Reviu Eksklusif: realme 6i Memang Murah!! Tapi Power Ker?

realme 6i baru sahaja dilancarkan dan sememangnya peranti ini pastina mampu milik dan sangat murah!!! Tapi kalau murah pun tapi tak memberikan pengalaman penggunaan yang baik juga tidak ada gunanya!! Buat sakit hati je kan. Jadi jom tengok realme 6i ni berbaloi atau tidak!!

Spesifikasi realme 6i

Korang tengok dahulu spesifikasi peranti ini. Menganjam atau tak untuk kelasnya!!

  • 6.5″ IPS LCD HD
  • MediaTek Helio G80
  • RAM: 3GB / 4GB
  • Storan: 64GB / 128GB
  • Kamera Utama: 48MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Kamera Hadapan: 16MP
  • Bateri: 5000mAh (Pengecasan Pantas 18W)

Rekaan memang Cun

Kalau korang tengok rekaan peranti ini, ia tampil dengan rekaan yang sangat kemas khususnya di panel belakang yang memperlihatkan kekemasan perincian. Boleh dikatakan bahawa rekaan peranti ini tidak nampk murah, malahan ia tampk lebih elegan dan seperti peranti flagship.

Susunan kamera yang menegak menambahkan lagi elemen kekemasan yang membuatkan ia lebih tersusun. Pengimbas cap jari turut dihadirkan pada panel belakang membuatkan mudah untuk anda unlock peranti anda! Jom tengok lagi rekaan keseluruhan peranti ini!

Skrin Not Bad

Okay kalau korang tengok paparan telefon ini pula, ia dikategorikan dalam kelas yang masih okay. Ia tampil dengan skrin 6.5″ IPS LCD HD masih memberikan tontonan yang baik. Warna yang terhasil dan perincian pada skrin masih boleh di kelaskan sebagai OKAY!! Untuk harga peranti ini, ia sangat sesuai. Ia juga sangat luas ketika menonton atau bermain game. Cuma takuk yang menempatkan kamera hadapan seperti agak klishe. Tapi bagi kelas telefon ini, ia masih okay!

Pemproses Memang Padok!!

Pemproses ini seperti otak kepada telefon kita. Kalau pemproses tak perform, makan telefon kita hanya membazir kalau beli. realme 6i ini hadir dengan pemproses MediaTek Helio G80 dan dipadankan dengan RAM sebesar 4GB dan Storan sebesar 128GB. Sepanjang menggunakan telefon ini, tiada lag walaupun ketika bermain atau membuka aplikasi.

Jadi kami cuba menguji peranti ini bagi melihat sejauh mana prestasi dalaman peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark. Tampak ia memperlihatkan hasil yang sangat baik bagi kelasnya. Berikut adalah hasil ujian peranti ini:

 

Kamera Macam Flagship!

Kalau nak tahu, realme 6i ini tampil dengan kamera utama 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula ia dihadirkan dengan 16MP. Apa yang boleh kami katakan, kualiti gambar khususnya kamera utama sangat baik. Perncian hasil gambar sangat baik dan tepat. Warna yang terhasil sangat jelas, terang dan habis tepat dengat realiti. Jadi gambar adalah lebih real dan tidak ‘fake’. Berikut adalah hasil gambar dari peranti ini:

Bateri Memang Solid

Ini memang tak dapat disangkal lagi, apabila kapasiti bateri realme 6i sangat besar dan mampu bertahan lama. Dengan kapasiti 5000mAh dan tampil dengan pengecasan pantas membuatkan ia berdesup kencang ketika di cas. Namun sepantas mana? Jadi kami mula melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini.

Kami mula mengecas peranti ini pada jam 2.17  iaitu ketika bateri berada pada paras 3%.

Ia dicas penuh iaitu 100% pada jam 4.45. Mengambil masa hanya selama 27 minit. Jad not bad jugq nih!!!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, telefon ini memang terbaik bagi kelasnya. Sungguhpun harga murah, tapi ia memamparkan prestasi yang tip top. Kalau peranti Flagship tapi lag tak guna jugak kan. Jadi berbaloi kalau korang nak beli realme 6i ini!

You might also like