
OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan tawaran diskaun sebanyak RM199 bagi model selfie mereka, OPPO F5. Pengguna boleh mendapatkan OPPO F5 hanya berharga RM1,099 (Normal RRP: RM1,298) bermula hari ini (30 Mac 2018) hingga 1 April 2018, terhad untuk 3 hari sahaja!
Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan OPPO F5 ini eksklusif di kedai rasmi OPPO dan kedai Konsep OPPO sahaja. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan!
OPPO F5 dibekalkan dengan sensor 20 Megapiksel f/2.0 AI Beauty yang mampu mengenalpasti jantina dan umur melalui pengimbas wajah. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melaraskan cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tona warna serta jenis kulit si pengguna.
Manakal kamera belakang pula hadir dengan sensor 16 Megapiksel f/1.8 boleh mengambil gambar bokeh malah sesuai untuk penggambaran di dalam pencahayaan yang malap.