
😱 iPhone XR Lebih Perlahan Pada Kelajuan Sambungan 4G?!
Pernah tak pengguna iPhone hairan dengan kelajuan sambungan 4G pada peranti mereka? Baru-baru ini Open Signal telah pun mengeluarkan satu laporan penuh terhadap kelajuan sambungan 4G bagi peranti iPhone.
Jadual perbandingan kelajuan muat turun 4G bagi peranti iPhone (tahun 2013 hingga 2018) di USA

Menurut laporan tersebut, kelajuan sambungan 4G pada iPhone XR nyata lebih perlahan berbanding iPhone XS dan XS Max yang sama-sama diperkenalkan pada bulan September lalu. Keputusan ini sebenarnya tidak menjadi isu, tetapi agak pelik apabila iPhone X menjadi lebih laju jika dibandingkan dengan iPhone XR.
Apa punca utama menjadikan perlahan? Ini disebabkan iPhone XR hanya dilengkapi dengan sambungan 802.11ac Wi‑Fi 2×2 MIMO (Multiple-In Multiple-Out) sahaja. Berbanding dengan iPhone XS dan XS Max yang dilengkapi dengan sambungan Gigabit-class LTE 4×4 MIMO yang lebih pantas.
Jadual perbandingan kelajuan muat naik 4G bagi peranti iPhone (iPhone 5s hingga iPhone XS Max)
Walau bagaimanapun, kelajuan sambungan 4G iPhone XR adalah jauh lebih pantas berbanding model iPhone terdahulu yang lain.
___________________________
Baca Juga:
- 😠Model iPhone Berikut Mungkin Tidak Dapat Menyokong iOS 13?!
- Gambaran Awal iPhone XI 2019 Tersebar, Sokong Sistem Tri-Kamera Utama?

