

HARGA:RM2,899
Selain daripada rekaan yang elegan dan premium, model Sony Xperia sememangnya terkenal dengan keupayaan penggambaran yang boleh dianggap antara yang terbaik kerana ia menampilkan sokongan fungsi kamera yang sangat menarik. Malah Sony Mobile sentiasa komited dalam memastikan model terbaru yang diperkenalkan di pasaran tampil dengan penambahbaikan berbanding model sebelumnya.

HARGA: RM1,199
Ini jelas dapat dilihat melalui dua model terbaru keluarannya untuk tahun 2017 dengan kehadiran Sony Xperia XZs dan juga Sony Xperia XA1 yang menawarkan keupayaan penggambaran yang lebih baik, berbanding dua model pertama siri XZ dan XA yang telah diperkenalkan pada tahun lepas…
PERBANDINGAN SPESIFIKASI 2 GENERASI
SPESIFIKASI SIRI ‘XZ’
SPESIFIKASI SIRI ‘XA’
PILIHAN WARNA


AKSESORI EKSKLUSIF
Sekiranya anda bercadang untuk memiliki salah satu daripada model ini, sudah tentunya anda turut bercadang untuk memiliki aksesori untuk disesuaikan dengan peranti yang baru dimiliki itu bukan?! Jadi sebagai panduan, kami akan berkongsi dengan anda senarai aksesori eksklusif yang patut anda miliki.


Pembelian kedua-dua model ini tidak didatangkan sekali dengan adapter pengecas dengan sokongan teknologi pengecas pantas, jadi adalah praktikal untuk anda mendapatkan adapter pengecas yang bersesuaian dengan model tersebut agar fungsi tersebut dapat dioptimumkan dengan sebaiknya.




PENAMPILAN FIZIKAL
Kualiti Skrin
Selain menyokong saiz paparan skrin dan juga resolusi yang berbeza, kedua-dua model ini juga turut menawarkan sokongan teknologi paparan berbeza.

Jelas dapat dilihat bahawa kualiti paparan Xperia XZs adalah jauh lebih baik berbanding Xperia XA1 kerana ia kelihatan lebih terang dengan kejituan warna yang lebih menonjol.
Saiz Bezel
Walaupun kualiti paparan Xperia XA1 tidak sebaik Xperia XZs, penampilan paparan skrin Xperia XA1 ternyata sangat istimewa kerana saiz bezel yang sangat nipis pada sisi kiri dan kanan kerangka model ini kelihatan seperti langsung tidak memiliki bezel.

Penampilan paparan skrin jenis 2.5D pada kedua-dua model ini juga sedikit sebanyak memberikan rasa sentuhan yang lebih baik.
Kamera Swafoto
Selain daripada sokongan resolusi kamera depan yang berbeza, Xperia XZs turut memiliki kelebihan kerana fungsi SteadyShot pada model ini turut dilengkapi dengan penstabilan 5-axis.

Lebih menariknya, lubang earpiece pada Xperia XZs juga turut berfungsi sebagai speaker. Berbeza dengan Xperia XA1, rekaan bezel yang sangat besar ini kelihatan kurang menarik.
Bezel Bawah
Rekaan bezel bawah pada kedua-dua model ini sememangnya mengekalkan rekaan yang sama seperti bezel atas agar kelihatan lebih simetri rekaannya.

Namun ruang yang ada tidak dioptimumkan, tetapi sekurang-kurangnya Xperia XZs menyediakan satu lagi speaker di bahagian ini, berbanding lubang mikrofon yang agak besar pada Xperia XA1.
Lensa Utama
Kedudukan lensa utama dan juga single LED Flash pada kedua-dua model ini juga kelihatan sama, cuma Xperia XZs menawarkan dua sensor penggambaran tambahan iaitu Laser Autofocus dan juga RGBC-IR.

Malah permukaan lensanya juga sedikit timbul berbanding permukaan lensa yang rata pada Xperia XA1.
Slot Kad
Slot kad pada kedua-dua model ini terletak di sisi kiri kerangka dan ianya boleh diakses dengan mudah tanpa perlu menggunakan pin sebagaimana peranti unibodi yang lain.

Xperia XZs menyokong satu slot kad jenis hibrid dan terdapat satu getah pelindung bagi mengelakkan slot dari dimasuki air. Xperia XA1 pula dilengkapi satu slot untuk dua kad nano SIM dan satu slot kad microSD berasingan.
Butang Kawalan
Kedua-dua model ini menyokong tiga butang kawalan fizikal pada sisi kanan kerangkanya, tetapi kedudukannya sedikit berbeza. Xperia XZs yang lebih premium ini telah dilengkapi oleh butang kuasa dengan sokongan pengimbas cap jari terbina-dalam, butang kawalan volume dan juga butang dedikasi kamera.
Manakala Xperia XA1 pula hanya menyediakan butang kawalan volume, butang kuasa dan juga butang dedikasi kamera.
Port Audio & USB
Bahagian atas kedua-dua model ini telah disediakan dengan port 3.5mm audio jack dan juga mikrofon, manakala bahagian bawahnya pula tersedia dengan port USB Type-C.


Xperia XZs turut menempatkan satu lubang mikrofon dan Xperia XA1 pula menyokong speaker mono dengan kemasan gril yang diperbuat daripada logam.
ZON UJIAN
Bagi melihat sendiri apakah keupayaan dan juga prestasi Sony Xperia XZs dan Xperia XA1, kami akan membandingkannya dengan beberapa model yang dikategorikan dalam kelas harga yang setanding sebagai rujukan anda.
Berikut adalah beberapa ujian berbeza yang telah kami jalankan pada model Huawei P10 Plus dan Samsung Galaxy S8 untuk dibandingkan dengan Sony Xperia XZs bagi kategori peranti premium. Manakala Sony Xperia XA1 pula dibandingkan dengan Huawei P10 Lite dan Samsung Galaxy A5 (2017) bagi kategori peranti kelas pertengahan.
ZON UJIAN 1 : KELANTANGAN SPEAKER
ZON UJIAN 2 : KUALITI PAPARAN SKRIN


ZON UJIAN 3 : BATERI & PENGECAS PANTAS
Ketahanan Bateri
Masa Mengecas Pantas 0% hingga 100%
Untuk ujian pengecasan pantas ini, kami akan menggunakan adapter pengecas UCH12W yang menyokong teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0, MediaTek PumpExpress+ 2.0 dan juga MediaTek PumpExpress.
-
Sony Xperia XZs (2900mAh) : 2 jam 15 minit (135 minit)
-
Sony Xperia XA1 (2000mAh) : 2 jam 19 minit (149 minit)
Dengan sokongan adapter pengecas ini, proses mengecas ternyata jauh lebih pantas kerana ia menyokong output 5V2.7A (13.5W), 9V1.8A (16.2W) dan juga 12V1.35A (16.2W). Walau bagaimanapun, adapter pengecas UCH12W ini perlu dibeli secara berasingan kerana pakej pembelian Xperia XZs dan Xperia XA1 hanya menyokong adapter pengecas biasa tanpa sokongan teknologi pengecas pantas.
ZON UJIAN 4 : PRESTASI PEMPROSES
ANTARAMUKA KAMERA
Sony Xperia XZs dan juga Xperia XA1 menyokong paparan antaramuka kamera yang sama sahaja secara keseluruhannya. Malah penukaran antara kamera utama serta kamera depan boleh diakses dengan begitu mudah iaitu dengan kaedah leretan ke bawah apabila paparan skrin berada dalam mod potret atau ke kanan apabila paparan skrin berada dalam mod landskap.
Lebih menariknya, Xperia XZs turut dilengkapi dengan beberapa fungsi penggambaran tambahan seperti Super Slow Motion (960 fps) dan juga Predictive Capture. Berikut adalah penampilan paparan antaramuka kamera kedua-dua model terbaru ini…
Kamera Superior Auto
Info: Mod penggambaran ini merupakan mod standard yang akan digunakan untuk pengambilan gambar. Keistimewaan mod ini adalah kamera secara automatik akan mengaktifkan tetapan kamera yang sesuai bergantung kepada persekitaran.
Kamera Manual
Info: Berbeza dengan mod Superior Auto, mod penggambaran Manual ini membolehkan pengguna untuk membuat tetapan kamera secara manual mengikut citarasa masing-masing. Terdapat empat menu disediakan iaitu White Balance, Exposure Value, Shutter Speed dan Focus.
Pilihan Kamera
Info: Kedua-dua model ini menyokong pilihan kamera yang sama iaitu AR Effect, Panorama, Creative Effect dan juga Sound Photo. Tetapi Xperia XZs tampil dengan sokongan pilihan kamera tambahan iaitu 4K Video, manakala Xperia XA1 pula digantikan dengan pilihan kamera iaitu Timeshift Burst.
Menu Tetapan
Info: Sony Xperia XZs yang dilengkapi dengan sensor kamera terbaru ini telah dilengkapi dengan satu menu tetapan tambahan iaitu Predictive Capture.
Super Slow Motion (960 fps)

Info: Rakaman video dengan gerakan perlahan mencecah sehingga 960 fps ini boleh diaktifkan dengan menekan butang khas yang terpapar pada viewfinder. Namun begitu, rakaman gerak perlahan berdurasi hanya 0.182 saat ini memerlukan anda untuk merekodnya pada masa yang tepat dan juga pencahayaan yang sangat baik untuk berfungsi.
HASIL GAMBAR
Indoor




Outdoor




Low Light (Cuaca Mendung)


Makro


RAKAMAN VIDEO 960 FPS
Contoh video gerak perlahan 960 fps yang diambil dengan Sony Xperia XZs
KOMEN
PRO
Sony Xperia XZs
- Kualiti kamera yang boleh dianggap sangat baik dan setanding peranti premium yang lain apabila pencahayaan mencukupi.
- Merupakan satu-satunya smartphone di pasaran yang menyokong rakaman video gerak perlahan mencecah sehingga 960 fps.
- Masih mengekalkan fungsi kalis air dengan pengiktirafan IP68, walaupun port 3.5mm audio jack masih dikekalkan.
- Penyediaan butang dedikasi kamera menjanjikan proses penggambaran yang jauh lebih baik dan mudah.
Sony Xperia XA1
- Saiz bezel di sisi kiri dan kanan paparan skrin sangat nipis dan ia berjaya menyerlahkan rekaannya berbanding peranti pertengahan yang lain di pasaran.
- Ketahanan bateri yang agak baik walaupun kapasiti baterinya hanya sebesar 2300 mAh.
- Kualiti penggambaran yang diambil tidak mengecewakan bagi sebuah peranti dari kelas pertengahan.
- Penyediaan butang dedikasi kamera menjanjikan proses penggambaran yang jauh lebih baik dan mudah.

KONTRA
Sony Xperia XZs
- Masih lagi menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan bukannya Snapdragon 821 ataupun Snapdragon 835 yang lebih baru.
- Sokongan kamera gerak perlahan 960 fps hanya sesuai digunakan di bawah pancaran cahaya matahari yang terang dan penggunaan mod ini dalam pencahayaan di dalam bilik perlu dielakkan kerana kualiti rakaman akan terjejas teruk. Malah peranti cepat menjadi panas apabila kamera digunakan.
- Sokongan speaker stereo pada panel depan boleh dianggap agak lemah berbanding smartphone dengan sokongan speaker stereo yang lain di pasaran.
- Tidak dinafikan rekaan Xperia XZs kelihatan menarik, tetapi ia tidak banyak berubah berbanding model sebelumnya dan saiz bezel sisinya juga agak besar jika dibandingkan dengan Xperia XA1 dari kelas pertengahan.
Sony Xperia XA1
- Paparan skrin hanya menyokong resolusi 720p sahaja dan tahap keterangannya agak rendah.
- Saiz bezel di bahagian atas dan bawah paparan skrin kelihatan sangat besar dan kurang menarik.
- Rakaman video yang kurang berkualiti, tidak setanding rakaman video 1080p sesetengah peranti pertengahan yang lain.
- Tidak dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari yang kini menjadi trend pada peranti pertengahan di pasaran.











