Kickstart Automasikan Rantaian Bekalan Dengan Locus QuickStart untuk PKS dan Syarikat Baharu

WILMINGTON, Delaware, 29 April 2020 /PRNewswire/ — Syarikat baharu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berada dalam keadaan yang tidak menentu pada masa kini lebih daripada sebelumnya. Syarikat-syarikat bergelut untuk mengurus permintaan yang turun naik, kecekapan kumpulan dan sumber serta peningkatan kos ekoran pandemik COVID-19. Locus, sebuah syarikat SaaS B2B global yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan, melancarkan alatan percuma ‘QuickStart,’ versi ringan layan diri suit produk untuk syarikat baharu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menangani masalah khusus ini.

Manage demand, fleet & resource efficiency, & rising costs with Locus QuickStart
Manage demand, fleet & resource efficiency, & rising costs with Locus QuickStart

Dengan platform kecerdasan buatan (AI) termaju daripada Locus, syarikat-syarikat dapat mengutomasikan proses membuat keputusan sekali gus mengambil kira realiti situasi yang sedang terjadi. Versi percubaan percuma ini adalah untuk tempoh selama dua bulan bermula dari awal langganan.

“Pengurusan rantaian bekalan hanya menjadi lebih dinamik dan kompleks mengikut perubahan masa. Meskipun senario dan pandemik yang sedang terjadi seperti COVID-19, mungkin memberi kesan kepada operasi anda, Locus QuickStart dapat menyediakan anda dengan alatan bagi memperbaiki dan menganalisis situasi tersebut. Penawaran ini akan diteruskan walaupun selepas situasi yang sedang terjadi ini mereda,” kata Nishith Rastogi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Locus. 

Versi percubaan ini memberi akses kepada ciri-ciri terhad Locus Dispatcher dan Locus MotionTrack, masing-masing merupakan penyelesaian pengoptimuman laluan serta penyelesaian penjejakan, pemahaman dan analitik kumpulan. Pengguna juga boleh mengakses aplikasi mudah alih Locus On The Road (LOTR), dengan penjejakan pada waktu sebenar. Locus QuickStart didatangkan dengan khidmat sokongan pelanggan dua jam khusus.

Beberapa ciri asal Locus QuickStart ialah:

  • Pengoptimuman jarak dan berasaskan masa
  • Pengoptimuman kumpulan
  • Penggeokodan termaju
  • Algoritma berkuasa Pembelajaran Mesin untuk pengoptimuman
  • Pungutan Bukti Penghantaran (ePOD) elektronik
  • Amaran Prediktif
  • Pandangan Dirancang berbanding Dilaksanakan
  • Pemahaman perancangan dan pelaksanaan

Locus bekerjasama dengan perusahaan dalam pelbagai industri termasuk E-dagang, 3PL, Perkhidmatan Kediaman, Jualan Runcit, CPG dan FMCG. Syarikat ini beroperasi di seluruh Amerika Utara, Asia Tenggara, India, Eropah dan Timur Tengah serta Afrika Utara.

Kunjungi https://locuslogistics.com/ dan daftar untuk program QuickStart bagi mengubah rantaian bekalan anda serta merta.

Latar Belakang Locus: 

Locus ialah platform teknologi mendalam yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan bagi menyediakan kecekapan, ketelusan dan ketekalan dalam operasi logistik.

Locus menggunakan pembelajaran mesin mendalam dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian logistik pintar seperti pengoptimuman laluan, penjejakan waktu sebenar, pemahaman dan analitik, pengoptimuman rentak, pengurusan gudang yang cekap, peruntukan dan penggunaan kenderaan. Locus memberi kuasa kepada lebih dua juta penghantaran setiap hari di seluruh dunia. Ia telah mengumpul sebanyak $29 juta sehingga kini daripada Tiger Global, Falcon Edge Capital, Blume Ventures, antara lain.

Hubungan Media: contact@locus.sh 

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/04/kickstart-automasikan-rantaian-bekalan-dengan-locus-quickstart-untuk-pks-dan-syarikat-baharu.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Small Business Services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like