
Realme sekali lagi menggegarkan dunia smartphone dengan kemunculan dua model terbaharu mereka iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro. Kedua-duanya didatangkan magis luar biasa baik dari segi prestasi mahupun reka bentuk. Siri ini juga ditambah dengan nilai inovasi yang pastinya mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat setia – selain dibekalkan dengan pelbagai teknologi masa kini. Secara terperinci, kedua-duanya memiliki gaya tersendiri dalam mempersembahkan inovasi terbaik masing-masing.

PAPARAN :
Masih kekal dengan kemasan takuk kecil seakan-akan titisan air, kedua-dua smartphone membawakan binaan skrin penuh dengan nisbah aspek yang tinggi. Realme 5 membawakan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.5″ dengan resolusi HD+ bersama kepadatan piksel ppi. Realme 5 Pro pula dibekalkan paparan bersaiz 6.3″ FHD+ IPS LCD dengan nisbah skrin ke badan sekitar 90.6 %.
Badan kedua-dua peranti “sedap” untuk dipegang kerana ianya sangat ergonomik bersama sisi melengkung. Bezel juga terlihat disusun sekata sekaligus menjadikannya kelihatan seimbang. Kualiti warna paparan terhasil boleh dikategorikan sebagai terbaik dan menarik dari segi kecerahan serta sudut pandangan – cukup tajam tidak kira untuk kegunaan sosial dan tontonan multimedia.
TENAGA DALAMAN :
Enjin dalaman kedua-dua peranti ini dibekalkan dengan pemproses kelas pertengahan terbaik di pasaran – Realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE (11nm) dan Realme 5 Pro pula diselitkan dengan Snapdragon 712 AIE (10nm). Cip pemproses ini ibarat “otak” – kedua-duanya mempunyai kebolehan untuk melakukan tugasan harian dengan efisien sekaligus menjadikan smartphone ini menyeronokkan terutama bagi mereka yang gemarkan permainan mudah alih tanpa lag. Jadi, kedua-duanya akan memberikan pengalaman bermakna kepada pengguna.

Bagi mengimbangkan penawaran ini, kedua-duanya juga didatangkan dengan dukungan memori yang besar – Realme 5 dipadankan dengan RAM sehingga 4GB manakala Realme 5 Pro pula memiliki varian RAM hingga 8GB. Penambah perisa, penawaran RAM tersebut dikombinasikan dengan storan dalaman bersama pilihan terbaik – sehingga 128GB untuk kedua-dua model.
SOKONGAN LENSA KAMERA :
Kamera utama kedua-dua model dibekalkan dengan empat lensa utama – lensa sudut lebar, macro dan potret yang pastinya memenuhi keperluan setiap pengguna. Pun begitu, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan keistimewaan dalam mempersembahkan keupayaan fungsi lensa masing-masing. Kamera Realme 5 terdiri dengan gabungan lensa 12MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4). Manakala, Realme 5 Pro pula : 48MP(f/1.8) + 8MP(f/2.2) + 2MP(f/2.2) + 2MP(f/2.4). Untuk kamera selfie pula, Realme 5 didatangkan dengan lensa 13MP dan Realme 5 Pro pula ialah sebesar 16MP (f/2.0).


Secara keseluruhan, UI kamera yang dipersembahkan mudah untuk digunakan. Prestasi juga memuaskan dengan penghasilan kualiti gambar yang baik. Pada erti kata yang lebih mudah, kamera ini mengambil sudut gambar dengan sempurna dan menghasilkan sebuah gambar yang hebat – memadai untuk dimuat naik secara terus ke media sosial. Sebagai tambahan, fungsi AI pada kamera bantu perbaiki dan mengurangkan ‘noise’ untuk penghasilan gambar lebih tajam. Chroma Boost pula membantu meningkatkan ketepuan tona warna dalam gambar agar kelihatan lebih menonjol dan seimbang. Tidak ketinggalan, penghasilan bokeh juga mengagumkan bersama kesan kabur yang semula jadi dan kemas.
BATERI TERBAIK :
Kedua-dua peranti ini dibekalkan dengan ketahanan bateri yang baik – Realme 5 diselitkan bateri berkapasiti 5,000mAh (menerusi micro USB), manakala bateri Realme 5 Pro pula adalah sebesar 4,035mAh (menerusi USB-C). Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 yang mana prestasinya lebih pantas berbanding pengecasan standard. Prestasi kedua-duanya boleh dibanggakan. Pada penggunaan biasa, peranti mampu bertahan selama lebih satu hari tanpa sebarang masalah. Seterusnya, pada penggunaan berat peranti mampu bertahan hampir sekitar 13 jam.
HARGA & KETERSEDIAAN
- Realme 5 (4GB + 64GB) – RM599, Warna Crystal Blue & Crystal Purple
- Realme 5 (4GB + 128GB) – RM799, Warna Crystal Blue & Crystal Purple
- Realme 5 Pro (8GB + 128GB) – RM1,099, Warna Crystal Green & Sparkling Blue
APA KATA EDITOR?
Bagi mereka yang impikan peranti pada harga mampu milik dengan rekaan menawan serta prestasi terbaik, Realme 5 dan Realme 5 Pro adalah antara yang perlu korang pertimbangkan. Kedua-dua peranti ini serba serbi lengkap dengan segala ciri yang diidamkan ramai – termasuk penawaran memori besar dan fungsi lebih baik berbanding sejumlah peranti sedia ada. Percayalah kata kami : sekali cuba, sampai bila – bila jatuh cinta. Beli siri Realme 5 di sini : Lazada | Shopee



















































