
HARGA: RM599
Dua minggu yang lepas, syarikat TP-Link telah melancarkan peranti baharu iaitu N1. Dalam majlis perasmian tersebut, sebuah peranti yang memfokuskan aspek penggambaran swafoto iaitu Neffos C7 juga turut dipaparkan.
Neffos C7 selain menampilkan rekaan premium dengan pelbagai ciri-ciri berkualiti, ia juga ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki oleh kebanyakan pengguna di negara ini. Memandangkan ianya berharga mesra, pasti ramai yang nak tahu apakah perbezaan model ini jika dibandingkan dengan peranti swafoto yang ada di pasaran hari ini, teruskan membaca selanjutnya…
PAKEJ PEMBELIAN
Beli di >> Shopee
FIZIKAL
Rekaan Premium
Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, peranti ini masih mengekalkan rekaan unibodi, yang mana menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan rekaan 2.5D beresolusi 1280×720 piksel.
Dengan ketebalan hanya 7.85mm dan seberat 157g, Neffos C7 masih selesa dipegang dengan sebelah tangan.
Kamera Utama & Depan

Memandangkan telefon pintar ini memfokuskan kepada penggambaran swafoto, ia dilengkapi dengan kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan Screen Flash.

Manakala panel belakang C7 yang diperbuat daripada logam ini pula disediakan dengan kamera utama 13 Megapiksel yang sedikit timbul, LED Flash serta pengimbas cap jari.
Port Audio & microUSB
Seperti biasa, pada bahagian atas Neffos C7 kelihatan agak kosong kerana hanya menyediakan sebuah port 3.5mm audio jack sahaja.
Manakala pada bahagian bawah pula telah menempatkan dua buah speaker serta port USB2.0 yang berada ditengah-tengah speaker untuk kegunaan mengecas.
Sisi Telefon Pintar

Sisi kanan telefon pintar ini telah dilengkapi dengan dua butang yang biasa kita lihat iaitu butang Kuasa dan juga laras Volume.

Manakala sisi kiri pula telah menempatkan dua slot kad SIM jenis hibrid, di mana anda boleh memilih untuk menggunakan dua kad SIM jenis nanoSIM ataupun memilih kad nanoSIM dan kad tambahan microSD. Istimewanya, kedua-dua slot kad SIM ini menyokong rangkain LTE (4G).
ULASAN…
Jika dilihat pada reka bentuk Neffos C7 ini, ia sememangnya hadir dengan rekaan premium walaupun ditawarkan pada harga RM599. Rekaan unibodi ini bukan sahaja nipis dan ringan, tetapi juga masih selesa dipegang dengan menggunakan sebelah tangan. Salah satu yang kami suka mengenai telefon pintar ini adalah ia hadir dengan sokongan dua antena untuk rangkaian 4G yang lebih pantas.
↓↓↓ Unboxing! Neffos C7