

‘Kejap, OTW ni!’ ‘Kesian, muka sepuluh sen’ Ini merupakan antara ungkapan yang biasa digunakan dalam perbualan harian kita dengan rakan-rakan dan keluarga. Tidak kira umur atau latar belakang masing-masing, kita semua berkongsi satu bahasa umum yang difahami oleh semua rakyat Malaysia.
Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 dan untuk meraikan keunikan sebuah negara bernama Malaysia, Hotlink telah memperkenalkan Malaysiamoji, satu set 60 GIF khas yang menggambarkan ungkapan atau gerak isyarat Malaysia yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Hotlink adalah yang pertama di negara ini untuk menawarkan GIF yang mempunyai tag Malaysia tersendiri. Ini bermaksud apabila pengguna mencari kata kunci yang berkaitan dengan Malaysia, GIF Hotlink Malaysiamoji akan menjadi antara hasil carian utama.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan adat resam, tetapi apa yang istimewa adalah bagaimana kita berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh kerana sebahagian besar daripada kita sekarang suka berbual dan berkongsi di media sosial, kini Hotlink memberi cara yang lebih baik untuk meraikan keunikan Malaysia pada Hari Merdeka ini dengan pelbagai GIF yang kita semua mudah fahami. Selain itu, Maxis juga membawa Malaysia ke seluruh dunia dengan menawarkan GIF ini di platform antarabangsa.
Ungkapan seperti ‘kay poh’, ‘poket kering’ dan ‘kedekut’ adalah antara GIF yang akan menjadi sebahagian daripada koleksi Malaysiamoji yang boleh didapati di laman web penjana GIF. GIF Malaysiamoji akan tersedia di semua peranti telefon pintar melalui Facebook, mulai hari ini. Untuk menggunakan Malaysiamoji, pergi ke ruang komen Facebook anda, klik GIF dan cari #hotlinkmalaysiamoji.

