Gambaran Reka Bentuk HUAWEI P40/P40 Pro Terdedah!

Pelancaran siri HUAWEI P40 telah disahkan oleh Richard Yu pada penghujung Mac 2020, terkini 91mobiles dan OnLeaks telah mendedahkan gambaran reka bentuk siri P40 eksklusif di portal mereka.
Reka bentuk siri P40 kali ini agak lain dengan siri P30, menggunakan rekaan empat segi modul pada bahagian kamera utama seperti mana rekaan yang tampil pada Samsung Galaxy A51, Galaxy A71, vivo V17 serta siri Galaxy S11 yang akan datang.

Modul kamera P40 menempatkan sebanyak 4 sensor, manakala P40 Pro masih tidak diketahui mungkin adalah 5 sensor yang terdiri daripada 64MP Sony IMX686, 20MP Ultra Wide-Angle, 12MP Telephoto Periscope, Macro dan ToF. Paparan skrin bagi P40 adalah antara 6.1” ~ 6.2”, sementara P40 Pro menggunakan paparan skrin melengkung bersaiz 6.5” ~ 6.7”.

Kedua-dua peranti ini menyokong port USB Type-C dan pengimbas cap jari dalam paparan, kamera swafoto tidak pasti lagi namun dipercayai tidak akan hadir dengan rekaan pop-up kamera. Spesifikasi tertiris bagi P40 Pro sebelum ini termasuk lagi kapasiti bateri 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W, serta dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 990.
BACA JUGA:
[Ura-Ura] : HUAWEI P40 Bakal Dibina Dengan Skrin Bersaiz 6.57″ Bersama Paparan Melengkung?




