Inginkan Kelainan? Aplikasi DrinkRage – Sesuatu Yang Luar Biasa Menanti Korang!

Bosan dengan kafe yang sama berulang kali? Kalau inginkan kelainan, korang disarankan untuk berkunjung ke RAGE! Kafe ini cukup memukau dengan dihiasi dekorasi begitu santai, kemas dan selesa yang mana boleh dianggap berada dalam kelasnya tersendiri.

Dengan tagline yang cukup catchy ‘RAGE to #NeverSettle’, tidak dinafikan kafe ini sememangnya sesuai buat mereka yang gemar bersantai sambil menghirup kopi. Lebih menarik, harga yang ditawarkan memang berbaloi dan menjaminkan poket korang takkan ‘koyak’. Tidak ketinggalan, pelanggan juga di beri jaminan kualiti kopi terbaik dan resepi juga direka dengan teliti bagi menawarkan keseimbangan sempurna dalam pemakanan.

Kekangan masa? Chill! RAGE turut hadir dengan aplikasi mudah alih, DrinkRage. Melalui aplikasi ini, mereka berharap dapat lebih dekat dengan komuniti di samping menyediakan perkhidmatan kualiti terbaik kepada seluruh pengguna. Lebih menarik, aplikasi ini tidak terhad untuk pembelian kopi semata. Sebaliknya, pengguna juga boleh sertai sebarang aktiviti menarik yang diadakan dan berkesempatan berkenalan satu sama lain.

Teruja lah tu! Eh, kejap…ada promosi lah! Kalau korang membuat pesanan menerusi aplikasi DrinkRage mulai HARI INI hingga 18 Ogos 2019 – korang berpeluang nikmati kadar promosi RM5 (Black Coffee), RM6 (White Coffee & Matcha) dan RM7 (Specialty Drinks) di semua outlet RAGE! Promosi masa terhad – muat turun aplikasi hari ini!

Muat turun aplikasi DrinkRage secara percuma menerusi :

You might also like