Kementerian Kebudayaan Lancar Platform e-pembelajaran Pertama di Dunia untuk Kaligrafi Arab dan Seni Hiasan Islam

RIYADH, Arab Saudi, 29 April 2020 /PRNewswire/ — Sarat kekayaan warisan budaya, Kerajaan Arab Saudi telah berabad-abad menjadi rumah bagi beberapa kaligrafi Arab dan seniman Islam terbaik dalam sejarah. Kementerian Kebudayaan Arab Saudi merayakan warisan ini dan memimpin transformasi digital bentuk seni khusus ini dengan melancarkan platform e-pembelajaran pertama di dunia untuk kaligrafi Arab dan seni hiasan Islam.

The platform, Al Khattat (‘The Calligrapher’), is an initiative of the Year of Arabic Calligraphy and the Quality of Life Program, part of the Kingdom’s Vision 2030.
The platform, Al Khattat (‘The Calligrapher’), is an initiative of the Year of Arabic Calligraphy and the Quality of Life Program, part of the Kingdom’s Vision 2030.

Platform ini, Al Khattat (‘The Calligrapher’), merupakan inisiatif Tahun Kaligrafi Arab dan Program Kualiti Hidup, sebahagian daripada Visi Kerajaan 2030. Platform ini akan kawalselia oleh jurukhat terkemuka dari Kerajaan ini dan dari seluruh dunia Arab, mempromosikan pertukaran budaya dan membolehkan jurukhat terkenal untuk berkongsi pengetahuan mereka melalui kursus latihan, projek dan bengkel.

Al Khattat ialah contoh terbaharu dedikasi Kementerian untuk transformasi budaya dan digital, yang membolehkan jurukhat yang baru berjinak-jinak dan seniman terkemuka untuk meneroka bentuk seni kuno ini dan tetap selamat berada di rumah tatkala dunia secara kolektif memerangi wabak coronavirus.

Platform ini akan memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mempelajari seni kaligrafi Arab untuk mengikuti kelas yang dikendalikan oleh profesional terkemuka industri ini, yang menyediakan platform untuk pencipta budaya untuk berinteraksi dengan rakan sejawat antarabangsa mereka. Peserta akan dapat memilih gaya kaligrafi dan juga kaligrafi khusus yang ingin mereka pelajari dengan memilih dari pelbagai kursus latihan, termasuk kaligrafi Arab, pemergulan dan pembuatan panel. Para peserta juga dijemput untuk mempelajari reka bentuk fon, di mana mereka akan belajar bagaimana membuat fon komputer Arab.

Simbol identiti nasional, kaligrafi Arab terjalin dengan untaian yang kukuh dalam sejarah Kerajaan; keindahan estetiknya yang menggambarkan kemakmuran budaya Saudi. Sokongan Kementerian Kebudayaan untuk platform ini mengetengahkan penghargaan dan sambutan kepada bentuk seni dan sejarahnya, tatkala ia berusaha untuk mengembangkan dan memelihara ekosistem budaya yang beraneka sambil berkongsi warisan Arab Saudi dengan dunia.

Platform Al Khattat boleh diakses di https://www.alkhattat.net

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/04/kementerian-kebudayaan-lancar-platform-e-pembelajaran-pertama-di-dunia-untuk-kaligrafi-arab-dan-seni-hiasan-islam.jpg

Keywords: Art Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services Religion

Source: PRNEWSWIRE

You might also like