
Bukan sekadar sebuah peranti biasa, HUAWEI Nova 5T memiliki keindahan tersendiri seperti reka bentuk cantik, pilihan kombinasi warna unik dan disuntik dengan pelbagai elemen teknologi terkini. Kalau berani mencuba sesuatu yang baharu, ada baiknya korang pertimbangkan model ini. Nak tau kenapa meh kami cerita satu-satu…

SPESIFIKASI RINGKAS HUAWEI NOVA 5T
- EMUI 9.1 (Android 9)
- 6.26” IPS LCD FHD+ (1080 x 2340)
- Kirin 980 Octa-core
- GPU Mali-G76 720 MHz
- 8GB + 256GB
- Kamera Utama : 48MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan : 32MP (f/2.0)
- Bateri 3,750mAh + SuperCharge 22.5W (USB-C)
- Midsummer Purple, Black & Crush Blue
-
Aura Reka Bentuk Lain Macam
Dengan slogan kata “Inspire Your Moment” dalam mempromosikan HUAWEI Nova 5T – smartphone ini nampaknya tampil penuh premium dengan kelas dan ‘feel’ tersediri. Lebih mengagumkan ia didatangkan dengan paparan hampir penuh – skrin bersaiz 6.26″ dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080).
Apa yang sangat menarik dengan rekaan peranti ini ialah panel belakang dihiasi dengan permukaan berkilat sekaligus menyerlahkan lagi rupa paras – Nova 5T didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Black. Dengan menyembunyikan kamera hadapan di bawah skrin, HUAWEI Nova 5T dilihat berjaya mengekalkan integriti penuhnya sekaligus merevolusikan pengalaman pengguna ke arah lebih baik.
-
Pengimbas Cap Jari Pantas Seperti The Flash
Buka peranti sepantas the Flash! Sensor cap jari yang terbina pada sisi meningkatkan lagi keunikan reka bentuk pada HUAWEI Nova 5T. Lebih menarik, ia boleh menjalankan tugas dengan baik di mana kelajuan pengimbas cap jari dilihat jauh lebih pantas dari sedia ada – membuka kunci dengan serta merta. Kedudukan pengimbas cap jari ini juga dilihat mudah dicapai dan mudah diakses dengan sebelah tangan.

-
Kamera Terbaik Kini Di Genggaman
Hasil penggambaran daripada kamera utama dilihat agak baik – atas bantuan cipset Kirin 980, gambar dilihat mampu dihasilkan dengan cepat sebaik sahaja butan shutter ditekan. Di samping itu, kamera ini juga mampu merakam gambar dengan baik bersama hasil yang memuaskan hati. Honestly kami memang berpuas hati dan kagum dengan kualiti dihasilkan – keupayaan kamera ini harus dipuji! Mod penggambaran juga pelbagai – termasuk panorama, wide angle dan banyak lagi. Untuk aspek selfie juga, dilihat lebih baik berbanding model kelas atasan tertentu.
-
Kehebatan Tiada Kompromi
Well! Seperti penulis pun, memang jenis suka simpan banyak aplikasi, gambar dan banyak lagi dalam smartphone. Tetapi dengan 8GB RAM pada HUAWEI Nova 5T mempercepatkan lagi operasi dan kuasa berbilang aplikasi – manakala storan dalam 128GB pula memberi pengguna ruang berganda. Prestasi cipset juga menawarkan sokongan yang padu – sekaligus memiliki pakej terbaik untuk melancarkan sebarang aplikasi dengan pantas tanpa sebarang masalah lag. Berikut adalah hasil ujian penanda aras yang dijalankan oleh kami :
-
Ketahanan Bateri Luar Biasa
Ketahanan bateri smartphone juga merupakan keperluan penting buat pengguna. Kenapa? Dengan ketahanan bateri yang baik menjanjikan kualiti yang baik dengan penggunaan yang stabil. Lagi menarik, ia juga disertakan dengan sokongan SuperCharge 22.5W yang mana mampu mengepam bateri sehingga 50% dalam hanya 30minit sahaja. Menarik bukan?
-
Bermain Seperti Pro Player
HUAWEI Nova 5T dibekalkan dengan GPU Turbo yang dipertingkatkan – sekaligus secara drastik meningkatkan prestasi CPU dan GPU. Ia memanfaatkan kuasa cipset Kirin 980 dalam usaha memberi pengalaman permainan terbaik buat pengguna. Lebih menarik, ia juga menyokong beberapa permainan popular di dunia.

Apa kata editor?
Nak beli atau tidak? Ianya bergantung kepada bajet. Secara keseluruhannya, smartphone ini berada pada tahap terbaik dengan kelas yang tersendiri. Ia dilihat tampil menyerlah bukan sahaja dari segi luaran, bahkan prestasi juga harus dipuji! Bagi yang berminat, HUAWEI Nova 5T ditawarkan pada tanda harga RM1,599!

























