
Ivanti Wavelink Jalin Kerjasama dengan Manhattan Associates Sokong Migrasi Windows ke Android di Asia Tenggara (SEA)
![]() |
Ivanti Rapid Platform akan membantu mengesahkan pelbagai platform perkakasan, menyediakan penyelesaian yang tepat untuk peranti yang tepat
SINGAPURA, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ — Ivanti Wavelink mengumumkan perkongsiannya dengan Manhattan Associates, bagi menyokong migrasi Windows ke Android. Menggunakan Ivanti® Rapid Platform™, pelanggan dalam segmen pergudangan, pengangkutan & logistik serta peruncitan yang menggunakan penyelesaian Manhattan Associates, kini dapat mengalami migrasi daripada sistem Windows kepada Android yang mudah digunakan. Selain itu, penyelesaian ini membolehkan organisasi untuk turut menghapuskan risiko yang biasanya dikaitkan dengan migrasi platform baharu.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Manhattan Associates dan menyokong mereka dalam perjalanan migrasi mereka di rantau Asia Tenggara,” Simon Storey, Naib Presiden Kawasan APAC di Ivanti Wavelink. “Dengan platform penyampaian Ivanti Rapid, kami membantu pelanggan kami memindahkan aplikasi mereka ke Android atau Windows 10 dengan mudah dan meningkatkan pengalaman pengguna dengan memodenkan, mendayakan suara dan mengurus aset.”
Direka bentuk untuk mempercepatkan pemodenan dalam rantaian bekalan, platform ini membawa beberapa ciri peningkatan bagi mengoptimumkan dan memudahkan migrasi aplikasi merentas peranti dan sistem operasi.
Faedah-faedah dan ciri-ciri tambahan platform ini termasuk:
- Aplikasi didayakan suara – Mempercepatkan operasi dengan menambah fungsi suara kepada aplikasi sedia ada dan meningkatkan keselamatan dengan benar-benar berfungsi bebas tangan
- Migrasi dan pemodenan pantas – Membolehkan migrasi dan pemodenan dalam beberapa minit, mempertingkatkan aplikasi sedia ada dengan skrin HTML baharu dan melanjutkan hayat aplikasi
- Pengesahan – Membuat pengesanan terhadap beberapa platform perkakasan bagi memberi kefleksibelan maksimum untuk peranti yang tepat dengan penyelesaian yang tepat
- Sokongan dengan antara muka Pengguna baharu – Mengurangkan masa latihan dengan Antara Muka Pengguna (UI) moden
- Menambah Nilai – Menambah kecekapan operasi seperti pungutan melalui suara, dok silang diarahkan suara dan melepaskan tangan untuk memilih item tunggal
“Di Manhattan Associates, kami komited untuk menyediakan pertumbuhan jualan kasar dan keuntungan bersih untuk pelanggan kami melalui penyelesaian termaju kami dan pengalaman yang tiada tandingan,” kata Daniel Osborne, Pengarah Pemasaran, APAC di Manhattan Associates. “Dengan mempertimbangkan hal ini, jalinan kerjasama dengan Ivanti akan terus menyokong kami bagi menyediakan pengalaman yang lancar kepada pelanggan kami melalui sistem yang digunakan dengan mudah.”
Beliau menambah, “Sebagai penyedia bagi penyelesaian WMS dan atas-premis yang termaju, kami sentiasa berusaha ke arah meminimumkan risiko dan kebergantungan pada sumber IT untuk pelanggan kami. Ivanti® Rapid Platform akan memberi manfaat kepada pelanggan kami bagi mempercepatkan operasi mereka melalui migrasi dan pemodenan pantas, sokongan dengan UI baharu, meningkatkan produktiviti dan ketepatan.”
Latar Belakang Manhattan Associates
Manhattan Associates ialah peneraju teknologi bagi rantaian bekalan dan perdagangan omnisaluran. Kami menghimpunkan maklumat merentas perusahaan, menyatukan jualan bahagian depan dengan pelaksanaan rantaian bekalan bahagian belakang. Perisian kami, teknologi platform dan pengalaman yang tiada tandingan membantu mendorong pertumbuhan jualan kasar mahupun keuntungan bersih untuk pelanggan kami. Manhattan Associates mereka bentuk, membina dan menyampaikan penyelesaian awan dan atas premis termaju agar di seluruh kedai, melalui rangkaian anda atau daripada pusat pencapaian anda, anda bersedia untuk meraih ganjaran daripada pasaran omnisaluran.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.manh.com.
Ivanti Wavelink
Unit perniagaan Ivanti Wavelink membantu organisasi memanfaatkan teknologi moden dalam gudang dan dalam seluruh rantaian bekalan untuk meningkatkan penyampaian tanpa mengubah suai sistem bahagian belakang. Syarikat ini turut menyatukan IT dan Operasi Sekuriti untuk mengurus dan melindungi tempat kerja digital dengan lebih baik. Bermula daripada komputer peribadi (PC) kepada peranti mudah alih, VDI dan pusat data, Ivanti menemui aset IT atas premis dan dalam awan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan IT dan mengurangkan risiko dengan pandangan dan pengautomatan. Ivanti beribu pejabat di Salt Lake City, Utah dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ivanti.com/wavelink dan ikuti@GoIvanti.
Source: PRNEWSWIRE

