[Ura-Ura] : Imej Google Pixel 4 Muncul Di Media Sosial – Dedah Reka Bentuk Penuh Peranti?

WOWW! WOWW! Google dalam persediaan kemunculan ahli baru iaitu Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL. Sebelum ini, kita pernah didedahkan dengan imej bocor didakwa memperlihatkan rekaan untuk Google Pixel 4 XL – pun begitu bukan reka bantuk penuh.

Terkini, giliran Google Pixel 4 pula mengambil ‘bahagian’ apabila dikatakan imej pengolokan didakwa memperlihatkan reka bentuk penuh peranti kini telah tertiris di arena web. Kini tampil dengan lebih jelas dan memapakan setiap sudut peranti.

Memetik imej bocor, Google Pixel 4 dijangka menyertakan paparan skrin dengan saiz 5.6 inci bersama persediaan panel kaca pada bahagian belakang. Jika diteliti, rekaan bazel kelihatan nipis namun bahagian dahi pada peranti kelihatan agak tebal.

Untuk kamera, imej bocor memperlihatkan ia bakal dibina dengan persediaan kamera empat segi sama – sumber berkata ia juga dijangka menyertakan lensa zoom optikal. Sebelum ini terdapat maklumat mendedahkan siri Pixel 4 dijangka membawakan persediaan memori 6GB RAM.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors. Nak tahu lebih lanjut? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

[SUMBER]

———————————————————————————————————————————

Artikel Berkaitan:

You might also like