
Korang mesti tahu bahawa vivo sentiasa menghasilkan peranti yang memenuhi tuntutan pengguna. Namun peranti terbaharunya yang dikenali sebagai vivo V17 ini tampil dengan kelainan khususnya di bahagian rekaannya membuatkan ramai orang terkejut!!! Tapi bagus sangat ker? Hebat sangat ker? Atau hanya gah dari segi rekaan semata-mata? Jom tengok!!

Spesifikasi ringkas
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam mengenai peranti rare vivo V17 ini, Jom kita lihat dahulu spesifikasi ringkas peranti ini!!!

🔥Snapdragon 675 AIE
🔥Funtouch OS 9.2 (Berdasarkan Android 9)
🔥6.44 FHD+
🔥8GB + 256GB
🔥Kamera Belakang: 48MP+8MP+2MP+2MP
🔥Kamera Hadapan: 32MP
🔥4500mAh
🔥Crystal White, Admiral Blue
Reka Bentuk Rare Giler!
Kalau korang suka peranti yang rare dari segi rekaannya, vivo V17 menepati piawaian ini. Tampil dengan susunan kamera yang tiada pada kamera lain iaitu ia disusun rapi di dalam segi segi empat tempat dan di dalamnya lensa disusun membentuk huruf ‘L’. ia secara tidak langsung memberikan sentuhan baharu dan eksklusif pada peranti ini.

Panel belakang yang tampil dengan warna yang memukau iaitu Admiral Blue dan kemasan yang berkilat khususnya ketika terkena pantulan cahaya membuatkan ia tampak lebih menarik dan mengiurkan.
Rekaan pada skrin juga sangat rare bagi peranti vivo apabila ia tidak ditampilkan dengan notch atau pop up kamera. Namun ia dihadirkan dengan kamera hadapan pada skrin di sebelah kanan yang dikenali sebagai Ultra O Screen!! Makin eksklusif rekaan peranti ini!
Berikut adalah rupa paras penuh peranti ini:
Ultra O Screen Yang Luas Dan Penuh Bergaya!
Disebabkan ia tampil dengan Ultra O Screen, ia memberikan paparan yang luas yang memberikan definisi terbaik bagi kepuasan tontonan! Paparan peranti ini tampil dengan kualiti yang sangat baik disebabkan ia hadir dengan paparan Super AMOLED dengan E3 OLED yang terbaharu dengan aspek ratio 20:9. Ia secara langsung memberikan 100% DCI-P3 warna gamut.
Bagi membuktikan keupayaan paparan ini, kita menguji dengan memainkan video bagi melihat sejauh mana kualiti paparan telefon ini.
Dapat dilihat, warna yang terhasil sangat baik dengan perincian yang kemas pada paparan ini membuatkan korang puas menontonnya!!
Kamera Memang perform!!!
Kalau korang nak tau, vivo V17 ini tampil dengan sistem 4 kamera di bahagian belakang yang mana ia 48M + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 32MP bagi kamera hadapan.
kamera utama 48MP pastinya menyajikan Perincian dan warna yang terhasil sangat baik. Secara peribadinya, kamera peranti ini adalah antara yang terbaik bagi kelasnya.Ditambah dengan gandingan 3 lagi lensa pastinya menghasilkan kualiti yang trbaik. tidak kira sama ada gambar makro, wide angle atau dalam situasi low light. Try tengok hasil gambar kamera utama!
Kualiti selfie bagi vivo V17 tidak dapat dinafikan sangat baik. Korang akan berasa lebih yakin untuk memuat turun di media sosial. Anda tampak lebih flawless tapi pada masa yang sama masih mengekalkan kualiti perincian hasil gambar. Nah tengok sendiri kualiti gambar selfie telefon ini:
Performance Tip Top!
Peranti ini sememangnya dari kelas pertengahan, namun prestasi yang dipaparkan sangat baik. Tiada lagi ketika menggunakannya dan sangat smooth walaupun membuka beberapa aplikasi.

Nak tahu sebab apa? Disebabkan vivo V17 ini tampil dengan pemproses yang sangat baik iaitu Snapdragon 675 AIE dan dipadankan dengan aspek memori yang memang sangat baik iaitu 8GB + 256GB serta menjalankan Funtouch OS 9.2 (berdasarkan Android 9).
kami turut menjalankan ujian bagi melihat sejauh mana kehebatan peranti ini dengan menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench. Hasil daripada ujian ini memperlihatkan prestasi telefon ini memang syiok giler!!!!
AnTuTu Benchmark

Geekbench 5

Bateri Padu Giler!!
Kalau dah namanya pun telefon pintar kena lah ada bateri yang besar dan mampu mengecas dengan pantas supaya tidak menganggu anda ketika menggunakan peranti. Justeru itu, vivo V17 ini tampil dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 4500mAh dan dihadirkan dengan Dual-Engine Fast Charging yang pasti mampu mengecas dengan pantas.
Justeru kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Mula mengecas pada jam 9.28 pagi iaitu ketika bateri berada pada 30%.

Ia mencapai 100% ketika jam 11.10. Mengambil masa hanya selama 1 jam 42 minit. Not bad!!
Gaming Yang Terbaek!!!
Bukan nak tangkap gambar jer perform. Nak main game menggunakan peranti ini juga sangat berbaloi tau!!! Yang best mengenai telefon ini adalah dia tampil dengan Game Center yang mampu mempertingkatkan pengalaman gaming anda.

Yang best pasal telefon ini, korang boleh memantau real-time CPU, GPU dan suhu. Tak nak terganggu ketika bermain game? Vivo V17 ini disertakan dengan Ultra Game Mode. Jadi semua mesej dan peringatan akan disekat ketika bermain.
Kawalan dan kemasan grafik serta kepuasan paparan ketika bermain game juga sangat baik. Tiada lag ketika bermain. Yang menghalang anda adalah skill anda untuk bermain game sahaja!!
Apa Kata Editor
Kalau korang peminat vivo mencari telefon yang mempunyai kelainan dari segi rekaan dan tampil dengan kamera yang menakjubkan serta spesifikasi dalam yang syiok membuatkan berbaloi untuk dimiliki. Ditambah dengan pengalaman bermain game yang memang terbaik, membuatkan korang kena simpan duit untuk beli telefon ini! Ia dijual pada harga RM1699!!

_____________________________
Artikel Berkaitan:

























