semua peringkat usia. Platform e-dagang ini akan disediakan dalam lapan bahasa berbeza dan menampilkan elemen reka bentuk inovatif, pengalaman pengguna yang luar biasa dan akan melayani peminat di seluruh dunia. Kedai dalam talian rasmi baharu ini bersifat inovatif, memanfaatkan teknologi dan infrastruktur yang moden bagi membolehkan Real Madrid mengintegrasikan pengalaman e-dagang secara langsung pada mana-mana saluran digitalnya.

Kedai dalam talian rasmi ini merupakan tonggak utama dalam strategi digital Real Madrid yang meletakkan pengalaman peminat benar-benar sebagai tumpuan perniagaan. Pengalaman omnisaluran sebenar merupakan bahagian asas dalam strategi ini dan perkongsian bersama Legends mengambil langkah penting ke arah visi pengalaman membeli belah yang komprehensif, dalam talian dan di kedai, untuk semua Socio, Madridista dan peminat di seluruh dunia untuk mencari produk rasmi kegemaran mereka. Program runcit komprehensif ini akan mempromosikan tawaran yang relevan melalui pengalaman membeli yang lancar, bilamana dan di mana sahaja peminat berada untuk berhubung bersama pasukan tersebut.

Real Madrid Flagship Megastore akan membuka pintunya sebagai sebahagian daripada transformasi moden yang sedang berjalan bagi Estadio Santiago Bernabéu dan akan menjadi pengalaman membeli belah yang revolusioner untuk Socio, Madridista, penduduk tempatan dan peminat antarabangsa yang mengunjungi stadium ini. Lewat tahun ini, Real Madrid akan membuka Kedai Mega sementara di stadium, yang mempunyai dua tingkat di sebelah selatan stadium berkenaan. Dengan beraneka jenis produk eksklusif, stesen penyesuaian dan rangkaian baharu pakaian santai dan produk pasukan, aksesori serta seleksi paling luas produk teknikal Real Madrid, Kedai Mega akan memberi pengalaman yang unik kepada peminat. Butiran lanjut mengenai Real Madrid Megastore sementara akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.   

Sebagai tambahan, Legends akan membuka semula kedai rasmi Real Madrid di pusat bandar Madrid, dengan kit Real Madrid dan pakaian latihan, pakaian orang dewasa dan kanak-kanak, bola sepak, skarf, cenderamata dan banyak lagi. Kedai pasukan rasmi terletak di El Carmen, Gran Via dan Arenal dengan kedai-kedai rasmi tambahan terletak di Barcelona dan Mexico.

Platform runcit komprehensif ini akan menawarkan beraneka jenis peralatan peminat, kit, topi, produk tersuai, memorabilia disahkan dan aksesori di stadium tersebut, dalam talian dan di kedai rasmi. Legends International dan Legend Global Merchandise akan memanfaatkan platform penyelesaian perkhidmatan komprehensif Legends untuk membawa pengalaman runcit omnisaluran ini ke persada global.

Legends telah bekerjasama dengan Real Madrid sejak tahun 2018 apabila syarikat ini dilantik untuk memberi pandangan strategik dan bimbingan bagi mengoptimumkan pengalaman komersial dalam pembangunan semula Santiago Bernabéu Stadium. Menggunakan pendekatan holistiknya, Legends menjalin kerjasama dengan Real Madrid untuk mengkaji semua operasi sedia ada dan mencipta pengalaman dipimpin peminat yang inovatif dan menguntungkan bagi memacu perniagaan stadium ini 365 hari setahun. Dapatan terperinci mengenai hasil kerja ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam reka bentuk dan program pembinaan untuk mencipta model perniagaan yang mantap dan boleh disampaikan. Legends terus bekerjasama dengan Real Madrid melalui proses pembinaan bagi menjamin penyampaian rancangan perniagaan.

Latar Belakang Real Madrid
Real Madrid C. F. ialah sebuah kelab sukan dengan sejarah selama 118 tahun. Ia merupakan kelab yang memperoleh paling banyak Piala Eropah dalam bola sepak (13) dan bola keranjang (10) dan ia telah dianugerahkan oleh FIFA sebagai Kelab Terbaik Abad ke-20. Real Madrid mempunyai berjuta-juta peminat di seluruh dunia dan telah dinamakan untuk tahun kedua berturut-turut sebagai kelab bola sepak yang paling berharga di Eropah, menurut laporan The European Elite 2020 oleh firma perunding KPMG.

Latar Belakang Legends
Ditubuhkan pada tahun 2008, Legends ialah sebuah syarikat pengalaman premium dengan enam bahagian beroperasi di seluruh dunia – Perancangan Global, Jualan Global, Hospitaliti, Perkongsian Global, Barang Niaga Global dan Penyelesaian Teknologi Global – menawarkan pelanggan dan rakan kongsi dengan platform penyelesaian perkhidmatan 360-darjah bagi meningkatkan jenama mereka dan melaksanakan visi mereka. Pada masa ini, Legends bekerjasama dengan pelanggan terkemuka dalam vertikal perniagaan termasuk sukan profesional; kolej; tempat tarikan; hiburan dan konvensyen serta libur. Kami merupakan peneraju industri dalam mereka bentuk, merancang dan merealisasikan pengalaman luar biasa dalam bidang sukan dan hiburan. Pejabat korporat Legends di London akan memimpin perniagaan Real Madrid, selain daripada kakitangan yang berdedikasi penuh yang berpusat di Madrid dan dengan kerjasama operasi global 360-darjah Legends. Real Madrid CF menyertai portfolio jenama-jenama premium Legends yang turut melibatkan New York Yankees dan Dallas Cowboys. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.Legends.net atau www.legendsinternational.com dan ikuti Legends di Facebook, Twitter serta Instagram @TheLegendsWay.

IMEJ MEDIA BOLEH DITEMUI DI SINI.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/real-madrid-cf-dan-legends-umum-program-runcit-omnisaluran-global-perintis.jpg

Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Sports Licensing/marketing agreements

Source: PRNEWSWIRE