
Sony Xperia XA1 Plus walaupun menawarkan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Xperia XA1 Ultra, telefon pintar ini masih berbaloi dibeli kerana menawarkan memori dalaman, RAM serta bateri yang lebih besar. Ingin mengetahui apa yang menarik mengenai telefon pintar ini, lihat reviu di bawah…
Baca Juga : Reviu Eksklusif
PERBEZAAN SPESIFIKASI
APA YANG COOL?!
Pengimbas Cap Jari
Kelebihan yang dimiliki oleh Xperia XA1 Plus adalah sokongan fungsi pengimbas cap jari yang terletak di sebelah sisi kanan peranti, iaitu pada butang kuasa. Selain boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa, pengguna juga boleh mengakses telefon pintar ini dalam pelbagai posisi kerana ianya menyokong 360 darjah.
Penggambaran

Dari segi penggambaran utama, Xperia XA1 Plus masih mengekalkan lensa sama seperti Xperia XA1 Ultra dan Xperia XA1 dengan harga lebih murah berbanding Xperia XA1 Ultra. Kamera utama menawarkan lensa 23 Megapiksel yang diserikan dengan pelbagai mod penggambaran menarik di antaranya Manual, HDR, Superior Auto, Sound Photo dan beberapa lagi.

Bagi penggambaran hadapan pula, ia masih mengekalkan resolusi sama dengan model Xperia XA1 iaitu 8 Megapiksel. Lebih istimewa, Xperia XA1 Plus telah menyokong fungsi Superior Auto serta Smart Selfie Flash. Malah gambar swafoto yang diambil dalam keadaan kurang pencahayaan masih kelihatan memuaskan dan natural.
**TIP! Anda boleh mengambil gambar menggunakan butang dedikasi kamera yang tersedia di sisi kanan.
Bateri Lebih Besar
Bagi model ‘Plus’ ini, tidak dinafikan beberapa spesifikasi telah dipertingkatkan berbanding Xperia XA1 dan Xperia XA1 Ultra, salah satunya adalah bateri. Hadir dengan bateri lebih besar berkapasiti 3430mAh berbanding model sebelumnya, sokongan teknologi pengecasan pantas yang diberi nama Qnovo Adaptive Charging sangat membantu terutamanya bagi mereka yang suka melancong. Ini kerana, jika terlupa membawa bateri tambahan, tidak perlu risau kerana teknologi ini membolehkan anda mengecas telefon pintar dengan cepat dan pantas.
UJIAN PENGECASAN PANTAS
- Sony Xperia XA1 Plus mula di cas apabila bateri tinggal 5%.
- Selepas 30 minit mengecas, bateri meningkat kepada 26%.
- Selama 60 minit mengecas, bateri meningkat kepada 40%
- Bagi mengecas penuh bateri berkapasiti 3430mAh adalah sekitar 3 jam 15 minit sahaja.
Permainan HD
Tidak dinafikan, ramai pengguna yang suka bermain permainan mudah alih pada telefon pintar mereka. Adakah Xperia XA1 Plus ini sesuai? Bagi kami, ianya boleh dipertimbangkan! Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB, ia turut dikuasakan oleh pemproses Octa-core berkelajuan 2.3GHz, 64 bit bersama grafik MediaTek Helio P20. Malah paparan skrin bersaiz 5.5 inci pastinya memberikan keseronokan semasa bermain.


Kami telah cuba bermain permainan Real Racing 3 dan Racing Horizon, ternyata ia memaparkan grafik yang lancar dan kelihatan seperti sebenar.
HASIL GAMBAR




KOMEN
Jika dilihat pada tawaran harga, Sony Xperia XA1 Plus menawarkan harga yang lebih murah berbanding Xperia XA1 Ultra. Namun begitu, ianya masih berbaloi untuk dimiliki kerana hadir dengan storan dan RAM yang besar, malah baterinya juga lebih besar berbanding model sebelum ini. Penggambaran utama masih dikekalkan 23 Megapiksel dan mampu menghasilkan gambar low-light dan Night Mode yang cantik!
Bukan itu sahaja, buat mereka yang gemar bermain permainan mudah alih, Xperia XA1 Plus turut dibekalkan memori RAM 4GB yang terasa lancar tanpa masalah lagging apabila bermain permainan di dalam telefon pintar ini. Ditambah pula dengan bateri yang besar, pastinya memberikan keseronokan berganda buat anda! Namun begitu, bezel yang besar serta rekaan yang sama seperti model sebelum ini membuatkan pengguna agak keliru dengan telefon pintar terbaru keluaran Sony ini.



