
Penyelidik Seluruh Dunia Gunakan Platform Beacon Berkeley Lights Perangi COVID-19
![]() |
Teknologi proprietari Berkeley Lights’, platform ‘optofluidic’ Beacon®, kini digunakan oleh penyelidik merentas tiga benua—A.S., China dan Australia—bagi membantu mereka mencari penyelesaian untuk Coronavirus
EMERYVILLE, California, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ — Berkeley Lights, Inc., peneraju bagi pemilihan sel, kini terlibat dengan universiti serta pusat perubatan di A.S., China dan Australia yang ingin mencipta vaksin dan terapi bagi tujuan rawatan COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh virus SARS-CoV2, atau ringkasnya, Coronavirus. Menggunakan teknologi proprietari Berkeley Lights, platform optofluidic Beacon®, Vanderbilt University Medical Center (VUMC) dan GenScript China kini menyaring sampel darah pesakit untuk mencari antibodi yang diperlukan bagi membantu membangunkan penyelesaian untuk Coronavirus, manakala penyelidik di University of Queensland di Australia menilai platform Beacon sebagai cara untuk mempercepatkan pembangunan program vaksin subunit rekombinan mereka.
Vanderbilt Vaccine Center (VVC) ialah salah satu tapak utama dalam Program Platform Pencegahan Pandemik DARPA (P3). Mengimbau sejarahnya melibatkan peningkatan kepantasan terhadap terapi untuk Zika dan sasaran virus lain, VVC telah dipilih oleh DARPA untuk menjadi tapak utama di A.S. bagi tujuan pembangunan terapi berasaskan antibodi baharu untuk mencegah jangkitan SARS-CoV2. Kini, VVC mula menerima sampel manusia yang penting daripada pesakit yang pulih yang akan disaring menggunakan platform Beacon Berkeley Lights bagi mendayakan penemuan antibodi pelindung.
“Platform Beacon membolehkan kami untuk menggunakan sel-B dalam cerakinan sel tunggal, membolehkan penerokaan kepelbagaian lebih besar bagi antibodi pelindung yang berpotensi, membantu kami mengenal pasti antibodi yang terbaik dengan lebih pantas,” kata Dr. Robert Carnahan, ketua projek Crowe Lab di VUMC.
Di Australia, University of Queensland ialah salah satu daripada beberapa kumpulan yang dipilih oleh Gabungan Inovasi Kesediaan Wabak (CEPI) untuk membangunkan vaksin Coronavirus hasil daripada teknologi respons pantas yang dilancarkan olehnya baru-baru ini. Universiti ini menilai platform Beacon tatkala ia berusaha untuk mencari cara bagi mempercepatkan pembangunan awal ke arah ujian klinikal.
“Platform Beacon membantu kami untuk bersedia dari segi pembuatan dengan lebih pantas daripada menggunakan pendekatan tradisional, yang berpotensi menjimatkan masa selama berbulan-bulan lamanya daripada garisan masa kami,” kata Dr. Trent Munro, Pengarah Kemudahan Biologik Kebangsaan dan Pengarah Program untuk rancangan Respons Pantas Vaksin dibiayai CEPI di University of Queensland. “Seperti mana yang kami lihat, setiap hari penting dalam respons kami terhadap wabak COVID-19 dan kami berharap agar pendekatan ini akan mendayakan pengeluaran vaksin masa depan.”
Di samping itu, GenScript Biotech Corporation mengumumkan pada awal Februari bahawa penyelidiknya berjaya menyaring dan mengenal pasti antibodi untuk COVID-19 dalam masa kurang daripada 24 jam dengan platform Beacon. Proses ini biasanya mengambil masa tiga bulan menggunakan penyaringan antibodi hibridoma tradisional. Ini merupakan kemajuan besar dalam memerangi wabak dengan lebih pantas dan mencari rawatan pencegahan dan terapeutik, khususnya untuk Coronavirus.
Latar Belakang Berkeley Lights
Di Berkeley Lights, kami berpendapat sel adalah hebat! Sel berupaya menghasilkan penawar untuk penyakit, gentian untuk pakaian, tenaga dalam bentuk biobahan api dan protein makanan untuk nutrisi. Maka, persoalannya ialah, sekiranya alam semula jadi berupaya menghasilkan produk yang kita perlukan dengan cara yang boleh diskalakan, mengapa kita tidak melaksanakan perkara ini dengan lebih giat lagi? Jawapannya adalah dengan penyelesaian yang terdapat pada hari ini, sukar untuk melaksanakannya. Masa yang lama diperlukan untuk mencari sel yang betul untuk tugasan tertentu, dengan kos wang yang tinggi, dan sekiranya anda telah memilih titisan sel suboptimum, ia memberi hasil proses yang amat rendah. Berkeley Lights mempunyai penyelesaian lengkap untuk mencari sel terbaik dengan menyaring dan memulihkan sel individu secara fungsian untuk penemuan antibodi, pembangunan titisan sel, analisis sel T dan biologi sintetik. Teknologi proprietari kami dan platform Beacon® dan Lightning™ mempercepatkan kadar anda boleh menemui dan membangunkan produk berasaskan sel dalam tempoh yang singkat dengan kos yang rendah berbanding kaedah-kaedah penyelidikan konvensional dan legasi. Menggunakan alatan dan penyelesaian kami, saintis-saintis boleh mencari sel terbaik, kali pertama mereka mencarinya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.berkeleylights.com.
Platform Beacon dan Lightning Berkeley Lights serta Culture Station Instrument adalah:
Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja. Bukan untuk digunakan dalam prosedur diagnostik.
Maklumat Akhbar
berkeleylights@bulleitgroup.com
Source: Berkeley Lights, Inc.
Keywords: Biometrics Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research
Source: PRNEWSWIRE